Salam. Berdosa sungguh rasanya sebab lama sudah tak mengemaskinikan blog aku ini. Apa khabar anda semua? Selamat hari raya walaupun sudah sebulan berlalu. Maaf zahir dan batin. Harap-harap ucapan raya aku ini masih lagi relevan. hehe :)
Seperti biasalah, cuti musim sejuk bakal menjelma beberapa bulan lagi. Walaupun masih jauh, tapi aku sudahpun selesai membeli kesemua tiket-tiket penerbangan untuk sesi makan angin kali ini. Dikhabarkan, musim sejuk yang bakal melanda kota Moscow kali ini merupakan musim sejuk yang paling teruk dalam rekod 1000 tahun. YA 1000 TAHUN! Katanya, bakal mencecah sehingga -49 darjah celcius. Sangat menggerunkan. Maka, ada baiknya aku meninggalkan kota Moscow ketika winter break ini sementara masih ada peluang.
Apakah destinasi kali ini? Sekadar 5 negara sahaja, yakni Switzerland, Portugal, Spain, Sweden dan Latvia. Di Switzerland, destinasi pilihan adalah Zurich, Interlaken (bandar kecil di mana menjadi titik mula untuk pendakian ke pergunungan Alps) dan Geneva. Dari Geneva, aku bertolak ke Lisbon; ibukota bagi negara Portugal. Selesai dengan Lisbon, berlepas pula ke Madrid; ibukota negara Sepanyol. Dan dari situ, beberapa kota akan dilawati seperti Seville, Cordova dan Granada. Destinasi terakhir di Sepanyol adalah Barcelona.
Dari Barcelona, berlepas pula ke negara ikon IKEA, yakni Sweden. Lebih spesifik, ke ibukota Sweden - Stockholm. Dan selesai di Stockholm, berlepas pula ke Riga, ibukota negara Latvia, salah satu daripada 3 negara di kawasan laut Baltik. Dan kemudiannya, kami bertolak pulang ke Moscow. Maka tamatlah rancangan percutian 23 hari aku sempena cuti musim sejuk ini. Harap-haraplah tiada sebarang perubahan pada jadual akademik aku sekarang. Kalau tidak, terbakar habislah tiket-tiket aku semua tu. :(
3 comments:
Salam.
Selamat bercuti, Dr. Hafizudin! Semoga Allah melindungi perjalanan pergi dan balik itu nanti.
Apa pun, jangan lupa kemas kini blog dengan gambar-gambar menarik daripada destinasi percutian itu nanti. :)
p/s: errr, bukan winter biasanya 3 bulan ke? melarikan diri dari Moscow selama 23 hari, selebihnya bagaimana? sejuk beku? hehehe..
Assalamualaikum
ek? tetiba sy TERbuka blog ini entah mcm mana ==''
rasanya owner blog ni sudah tidak menulis ni?
(bagus2 boleh lepak sekejap hahaha)
ok sy dah baca, bestnya rusia.
sy doakan anda berjaya jadi doktor islam yang ohsem walaupun sy tahu xda org akan baca pun komen sy ni :p
impian sy dulu nak jd dokter tapi..hanya tinggal kenangan huhu
*err berhabuknya blog ini, ish ish ish :p *
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment