Assalamualaikum wbt. Merujuk kepada persoalan "Kesukaran Hidup Di Rusia" yg ditimbulkan oleh seorang pelajar RP yg bakal datang ke Rusia pada September nanti, ingin aku jelaskan bahawa di mana2 negara pun termasuk di Malaysia, pasti ada susah senangnya kehidupan seseorang. Jangan tetapkan dalam minda bahawa kehidupan di Rusia sangat susah dan menakutkan. Tidak. Tidak sama sekali. Namun, persepsi sebegini mungkin kerap timbul bagi kita di Malaysia yg kurang mendapat pendedahan tentang suasana kehidupan di negara eurasia seperti Rusia ini, kerana sejak kecil lagi kita hanya terdedah melalui kaca televisyen kepada budaya hidup di Amerika, Eropah Barat serta budaya Asia kita sendiri. Kalau ditatap betul2 program2 di kaca tv, jarang sekali kita berpeluang untuk melihat rancangan2 keluaran negara bekas komunis ini.
Berbalik kepada soalan Hairi dan rakan2nya, hidup di sini sebenarnya tidaklah sebegitu susah dan menakutkan. Di Rusia, penaja MARA dan JPA akan menghantar para pelajarnya ke 3 universiti di Moscow (2 perubatan, 1 kejuruteraan penerbangan), 1 universiti perubatan di wilayah Nizhny Novgorod dan satu lagi universiti perubatan di wilayah Volgograd. Tempat belajar aku adalah Moscow Medical Academy (aka M1) yg letaknya sudah tentulah di Moscow. Aku tinggal di hostel Sportivnaya, yg letaknya boleh dikatakan di kawasan pusat kota Moscow, yg mana segala segala kemudahan asas dan tambahan boleh didapati secara senang dan meluas. Betul2 di hadapan hostel kami terdapat sebuah pasar, di mana kami membeli segala barang keperluan harian. Dari barangan2 peribadi sehinggalah kepada makanan yg halal, semuanya boleh didapatkan dari pasar tersebut. Pejabat dekan dan korpus utama akademi pula hanya terletak dalam jarak 10 minit perjalanan. Hostel ini juga terletak dalam cakupan sistem Metro (underground train), dan stesen yg terdekat juga berada dalam jarak 10 minit perjalanan. Berhampiran dengan hostel (beberapa langkah sahaja) pula letaknya sebuah bus stop. Efisien sungguh mobiliti kami di sini. Huhu. Keadaan hostel pula sangat membanggakan kerana bangunan yg kami duduki sekarang merupakan bangunan yg baru sahaja dibaikpulih dan dinaiktarafkan. Maka, segala2nya baru di sini. Wallpaper baru, lif baru dan macam2 lagi. Tambahan pula, kemudahan internet dan fixed-line phone juga dibenarkan dipasang di dalam bilik. Untuk pengetahuan anda, servis broadband internet di Moscow jauh lebih membanggakan berbanding dengan servis di Malaysia. Internet di Malaysia sangat lembap! :( Maka, kemudahan sebegitu rupa memudahkan kami untuk melayari internet dan berhubung dengan kaum keluarga di Malaysia.
Namun, kalau anda mendapat tawaran ke M1, belum tentu anda mendapat tempat utk menetap di Sportivnaya. Ada 2 lagi hostel untuk pelajar2 M1, yakni hostel Pushkin dan hostel Kahovskaya nun jauh di selatan Moscow. Bagi kedua2 hostel, durasi utk ke kelas dan kuliah mungkin mengambil masa yg lama kerana kebanyakan departments letaknya di pusat bandar, namun, kedua2nya masih terletak dalam lingkungan sistem Metro. Jadi, jangan risau, perjalanan anda tidaklah terlalu letih. Bagi Kahovskaya, keadaan hostel boleh dikatakan agak menyerupai keadaan di Sportivnaya. Maka, tidak perlu diceritakan. Namun, bagi hostel Pushkin, keadaan hostel mungkin "kurang selesa" berbanding dengan dua hostel yg lain. Namun, tidak pernah lagi aku dengar berita ada pelajar menderita ke, sakit jiwa ke, setelah tinggal di situ. Keadaan di situ tidaklah terlampau extravagant sepertimana hostel kami, namun masih boleh dikira selesa sebagai tempat tinggal. Namun, ada ura2 yg mengatakan bahawa pelajar2 baru akan ditempatkan di sebuah lagi hostel baru yg bakal dibuka oleh pihak universiti. Dengar kata di Barikadnaya atau Svetnoi Bulvar (kawasan pusat bandar juga). Kondisinya lebih kurang di Sportivnaya lah barangkali. Namun, itu semua buah mulut orang, jangan telan bulat2 lagi. Kena tunggu berita rasmi dulu.
Tapi, kalau anda mendapat tawaran di Volgograd atau Nizhny Novgorod, keadaannya sangatlah berbeza dari Moscow. Samalah seperti di Malaysia. Kuala Lumpur mana boleh disamakan dengan Alor Setar, Kuala Terengganu, Bandaraya Islam Kota Bharu, Kuching dan lain2. Walaupun kemudahan di bandar2 tersebut tidak setara dengan kemudahan di ibu kota, namun orang masih boleh tinggal dengan selesa dan gembira. Begitulah juga di Rusia, keadaan hidup di luar Moscow juga selesa. Bagi aku yg telah pergi melawat Volgograd, pada aku, hostel dan universiti mereka sangatlah selesa dan bersesuaian dengan keadaan kita sebagai pelajar. Cukup segala kemudahannya.
Kos sara hidup bagi skop seorang pelajar pula tidaklah terlampau mahal meskipun Moscow ini merupakan kota yg paling mahal dari segi kos sara hidup yg kemudiannya diikuti dengan London, Tokyo dan New York. Sesetengah tempat dan barang sudah tersedia dengan student price seperti bayaran tambah nilai bulanan untuk Metro dan juga student bus pass. Harga barang2 di sini juga tidaklah banyak beza dengan harga di Malaysia. Cuma dari segi kebolehdapatan sesuatu barang yg kita sudah biasa guna di Malaysia, itu mungkin boleh menjadi satu masalah. Contohnya, barang2 seperti ikan bilis, santan, serai dan cili pedas (cili di sini kebanyakannya tidak pedas, sebaliknya manis) mungkin sukar untuk dicari. Harus meredah beberapa tempat, dan kemudian barulah jumpa. Namun tidak mengapa. Apa salahnya kalau kita mencuba masakan mengikut acuan orang2 mereka dalam cara yg halal memandangkan kita sekarang berada di negara asing. Sekaranglah masa yg sesuai untuk kita cuba merasa cara hidup dan makanan mereka. Tatkala sudah tamat belajar, peluang sebegini sudah tiada lagi.
Cuaca di sini begitu 'fluctuating'. Ketika aku di tahun pertama, suhu pada musim sejuk pernah mencecah sehingga -30 darjah Celcius. Namun, pada tahun kedua dan ketiga, suhunya hanyalah sekitar -15 hingga -20+. Namun jangan risau. Aku yg agak tidak berisi ni pun boleh survive. Yang penting adalah pemakaian yg sesuai demi memanaskan badan. Kepada yg bakal datang, kalau boleh belilah pakaian musim sejuk di Rusia kerana pakaian tersebut sememangnya sudah disesuaikan dengan kondisi di sini. Janganlah beli di Malaysia, buat berat beg saja. Kalau rasa perlu juga, bawa sehelai dua saja baju yg dirasakan tebal. Kebiasaanya, ketibaan pelajar baru adalah dalam musim luruh. Maka, suhu tidaklah terlalu sejuk. Sekadar dingin dan berangin saja.
Baiklah, setakat itu sahaja maklumat yg mampu aku ceritakan. Kalau ada sebarang kemusykilan, jangan malu2 untuk bertanya.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
6 days ago
4 comments:
salam judin.
entri yg mantap. siapa baca, terus rasa nak dtg M1 n lg specific nk duduk di spartiv :) tp betul mcm yg kamu kata. kt tmpt2 lain pun keadaannya selesa jg n sesuai la dgn status kita sbg pelajar. bukannya dtg bercuti2 bersenang-lenang je kt sini kn.
amacam, dh sihat dh? ada apa2, bgtau ks k.
saja nak promote m1 lebih2, supaya up la sket reputasi akademi kita. skrg dah sihat la sket, trima kasih ks utk diagnosis2 tu :)
first time aku baca coretan hidup student Malaysia di Rusia.byk juga bezanya dgn kami di sini.tq Judin!
tp entah mengapalah Rusia terus jd desrinasi pilihan x-student PC...
sama2 farhan. takdela ramai sgt pun ex-pc sini. baru je lebih kurg 3 dozen kat sini. hoho. kat us pun ramai gak ex-pc kan? tp yg pastinya, kat UK sgt RAMAI. tak terkira aku nak kira (hoh hiperbola nya).haha.
Post a Comment