Hari ini 29 Februari. Tarikh yang amat2 dan sangat2 lah ditunggu2 oleh mereka yg dilahirkan pada tarikh unik ini. Untung mereka, proses penuaan secara 'kala umur' amat perlahan. Haha. Semalam baru sahaja kami menyambut ulang tahun ke-21 Zaim; groupmate aku. Hari lahirnya selang 3 hari dari hari lahir aku. Yesss, aku lebih tua darinya. Haha.
Entri kali sekadar untuk mengisi ruangan blog bagi tarikh 29 Februari sahaja. Tidak lebih dari itu, kerana, 4 tahun lagi barulah aku boleh mengisi semula ruangan 29 Februari ini. (macam signifikan je tarikh ini..haha) Pagi nanti agak sibuk. Awal2 lagi pathoanatomy bertandang. Jumpa Prof Kogen dan Prof. Alexander (beliau sarankan kami memanggilnya Al sahaja...terasa dirinya muda barangkali..haha). Kemudian, pathophysiology pula menanti kami. Kesimpulannya, hari ini merupakan hari pathology. Tamat sahaja kelas, aku ingin bergegas ke Alamin Travel. Mahu sudahkan urusan tiket dengan agensi tersebut. Aku mahu desak mereka mengisukan terus tiket Singapore Airlines aku utk pulang ke Malaysia Jun ini. Sudah hampir 2 minggu aku tunggu. Tak siap2 lagi. Kalau mereka tidak buat hal, insyaAllah 30 Jun aku pulang. Transit sekejap di Singapura utk makan angin di sekitar kota tersebut. Dan bakal tiba di Kuala Lumpur pada 1 Julai. InsyaAllah. Haiiii tak sabarnya mahu pulang ke Malaysia...
Baiklah, setakat ini sahaja. Wahai 29 Februari, kita jumpa lagi 4 tahun dari sekarang. Jumpa lagi. :)
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
6 days ago
2 comments:
yeay2, dh dpt tiket. alhamdulillah
haa..dah ada tiket kan...pi la balik msia skrg..keh2.
Post a Comment