headline photo

Sunday, February 21, 2010

Santai Sabtu

Ya, aku tengah rajin sekarang untuk kemaskini blog. Angin rajin masih ada. Esok lusa berlalu pergilah angin ini. hehe. Pagi tadi sangat seronok. Semua yang datang ke kelas hadir dengan mood yang sangat ceria. Maklumlah, hari untuk dapatkan zachot gynaecology, siapa yang tak gembira. Kalau dapat zachot untuk subjek tertentu, maknanya kami sudah tamat belajar subjek tersebut untuk semester ini. Dan bakal berjumpa lagi dengan doktor subjek tersebut pada hari peperiksaan akhir kelak.

Alhamdulillah setelah tamat 3 sesi klinikal dan 2 kuliah SAHAJA, kami berjaya mendapatkan zachot untuk subjek gynaecology. Dan subjek reanimation pula yang bakal menggantikan subjek yang tamat ini pada minggu hadapan. Ah! Tidaklah seronok mana subjek baru ini kerana hospital yang ditetapkan untuk reanimation letaknya jauh dari hostel aku. Jawabnya keluar rumah di awal pagi lagilah. Layan sajalah, bukan lama sangat pun cycle reanimation ini. Bulan depan tamatlah.




Dan setelah dapat zachot, aku bersama beberapa rakan group 8 yang lain menjamu selera di restoran sushi kegemaran aku yakni Planeta Sushi. Ini kali pertama aku ke sini sejak pulang bercuti dari Malaysia bulan lepas. Huhu memang agak kempunan juga untuk merasa makanan eksotik ini. *Ya, aku memang peminat fanatik makanan Jepun!* Maklumlah, di Kelantan bukannya ada restoran khas untuk makanan Jepun pun. Di Tesco memanglah ada dijual sushi segera, tapi kualiti rasanya...erm..(tak baik mengkritik secara terbuka hehe).

Maka berakhirlah sabtu-ku yang cukup santai pada hujung minggu ini. Esok ada mesyuarat penting. Satu acara besar akan mengisi kalendar Mac bagi pelajar-pelajar Malaysia di Moscow. Nantikanlah ye!


2 comments:

HBM Consultant said...

Tahniah, semoga urusan pengajian di perantauan sentiasa dimudahkan Allah. Mac ini ada acara besar untuk pelajar Malaysia di Moscow? Kedengaran menarik! Hehehe.. Apa pun, teruskan menulis dan belajar dengan baik...

Hafizuddin Awang said...

terima kasih cikgu untuk pesanan berguna itu.

hehe tidaklah besar mana pun acara tersebut. sekadar pilihanraya lokal buat pelajar2 di moscow sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails