headline photo

Friday, January 30, 2009

Darmawisata IV


MUNICH & VIENNA


Assalamualaikum wbt.
Pulang sudah aku ke bentala Tsar ini setelah 3 minggu berkelana ke beberapa tempat. Seronok sungguh jalan-jalan ni. Tapi sedih juga sebab duit banyak terbang keluar dari poket. hehehe. Lumrahlah hidup di dunia sekarang penuh dengan transaksi wang. Terpaksalah berkorban sedikit.

Destinasi pertama darmawisata aku berserta Shahrin dan Zaim adalah Munich, Jerman. Kami bertolak dari Moscow Domodedovo International Airport dengan khidmat S7. Turut bersama kami ke Munich pada hari itu adalah Fertini the Ferocious dan Faryna the Fashionable. Namun, mereka sekejap sahaja di Munich kerana train mereka ke Zurich pada hari itu juga.

Tiba di Munich, suhu sangatlah sejuk. Walaupun Moscow jauh lebih sejuk berbanding Munich, tapi kesejukan Moscow diiringi dengan udara kering. Nyaman sungguh! Tapi sejuk di Munich lain pula. Sejuk lembap. Aduii, merasalah sakit tangan dan telinga kalau tiada gloves dan earmuff. Namun, aktiviti bergambar menggunakan anak baru aku si 450D tetap diteruskan meskipun sejuk. Bertahan sajalah. Tempat paling best bagi aku di Munich adalah Nymphenburg Schloss (schloss=istana) kerana di situ tasiknya yang luas jadi beku dalam musim sejuk. Boleh merasalah pengalaman berjalan di atas air macam cerita shaolin2 yang suka sangat lari-lari atas air. hehe. City centre Munich di Marienplatz juga agak meriah. Deretan butik2 pakaian di sana sangatlah mengujakan kerana winter sale masih lagi berlangsung. Siapa2 yang banyak duit, bolehlah shopping puas2 di sini.

Selang 2 hari di Munich, kami ke Vienna ibunegara Austria. Ceh! Suhunya sama seperti Munich. Menyeksakan sungguh. Ketika di sana, rasa macam nak cepat2 saja pulang ke Moscow. Kesejukan di Moscow jauh lebih baik. Nasib baik bilik hotel yang kami tempah sangat elok kepanasannya. Hilanglah juga perit sejuk kami ini. Di beberapa tempat tumpuan pelancong, banyak pemuda2 berpakaian ala zorro yang menjual tiket2 ke persembahan muzikal Mozart. Mozart ataupun nama penuhnya Johann Chrysostom Wolfgang Amadeus Mozart seorang komposer muzik yang cukup gah di era Klasikal dahulu. Lahir di Salzburg, Austria. Tiket untuk ke persembahan muzikal hasil karya Mozart agak mahal. Namun, si zorro ni cakap ada diskaun untuk pelajar. Maka, jadilah harga pelajar sebanyak 29 euro. Walaupun berpatutan, namun cuma Zaim sahaja yang berminat untuk pergi. Aku dan Shahrin tolak sahaja pujuk rayu si zorro ni sebab kami memang tak minat muzik mendayu2 ni. Boleh tertidur aku dibuatnya sama seperti waktu aku ke teater ballet The Swan Lake. Maka pergilah Zaim berseorangan pada malam tersebut dan alhamdulillah semuanya selamat. hehe.

Mesti bosankan kalau asyik menatap tulisan sahaja. Nah, lihatlah koleksi video dan gambar aku di Munich dan Vienna. Amaran: Banyak terdapat gambar aku dalam video di bawah kerana ini blog aku. Harap jangan muak.hahaha. Next stop, Athens.


video


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails