headline photo

Thursday, October 15, 2009

Warnawarta XII

Bye Cycle 1, Hi Cycle 2

Seminggu sudah cycle pertama telah tamat. Berlalulah subjek kesihatan awam, epidemiologi, ginekologi dan ophtamology. Semuanya berlalu tanpa sebarang masalah. Masuk cycle 2 dalam bulan oktober ini, aku disajikan dengan 3 subjek yakni Therapy, Surgery dan Philosophy. Dua subjek pertama sememangnya cukup relevan dengan aliran pengajian aku. Namun, subjek falsafah pula tiba-tiba tersesat masuk ke dalam jadual akademik kami. Subjek tersebut mengupas perihal variasi doktrin, tamadun, sejarah tamadun, agama dan kepercayaan yang wujud dan pernah wujud di dunia. Antara perkara yang terkandung dalam subjek tersebut adalah berkenaan tamadun India, China, Greek, fahaman Confucius, Lao Tze, materialism, idealism dan pelbagai lagi. Falsafah dunia Islam tidak pula dibincangkan. Apa-apa pun, di manakah perkaitannya dengan perubatan??? . Dan pada hemat aku, pensyarah aku tersebut merupakan seorang atheist kerana mengikut langgam kuliahnya seakan menggambarkan yang beliau tidak mempunyai sebarang kepercayaan kepada tuhan. hehe andaian semata-mata. Dan cycle kali ini agak santai kerana kuliah dan kelas letaknya cuma di belakang hostel aku sahaja. 10 minit sebelum kelas bermula pun masih boleh lepak di bilik. hehe.


Selamat Datang Ke Moscow

Selamat datang buat pelajar-pelajar tahun pertama walaupun sudah 3 minggu lebih tiba di Moscow. Dan dengan tidak semena-menanya group 8 (group aku) tergerak hati untuk menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri kepada pelajar-pelajar tahun pertama tajaan Mara. Nak buat untuk semua pelajar kami tak mampu hehe. Tahun ini Mara cuma menghantar 14 orang sahaja pelajar ke Moscow berbeza dengan kami dahulu seramai 30 orang. Apa yang kami masak? Ada nasi beriyani, telur kurma, kari ayam, pizza, roti jala (aku buat! hehe) dan beberapa hidangan sampingan yang lain.


Dapatlah juga kami berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi. Mulai tahun ini juga, Yayasan Terengganu sudah pun mula menghantar pelajar2 tajaan mereka ke sini untuk bidang perubatan. Sungguh, memang cukup ramai rakyat Malaysia di Moscow sekarang. Maka, boleh tak kerajaan wujudkan sebuah Malaysian Hall di Moscow sama seperti di London dan Kaherah?

Balik Malaysia

Belum pun genap 2 bulan pulang ke sini, aku sudah pun menempah tiket pulang ke Malaysia untuk cuti musim sejuk Januari 2010. Kali ini, aku pulang melalui Istanbul. 1 Januari 2010 aku ke Istanbul dari Moscow menggunakan Aeroflot. Bercuti di Istanbul selama 6 hari untuk menikmati keindahan panorama Masjid Biru dan Hagia Sofia serta menyelami sejarah silam kota tersebut. Dan pada 6 Januari pula, aku bertolak ke Malaysia menggunakan Malaysia Airlines. Kalau dahulu, untuk route IST-KUL, MAS menggunakan pesawat Airbus 330 yang agak tidak menarik namun bermula 25 Oktober pesawat tersebut akan digantikan dengan pesawat Boeing 777 yang jauh lebih best, lengkap dengan personal in-flight entertainment. hehe. Apa-apa pun, aku akan berada di Malaysia sepanjang Januari sehingga 3 Februari. Tak sabarnya nak pulang jumpa keluarga!
Malaskah anda?

Anda tinggal di Moscow? Malas Memasak? Tempah sahaja home delivery pizza hut. Dial 8495-644-44-45 untuk menempah. Untuk menu, lihat di pizzahut.ru. Pilih yang boleh dimakan sahaja ye seperti vegetarian, seafood dan cheese. hehe. Tempahan bernilai 500 rubles ke atas sahaja diberikan dostavka percuma. Namun pastikan terlebih dahulu tempat tinggal anda berada dalam cakupan metro di bawah sebelum menempah. Bagi sesiapa yang tinggal di Sportivnaya, anda memang bertuah! hehe~



Kalau rumah anda tak termasuk dalam map ini, jangan sedih ye!

12 comments:

Marniyati said...

Salam.

Wah, bakal pulang lagi ke Tanah Melayu tercinta! Benarlah kata bijak pandai, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat jatuh cinta (kepada ayah bonda) hehee..

blogresipi said...

Salam ziarah dari blogresipi. Selamat pulang bercuti ke tanah air dan didoakan selamat pergi dan kembali nanti.

Hafizuddin Awang said...

salam cikgu, insyaallah kalau tiada aral melintang, akan tibalah saya dengan selamatnya di malaysia pada 7 januari nanti.

kak ijan dr blogresipi, terima kasih kerana sudi singgah. kim salam kat mikael ye. hehe~

blogresipi said...

Dah kirim salam kat Mikael. :). Ada adik kawan kami kat Rusia tapi tak ingat universiti mana.Namanya Siti Hajar Yusoff. Satu geng dengan Nazlinda Nani, Fakruradzi Zakaria,, Dawsa Berhad, Irma Isa dan Zool Ismi.

Berapa kos belajar Medic di Rusia kalau pergi atas tajaan Father and Mother? Kos sara hidup pula sebulan berapa? Mahal tak?

Rusia dengan Indonesia yang mana lagi mahal ye? Banyak tanya pula. ;)

Hafizuddin Awang said...

ooo ada kenalan kat sini ye. ermm kalau tajaan parents tak sure sangat berapa ribu. tp setahu saya, yuran pengajian dlm 5000usd stahun. then utk sara hidup, 2000rm/month pon dah lebih dari cukup rasanya. 1000rm sbulan pon masih boleh survive rasanya.

tp kos hidup kat moscow mmg mahal. nasib baik kami hidup sbg pelajar, so ada la privilege sket dr segi student price utk transportation.

kalau dibandingkan dgn indonesia, moscow lebih mahal rasanya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails