headline photo

Thursday, February 11, 2010

Darmawisata XIV


ISTANBUL, TURKI

Salam. Berapa besar ye hiatus kali ini? Amat besar kan sebab 3 bulan tiada pengisian. Memang lama betul tidak jenguk blog ini sehinggakan habis segala layoutnya sudah tamat tempoh. haha. Terpaksalah tukar rupa lagi kan. Merasalah PG kali ini berselimutkan rupa yang persis facebook.

Darmawisata kali ini berkunjung ke kota yang penuh bersejarah, yakni Istanbul. Istanbul ini sebenarnya ada banyak panggilan. Semuanya berubah mengikuti zaman. Namun nama-nama lain yang cukup masyhur selain Istanbul adalah Byzantium dan Constantinople. Apa yang unik tentang kota ini adalah tentang keadaan geografinya. Bahagian barat Istanbul letaknya dalam benua eropah, manakala bahagian timur Istanbul pula tersasar masuk ke benua Asia. Kedua2 wilayah ini dipisahkan oleh selat Bosphorus. Lantas menjadikan Istanbul satu2nya metropolis di dunia yang terletak dalam dua benua.

Aku bertolak ke Istanbul pada 1 Januari 2010 yang lalu. Kiranya tahun ini sambut tahun baru di Istanbul lah. huhu. Dan menetap di Istanbul selama 6 hari 5 malam sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Nak aku ceritakan satu persatu tentang tempat2 menarik di Istanbul? Tak perlulah kan. Aku sangat malas nak menulis entri yang berjela2 panjangnya sekarang.




Secara keseluruhannya, Istanbul sangat menarik. Memang cukup menggamit perasaan setiap orang yang berkunjung ke sana. Dan yang lebih menarik, aku dapat berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang datang terus dari Malaysia untuk turut sama berkunjung ke Istanbul. Lagipun matawang Turkish Lira di sana tidaklah mahal mana pun. Sekadar 2 kali ganda dari ringgit Malaysia sahaja.

Umumnya kalau sebut Istanbul, orang cuma kenal Masjid Biru (Masjid Sultanahmet) dan Hagia Sofia. Namun, sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di sana. Oleh itu, sebelum melancong, rajin2kanlah diri anda untuk menjenguk wikitravel atau apa2 sahaja laman sesawang yang berkaitan dengan pelancongan supaya pelaburan wang anda cukup berbaloi.

Saksikanlah video klip perjalananku di Istanbul.

video


2 comments:

Kak Ijan said...

Salam Judin,
Wah masuk sini macam nk log in facebook pulak.hehe... seronoknye dapat pegi jalan2 ke turki. Kak Ijan ada jugk teringin. entah bila la nak sampai :D

Hafizuddin Awang said...

salam kak ijan,
nanti nk pi kuopio la plak *angan2*.
huhu nk mlawat mikael, then cubit2 pipi dia yg comel tu sampai nangis. :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails