Assalamualaikum wbt.
Berlalu lagi seminggu yg tipikal tanpa sebarang peperiksaan yg menyeksa jiwa. =) Petang tadi, aku, Zaim, Shahrin, Ili dan Murni pergi ke Mega (our popular hangout). Banyak misi katanya si Ili. Pertama mahu beli hadiah utk rakan sebilik sempena hari jadinya yg bakal tiba esok lusa kot, kedua juga pasal hadiah utk rakan kami yg setiap hari mendesak kami supaya belikannya hadiah utk hari jadinya yg telah berminggu2 berlalu.Hehehe. Dan misi yg wajib dilakukan adalah makan di food court yg terbentang tak seberapa luas. Aku pula terpaksa beli kanta lekap yg baru kerana stok2 yg ayah aku poskan dari Malaysia sudah habis. Hendak diposkan yg baru, mengambil masa sebulan pula. Tempoh sebulan itu bukannya dimaksudkan pada durasi utk pos biasa, namun utk pos laju atau ekspress. Dulu sewaktu aku di tahun pertama dan kedua, dalam masa seminggu sahaja sudah sampai kiriman. Dengar kata, segala kiriman termasuklah dari Pos Laju akan ditahan di kastam Rusia untuk proses pemeriksaan. Aduhai kastam Rusia! Apalah yg bahaya sangat dengan barang2 kami tu. Namun, barang yg dihantar menggunakan penyedia khidmat kiriman ekspress yg lain seperti DHL boleh pula tiba dalam masa 3-4 hari bekerja. Pelik, namun aku tak berminat untuk mengetahui kenapa sebabnya.
Berbalik kepada isu kanta lekap aku, aduhhh mahalnya 3 kali ganda berbanding dengan harga di Malaysia. Sesi rundingan dan pemeriksaan mata saja sudah menelan RM30. Kalau di Malaysia, servis itu adalah percuma! Bayangkan dengan hanya RM120 sahaja, aku sudah dapat membeli semaksimumnya 6 pasang kanta lekap, namun di Moscow, harganya melambung kepada RM360 hanya utk 6 pasang. Jadi, kepada Hairi yang bertanya di shout box tu (junior aku dari PC ujarnya), sila2lah sediakan sebanyak mungkin kelengkapan dari Malaysia untuk dibawa ke Moscow untuk "nilai penjimatan" yg lebih tinggi. Mahal tau barang2 di Moscow ni. Maklumlah, Moscow juga tak lari daripada terkena tempias kapitalisma dunia. Jadi, terpaksalah akur dengan harga2 yg melampau mahal tu.
Hujung minggu kali ini, Group 7 dan 8 masing2 merancang utk mengadakan pesta potluck. Namun apa yg pasti, semestinya pesta potluck group 8 yg lebih meriah dan havoc. Hehe. Menu yg dirancang; sushi, chicken chop, mihun goreng dan beberapa lagi hidangan sampingan. Hakikatnya, konsep potluck bagi kami sudah jauh tersasar. Kalau diikutkan resmi potluck yg sebenar, masing2 perlu membawa sekurang2nya sejenis hidangan makanan, dan kemudian saling bertukar2 makanan dan makan beramai2. Namun bagi kami, konsepnya lebih kepada jamuan. Haha. Masing2 sudah diberikan tugas utk menyiapkan hidangan tersendiri. Kalau begitu, bukankah lebih sesuai kalau dipanggil sahaja aktiviti ini sebagai jamuan, instead of potluck. Apa2pun, aku tetap layan saja. Yang penting, dapat makan2 dan bergembira sambil berkelah di tepi tasik nanti. InsyaAllah. Kepada group 7, walaupun jamuan kamu semua hanyalah sekadar di bilik hostel, namun aku tetap harapkan agar kamu semua bergembira juga. Hehehe (evil laugh!).
Baiklah, jumpa lagi di lain waktu. Tahniah in advance kepada calon2 yg terpilih untuk menganggotai Majlis Tertinggi Kelab Umno Moscow yg mana hari pengundiannya bakal diadakan pada hari ahad nanti. =)
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
6 days ago
4 comments:
salam..
itu dia promosi hebat oleh abg judin kita..hehe..bgslah..promoter berjaya ni..aku rsa kalau ada sesiapa yg nk bljr kt rusia bc blog aku mesti down sbb aku xabis2 kutuk rusia..hehe..btw,russia isn't bad after all..jz sket2 je yg boleh dikutuk..bak kata mrs penny dlu, go with 0 expectation..=] xdela teruk sgt kan..hehe (sedapkan ati)
ye la kamil...selama ni org asyik membangga2kan UK, US dan australia. dah tiba masanya kita menrevolusikan minda2 mereka supaya mereka tau yg rusia ini setanding dgn negara2 barat yg lain. huhu.
sini lagi la melampau
periksa uduh2 pun dah kena usd70-80=+-RM240
belum buat cermin matanya lagi.
waaa mahalnya...baru2 ni aku priksa mata kene caj 170rub=lebih krg 25rm kot. ouh, mahal sunggoh US. konfem aku buat cermin mata siap2 kat msia lagi. apa2 pun, mmg msia la lagi best. priksa mata percuma je.
Post a Comment