Warnawarta XII

Ditulis oleh Hafizuddin Awang

Bye Cycle 1, Hi Cycle 2

Seminggu sudah cycle pertama telah tamat. Berlalulah subjek kesihatan awam, epidemiologi, ginekologi dan ophtamology. Semuanya berlalu tanpa sebarang masalah. Masuk cycle 2 dalam bulan oktober ini, aku disajikan dengan 3 subjek yakni Therapy, Surgery dan Philosophy. Dua subjek pertama sememangnya cukup relevan dengan aliran pengajian aku. Namun, subjek falsafah pula tiba-tiba tersesat masuk ke dalam jadual akademik kami. Subjek tersebut mengupas perihal variasi doktrin, tamadun, sejarah tamadun, agama dan kepercayaan yang wujud dan pernah wujud di dunia. Antara perkara yang terkandung dalam subjek tersebut adalah berkenaan tamadun India, China, Greek, fahaman Confucius, Lao Tze, materialism, idealism dan pelbagai lagi. Falsafah dunia Islam tidak pula dibincangkan. Apa-apa pun, di manakah perkaitannya dengan perubatan??? . Dan pada hemat aku, pensyarah aku tersebut merupakan seorang atheist kerana mengikut langgam kuliahnya seakan menggambarkan yang beliau tidak mempunyai sebarang kepercayaan kepada tuhan. hehe andaian semata-mata. Dan cycle kali ini agak santai kerana kuliah dan kelas letaknya cuma di belakang hostel aku sahaja. 10 minit sebelum kelas bermula pun masih boleh lepak di bilik. hehe.


Selamat Datang Ke Moscow

Selamat datang buat pelajar-pelajar tahun pertama walaupun sudah 3 minggu lebih tiba di Moscow. Dan dengan tidak semena-menanya group 8 (group aku) tergerak hati untuk menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri kepada pelajar-pelajar tahun pertama tajaan Mara. Nak buat untuk semua pelajar kami tak mampu hehe. Tahun ini Mara cuma menghantar 14 orang sahaja pelajar ke Moscow berbeza dengan kami dahulu seramai 30 orang. Apa yang kami masak? Ada nasi beriyani, telur kurma, kari ayam, pizza, roti jala (aku buat! hehe) dan beberapa hidangan sampingan yang lain.


Dapatlah juga kami berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi. Mulai tahun ini juga, Yayasan Terengganu sudah pun mula menghantar pelajar2 tajaan mereka ke sini untuk bidang perubatan. Sungguh, memang cukup ramai rakyat Malaysia di Moscow sekarang. Maka, boleh tak kerajaan wujudkan sebuah Malaysian Hall di Moscow sama seperti di London dan Kaherah?

Balik Malaysia

Belum pun genap 2 bulan pulang ke sini, aku sudah pun menempah tiket pulang ke Malaysia untuk cuti musim sejuk Januari 2010. Kali ini, aku pulang melalui Istanbul. 1 Januari 2010 aku ke Istanbul dari Moscow menggunakan Aeroflot. Bercuti di Istanbul selama 6 hari untuk menikmati keindahan panorama Masjid Biru dan Hagia Sofia serta menyelami sejarah silam kota tersebut. Dan pada 6 Januari pula, aku bertolak ke Malaysia menggunakan Malaysia Airlines. Kalau dahulu, untuk route IST-KUL, MAS menggunakan pesawat Airbus 330 yang agak tidak menarik namun bermula 25 Oktober pesawat tersebut akan digantikan dengan pesawat Boeing 777 yang jauh lebih best, lengkap dengan personal in-flight entertainment. hehe. Apa-apa pun, aku akan berada di Malaysia sepanjang Januari sehingga 3 Februari. Tak sabarnya nak pulang jumpa keluarga!
Malaskah anda?

Anda tinggal di Moscow? Malas Memasak? Tempah sahaja home delivery pizza hut. Dial 8495-644-44-45 untuk menempah. Untuk menu, lihat di pizzahut.ru. Pilih yang boleh dimakan sahaja ye seperti vegetarian, seafood dan cheese. hehe. Tempahan bernilai 500 rubles ke atas sahaja diberikan dostavka percuma. Namun pastikan terlebih dahulu tempat tinggal anda berada dalam cakupan metro di bawah sebelum menempah. Bagi sesiapa yang tinggal di Sportivnaya, anda memang bertuah! hehe~



Kalau rumah anda tak termasuk dalam map ini, jangan sedih ye!

Salam Lebaran 1430H

Ditulis oleh Hafizuddin Awang



السلام عليکم.
سلامت هاري راي عيدالفطري بوات قوم کلوارݢ، سانق ساودارا، راکن-راکن د مليسيا، روسيا دان د مان سهاج اندا برادا. جوݢ سلام ليبرن ايستيميوا بوات ڤمباچ بلوݢ ڤرسونا ݢرات اين. معاف ظاهير دان باطين.

إخلاص،
حفيظ الدين اوڠ.



Tahajjud Cinta

Ditulis oleh Hafizuddin Awang



Setelah lebih kurang 13 tahun Dato' Siti Nurhaliza berkecimpung dalam dimensi industri muzik, akhirnya terbit sebuah album yang berkelaraikan unsur ketuhanan dan kerohanian. Dengan alunan Asma Ul Husna yang mendayu-dayu, cukup menenangkan minda para pendengar. Tenang jiwa tu aku tak tahulah mampu dicapai atau tidak. Bergantung kepada penghayatan setiap individu. hehe. Secara peribadi, album ini mendapat bintang 4/5. Bolehlah!

ps: Terima kasih kepada orang yang bertanggungjawab upload lagu-lagu ini!




Tahajjud Cinta



Merapu I : Moscow Tahun Ke-5

Ditulis oleh Hafizuddin Awang

Rabu lepas, aku kembali semula ke Moscow untuk meneruskan pengajian buat tahun yang kelima. Sebenarnya kelas sudahpun bermula seawal 1 September lagi. Tapi, disebabkan "menghormati" bulan puasa, aku pun mengizinkan diri sendiri untuk melebih2kan hari cuti demi menikmati suasana berpuasa di Malaysia. Apa kelas berpuasa di tanah asing kan? Ponteng sajalah! hehe.

Agak sedih setiap kali berpisah dengan keluarga di lapangan terbang. Lebih-lebih lagi flight aku ke KL baru2 ini jam 7.++ petang. Hampir tiba waktu berbuka puasa, tapi terpaksa berpisah dengan keluarga pula. Isk2, sebak sungguh rasanya. Tapi yang lebih mengecewakan, setelah masuk sahaja ke balai berlepas, pihak MAS beritahu yang penerbangan ditunda ke jam 8.15 malam. Isk, memang tertekan sungguhlah. Kalau awal2 lagi beritahu, sudah tentulah aku dapat merasa nikmat berbuka dengan keluarga pada hari tersebut.

Maka terbanglah aku keseorangan tak berteman. Bosan sungguh kalau travel secara bersendirian ni. Nasib baiklah aku dapat seorang kawan baru setibanya di KLIA. Aku kan peramah orangnya, senang buat kawan.hehe. Ashraf namanya. Pelajar Limkokwing University dalam jurusan Mobile Computing. Banyaklah juga yang aku dapat tahu pasal LKWU setelah di-briefing-kan olehnya. Lagha sangat berborak sehingga ke hujung terminal kami jalan. Sampaikan terlepas pandang simpang untuk ke tuntutan bagasi. Aduss, nasib baiklah terminal domestik tu tak besar mana.

Dari KLIA, bertolak ke Dubai. 6 jam lebih rasanya. Transit di sana lebih kurang 5 jam. Erm, disebabkan aku ketika itu berstatus musafir, maka seronoklah aku menjamu selera di siang hari di bulan ramadhan hehehe. Ruksah, janganlah ditolak kan? :) Dari Dubai, bertolak ke Moscow. Setelah hampir 6 jam terbang, maka tibalah aku semula di Moscow.

Dan bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar perubatan tahun kelima. Dan secara automatiknya aku tak berpeluang lagi untuk beraya di Malaysia buat kali yang kelima. Sedih dan sadisnya. Oh, lupa pula. Selamat berpuasa untuk anda yang membaca! Jangan ponteng. Berdosa.



ps: Seronok mendengar Drama Sebabak ERA bersama Din Beramboi dan Aznil Nawawi. Sungguh, Din Beramboi memang patut dinobatkan sebagai pelawak spontan no 1 Malaysia! Memang senak perut aku yang kosong berpuasa tu merasa penangan ketawa aku. Mahu dengar? Dengarkan dari siaran ERA, atau cari sahaja di Youtube ye.

Warnawarta XI

Ditulis oleh Hafizuddin Awang

Elective Posting 2009 II

Khamis lepas merupakan hari terakhir posting 4 minggu aku di HKK. 2 minggu di O&G dan 2 minggu di Surgical Department. Hasilnya sangatlah memuaskan kerana dapat memahirkan lagi kemahiran praktikal dan cara kerja mengikut orientasi hospital Malaysia.

Di O&G, aku berpeluang untuk mengikuti perkembangan seorang pesakit yang mempunyai kandungan bermasalah anencephaly. Secara bahasa mudahnya, bayi yang bakal dilahirkan akan tiada tempurung kepala. Otak bayi tersebut dapat dilihat dengan mata kasar kerana hanya dilitupi oleh selaput nipis sahaja. Dan otak pula masih dalam peringkat rudimentari lagi, yakni masih belum sempurna pembentukannya. Dan kerana itu, bayi anencephaly tidak akan hidup lama, hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja kerana ketiadaan fungsi otak yang sempurna.

Di bawah ini aku sertakan imej ultrasound kandungan bermasalah ini. Biasanya kepala bayi anencephaly akan mempunyai imej seakan kepala katak, dengan matanya akan terbonjol keluar. Silalah google untuk melihat imej bayi seperti ini setelah dilahirkan.




Di surgical department, rutin aku adalah rondaan bersama doktor, clerking pesakit, sesi OGDS dan colonoscopy, dan yang paling seronok adalah mengikuti sesi pembedahan. Majoriti kes pembedahan adalah kerana inguinal hernia (uluran kalau melayunya), lantas dilakukan hernioplasty. Juga terdapat ritual circumcision (khatan) dan banyak lagi. Yang paling berbaloi bagi aku adalah dapat belajar teknik berkhatan, kerana di Moscow nanti rasanya tidak diajarkan kemahiran ini.


Polemik H1N1

Tapi praktikal tahun ini rimaslah sedikit. Sebab dikerah untuk pakai mask setelah beberapa pesakit di unit Medical positif h1n1. Doktor aku pesan, janganlah mempolemikkan sangat isu h1n1 ini. Polemik sebegini akan membuatkan orang ramai jadi cemas dan huru-hara. Lagipun, sudah ramai juga pesakit yang positif h1n1 berjaya dirawat dengan antiviral khas (tamiflu kan?). Dan setelah sembuh, mereka akan mempunyai antibodi semulajadi yang sudah terbentuk setelah terkena jangkitan h1n1 kali pertama. Pesakit yang meninggal dunia pula bukanlah disebabkan oleh h1n1 semata-mata, namun kerana pada mereka terdapat comorbidities (penyakit2 serius lain yang turut terdapat pada pesakit). Oleh itu, usahlah cemas sangat. Tapi saranan kerajaan seperti pemakaian mask dan penjagaan kebersihan diri harus diamalkan ye. hehe.


Hairan juga aku bagaimana kerajaan Rusia mampu mengawal penularan h1n1 dengan sangat efektif. Amat mengagumkan kerana dengan kapasiti negara yang segergasi itu, masih lagi tiada kes kematian akibat h1n1 dilaporkan.

Warnawarta X

Ditulis oleh Hafizuddin Awang


Majlis Konvokesyen MMA Kelas 2009

Tahniah! Tahniah! Cepat sungguh ya masa berlalu. Akhirnya, penantian mereka berakhir jua. Tamatlah sudah episod kehidupan mereka sebagai pelajar perubatan. Namun, kehidupan kita merupakan suatu sesi pembelajaran yang tiada kesudahan. Setiap hari, akan ada ilmu baru meliputi pelbagai aspek kehidupan yang akan kita belajar. Bila sudah bergelar doktor sekalipun, tetap akan ada ilmu yang perlu dipelajari.

Gambar dari Facebook Aizat Ilias. :p

Di kesempatan ini, aku ingin ucapkan tahniah buat senior2 kelas 2009 yang telahpun berjaya menamatkan 6 tahun sesi belajar dan kehidupan di bentala Tsar ini. Sedih sungguh kerana terpaksa berpisah dengan anda semua (walaupun aku hanya kenal dan rapat dengan beberapa orang sahaja daripada batch mereka heheh) terutamanya dengan KS. Sesungguhnya KS banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan lebih2 lagi dalam bab berkarya. Kalau KS tak paksa saya dulu untuk berkarya, alamatnya berputih matalah saya melihat Bahasa Bumi sekarang. Terima kasih banyak2 ye KS. Diharapkan agar KS dan rakan2 yang lain terus maju jaya dalam bidang kerjaya perubatan yang bakal diceburi tidak lama lagi.


Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai

Buat pertama kalinya, daerah aku yakni Kuala Krai menjadi tumpuan Malaysia untuk sebulan lebih. Sepanjang waktu menuju ke tarikh pilihanraya, sememangnya berita dan khabar dari Kuala Krai wajib ada di dada media massa. Dan daerah ini tidak kering dari lawatan orang2 ternama negara yang datang bagi melobi dan memancing undian penduduk tempatan sepanjang tempoh berkempen. Syok sungguh!


Keputusan pilihanraya tersebut pun sudah diketahui umum. Tahniah diucapkan kepada yang menang. Dan tahniah juga kepada pihak yang satu lagi kerana walaupun mereka tewas, namun keputusan tersebut telah menjadi kayu ukur yang cukup jelas menandakan sokongan rakyat kepada mereka semakin bertambah. Win-win situation kan?


Elective Posting 2009


Seperti tahun yang sebelumnya, aku wajib menjalani sesi praktikal demi memenuhi tuntutan pihak universiti. Dan sudah tentu Hospital Kuala Krai menjadi pilihan aku. Minggu pertama praktikal sudah pun selesai dengan gembiranya. Alhamdulillah, aku mendapat pakar dan MOs unit O&G yang cukup baik hati dan sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan dari kami (aku dan Wee; pelajar dari CSMU, Ukraine).

Sepanjang minggu lepas, memang banyak ilmu baru yang aku pelajari. Jauh lebih banyak dari ilmu yang aku belajar sepanjang kitaran obstetrik semester satu di Moscow (belajar dalam bahasa Rusia ye kat sana!). Dan lebih mengharukan, doktor pakar bersedia untuk membenarkan aku melakukan prosedur yang disenaraikan dalam log book MMA. Minggu kedua ini, aku mahu membantu midwives menguruskan normal vaginal delivery dan episiotomy, dan kalau MO semuanya sibuk, aku mahu membantu doktor pakar melakukan beberapa operations seperti Caesarean section di dalam dewan bedah. Sungguh, doktor pakar tersebut memang sangat baik hati! Pesan doktor pakar, segala prosedur boleh dilakukan asalkan di bawah pengawasan jururawat ataupun doktor. Tak sabarnya untuk mengikuti sesi minggu kedua!


Darmawisata XIII

Ditulis oleh Hafizuddin Awang


Dubai

Dubai merupakan salah satu daripada 7 emirates (negeri) yang terdapat dalam negara Emiriah Arab Bersatu. Dan lapangan terbang antarabangsanya menjadi hub utama kepada syarikat penerbangan Emirates. Maka, peluang untuk melawat sekitar Dubai sewaktu waktu transit Emirates di sana sememangnya tidak patut dilepaskan.

Kami bertiga (aku, Shahrin dan Fadzil) menetap di Ramada Dubai Hotel, yang letaknya di precinct Bur Dubai. Maha selesa dari segi kualiti bilik mahupun lokasi hotel tersebut. Betul-betul berhadapan hotel kami terdapat shopping mall yang turut memayungi KFC, McDonalds dan pelbagai lagi premis untuk menjamu selera.

Kemudahan pengangkutan dalam bandaraya Dubai belum siap sepenuhnya. Metro Dubai laluan pertama dijangka dibuka seawal September ini. Maka, mobiliti kami di sana 100% bergantung pada perkhidmatan teksi. Bas pun ada hehehe. Teksi di sana sangatlah mewah. Memang kalah teruklah Malaysia. Rata-rata, Toyota Camry dijadikan teksi di sana. Tambang pun berpatutan.

Tempat pertama yang kami lawati adalah Souq Naif. Sungguh, memang murah nian kain-kain sutera di sana. 4 meter sutera berharga 100 dirham, lebih kurang 100 ringgit kita. Kalau sutera untuk lace lagilah murah, dalam 30-40 ringgit untuk 4 meter. Abaya (jubah) untuk perempuan mahupun lelaki pun banyak terdapat di sana. Namun, rekaan yang lebih happening pastilah abaya wanita. hehe. Selesai memborong, kami ke Dubai Mall pula.


Dubai Mall merupakan kompleks membeli-belah yang terbesar di dunia dan memuatkan lebih kurang 1200 kedai. Memang letih untuk melawati keseluruhan kompleks Dubai Mall. Dan di dalamnya juga turut menempatkan akuarium gergasi yang memuatkan pelbagai jenis hidupan akuatik termasuklah ikan jerung dan ikan pari yang amat besar saiznya. Dubai Mall ini persis Suria KLCC. Jikalau Suria KLCC disambungkan dengan Menara Berkembar Petronas, Dubai Mall pula disambungkan dengan Menara Burj Dubai. Dengan ketinggian melebihi 800 meter, struktur ini dengan senang hatinya merampas rekod dunia dari Taipei 101 di Taiwan untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia. Kami berada di sekitar Burj Dubai pada waktu tengahari. Dengan sinaran mentari yang sangat intensif, beserta suhu yang sangat panas, memang sukar sekali untuk melihat puncak Burj Dubai dengan mata kasar.

Kemudian, kami ke Jumeirah Public Beach untuk melihat keindahan hotel 7 bintang, Burj Al-Arab Hotel. Untuk masuk ke hotel (termasuklah lama hotel tersebut), kita terlebih dahulu perlu mempunyai jemputan dari pihak hotel. Sekiranya tiada jemputan, jangan mimpilah nak melepasi pagar hadapan hotel tersebut. Tengok dari Jumeirah Beach pun cukuplah. Ramailah juga manusia-manusia yang berjemur di pantai tersebut.

Setelah kami berasa cukup rangup dimasak mentari, kami pun bertolak ke Dubai Creek. Di sana, kami berkesempatan untuk menaiki bot kecil yang membawa kita ke seberang yang satu lagi. Tambang sehala 1 dirham cuma. Seronoklah juga naik bot kerana dapatlah menghilangkan rasa panas badan dek simbahan haba matahari.

Selesai berbiduk sakan, kami pulang ke hotel. Waktu malamnya, kami bersiar2 sahaja di sekitar Bur Dubai district. Esoknya, kami bertolak pulang ke Malaysia.


Sabah

Selang seminggu tiba di Malaysia, aku dan rakan2 serumah di Moscow pergi ke Sabah pula. Kami menetap di Imperial Boutec Hotel, betul-betul di belakang Centre Point, berhadapan dengan Waterfront. Cemerlang dari aspek servis dan lokasi.

Sepanjang di sana, Atiqah sekeluarga banyak menghulurkan bantuan. Kami turut ke daerah Atiqah yakni di Kota Belud. Di sana, kami berkesempatan ke Kampung Siasai untuk merasai pengalaman menunggang kuda Bajau. Juga kami turut berkunjung ke tempat penghasilan parang Bajau yang cukup halus seni ukirannya.


Dari Kota Belud, kami terus ke Kundasang. Sayang, pada hari tersebut kabus sangat tebal. Maka, gunung Kinabalu ghaib dari pandangan mata kami. hehe. Di sana, kami menetap di Kinabalu Pine Resort. Resort yang letaknya di kaki gunung ini sememangnya cukup selesa dan nyaman.

Kami turut berkunjung ke Kinabalu Park. Dan pada hari tersebut, gunung Kinabalu masih lagi dilitupi kabus. Terlepas lagi peluang untuk melihat gunung Kinabalu. Untuk menghilangkan duka lara tersebut, kami bertolak ke Kolam Air Panas Poring. Kami mandi air panas, jungle trekking dan berjalan di canopy walk yang cukup menggerunkan. Kami juga turut ke Ranau untuk bermandi-manda bersama sekumpulan besar ikan kelah. Geli sungguh bila badan bergesel dengan ikan-ikan tersebut.

Setelah 2 hari di Kundasang, kami pulang semula ke Kota Kinabalu. Kami menyewa sebuh bot untuk melawat Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari beberapa buah pulau. Namun, kami cuma melawat 3 pulau, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Di setiap pulau tersebut, kami ber-snorkeling. Ya Allah, sememangnya indah sungguh karangan laut yang dihiasi dengan pelbagai hidupan akuatik. Memang berbaloi sungguh aktiviti tersebut. Untuk menghabiskan sisa2 waktu di Kota Kinabalu, kami berkunjung ke One Borneo Hypermall, yang diuar-uarkan sebagai mall terbesar di Sabah. Juga kami berkunjung ke Pasar Kraftangan (Pasar Filipino) untuk membeli cenderahati.

Haaa...maka siaplah sudah laporan pelancongan kali ini demi menampal hiatus yang cukup besar pada blog ini. hehehe.