Semalam aku dan 5 orang yang lain (Shahrin, Zaim, Fadzil, Ammar dan Ili) ke The Great Moscow State Circus yang terletak di Vernadski Avenue (Проспект Вернадского). Pada mulanya, aku macam malas nak pergi. Tapi sebab tiket sudah dibeli, dan tiket yang dibeli pula berharga RM100 sebab nak duduk di sektor hadapan, confirmlah rasa bersalah kalau tak pergi. Memang berbaloi pergi sebab aku dapat lihat dengan mata sendiri haiwan-haiwan yang disangka mitos namun sebenarnya wujud, seperti kuda unicorn, naga, yeti dan juga ikan duyung. Kesemua binatang ini merupakan hasil kejayaan kejuruteraan genetik yang sedang giat dijalankan di serata dunia. Memang tak sia-sialah ke sana. ok aku tipu je!! jgn marah. ye la bosan juga kalau asyik tulis benda-benda skema semata-mata.
Persembahan mengambil masa 3 jam, bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam. Bersesuaian dengan taraf antarabangsa, sarkas ini menampilkan para artis yang didatangkan dari serata dunia seperti Columbia, Mongolia, Romania, Latvia, Sepanyol dan tidak ketinggalan Rusia juga. Memang banyak slot-slot yang dipersembahkan. Tidak kurang juga acara selingan sementara menanti pentas disiapkan ketika waktu transisi antara 2 slot. Kesemuanya memang menarik!
Dan apa yang lebih menarik adalah penglibatan Ammar dalam 2 acara selingan. Kebiasaannya memang ada


Slot-slot yang dipertontonkan sememangnya cukup mengancam! Bukan setakat bakat2 manusia sahaja yang ditunjukkan, malahan juga bakat binatang seperti kuda, harimau belang, harimau bintang dan juga singa. Susahlah nak bercerita secara ayat2 ni. Apa kata kalau tengok sahaja gambar2 yang dilampirkan bersama. Namun, bukan semua slot ada dalam gambar2 ini. Hanya beberapa slot sahaja yang sempat diambil.


Sekitar slot pembukaan. Persembahan dari artis Rusia dan Azerbaijan.


Haiwan-haiwan juga ada. Kuda, singa dan harimau belang turut mencuit hati penonton.


Lagak ngeri Spanish stuntman serta persembahan dari Iguana Girls of Mongolia yang seakan-akan menghidap Ehlers-Danlos Syndrome. pandai-pandai je aku hentam


Aksi menarik dari artis Sepanyol serta aksi akrobatik di udara.


World of Fashion serta persembahan mantap dari gadis Rusia.
7 comments:
.ish.rugi betul tiada rakaman acara selingan.kalau dimuat naik di laman'tube-awak' dibawah tajuk:"ammar's 15 minutes of fame/shame", mesti masuk senarai 'most viewed (today)'!
.нет слонов в ту ночь? как жал!!
kalau aku jadi badut tu aku nak mintak ammar masuk acara selingan bermain2 dengan singa...menyuakan kepala ke dalam mulut singa ke....
mesti nama Malaysia akan lebih harum lagi....hehehe.....
kelakar ko judin...
reza, mmg ada la rakaman tu. full recording lagi. kna mintak kebenaran besfren ko tu dulu b4 aku dpt upload ke tube-awak.
hazreen, singa2 time tu bad mood sket. sampai tuan dia pun dicakar2 nya. kalo masuk kpala ammar, maunya kuar brita sedih kat msia nanti. haruman kapur barus ada la nanti kot. (huu takutnya aku mnaip mende2 kmatian di mlm2 buta ni).
komen hazreen adlh sgt kelakar =p
hujung disember ada peterpan on ice di luzhniki. jom kita! siap ada dima bilan buat show lagi tu. hehe.
p/s: zaim nampak besar dlm gambar 1st tu =)
klu anda katakan kewujudan seperti kuda unicorn, naga, yeti dan juga ikan duyung sebenarnya wujud... mmg sy akan percayalah...;P tp nasib anda kata anda tipu...;) so x jd percaya lah.. ahaha..
tu la, budak2 umah ni pun mmg ada ckp pasal peterpan on ice ni. tgh bkira2 la ni nak pi ke tak. kalo jadi, bleh la buat rombongan spartiv ke sana.
dudu, banyak lagi rahsia alam yg kita blom tau. mana la tau kan kot2 mmg wujud ke hewan2 tu semua. (kalo btol2 wujud naga tu, abes la kita kna panggang). huhu.
owh, lupa. ks, zaim mmg sudah agak berisi skrg.senang hati la katakn. hehe. zaim, ko kna exercise la lepas ni nampaknya. semua org dah nampak "ptambahan" tu.
Post a Comment