headline photo

Friday, January 30, 2009

Darmawisata V


ATHENS, GREECE

Dari Vienna, kami bertolak ke Athens dengan SkyEurope. Kagum sungguh tengok pulau2 sekitar Athens dari udara. Cantik-cantik semuanya. Sampai di Athens, kami ambil train dari airport ke pusat bandar. Lama sungguh durasinya. Kemudian, kusut-masai kami mencari lokasi hotel di kawasan Omonia. Berbelit-belit kawasan ini. 30 minit mencari, barulah kami jumpa.

Athens tiada apa-apa pun. Kalau tidak kerana sebukit Acropolis itu, rasanya tak rancak sangat pun industri pelancongan Greece. Acropolis agak luas dan tinggi kedudukannya. Memang mengerah keringat (hehe keringat tiada kerana winter) sungguh untuk mengelilingi kawasan Acropolis. Memang banyak tinggalan tamadun Greek yang terdapat di sana. Sesungguhnya tamadun mereka memang cukup mantap kerana terdapat banyak artifak2 yang cukup mengagumkan dari segi kehalusan buatannya. Contohnya tembikar2 mereka dihiasi dengan ukiran2 mikro yang aku yakin boleh dilakukan dengan bantuan mesin pada era sekarang. Halus, rapi dan cukup simetri buatannya.

Untuk membeli-belah souvenirs, bolehlah berkunjung ke Plaka, kawasan bandar lama di kaki bukit Acropolis. Sekali kami masuk ke sana, memang peniaga berebut2lah menjemput kami untuk masuk ke kedai mereka. Maklumlah, hari itu sedikit sahaja pelancong yang datang, confirm-lah mereka beriya-iya hendakkan kami ni.hehe.

Pemilik hotel kami memang seorang yang baik hati. Kami ada bertanya beliau berkenaan perbedaan ejaan Greece dalam nahu mereka. Kami tanya apa bezanya Ελλάδα (Ellada) dan Ἑλλάς (Hellas). Pendek sahaja soalan kami. Namun, sejam lebih masa yang beliau ambil untuk menerangkan (mengajar actually) tentang perkembangan bahasa Greek sehingga menukarkan Ἑλλάς kepada Ελλάδα. Beliau memberitahu kami yang sebahagian besar bahasa-bahasa di dunia berakar dari langgam bahasa Greek, termasuklah bahasa Inggeris. Contohnya perkataan Greek "ипер" (sebutan 'iper'), dibawa ke bahasa Inggeris menjadi super (eg: supermarket), dibawa ke bahasa Perancis menjadi hyper (eg: hypermarché) dan dibawa ke bahasa Rusia menjadi супер (eg: супермаркет).

Dan sekiranya anda mengetahui tentang tulisan Rusia yang dikenali sebagai cyrillic, anda akan perasan bahawa tulisan Greek dan cyrillic Russian hampir menyamai satu sama lain. Maka, kami ajukan soalan kepada pemilik hotel tersebut. Maka, beliau menjelaskan bahawa tulisan cyrillic Russian sebenarnya diasaskan oleh 2 orang saudara yang berasal dari Thessaloniki, Greece. Mereka adalah Saints Cyril dan Methodius. Mereka telah mengembangkan tulisan seakan tulisan Greek ini ketika mereka menyebarkan agama Kristian di kawasan Eropah Timur yang turut mencakupi wilayah Rusia. Maka, tidak hairan Greece dan Rusia berkongsi fahaman Orthodox dan bentuk tulisan yang hampir sama.

Seperti Darmawisata IV, entri kali ini turut tersedia video kami di Athens. Juga, amaran yang sama turut teraplikasi. hehehe. Next stop: Italy dan Vatican City.


video


2 comments:

фарина захари said...

ooo..patutla kitorg leh eja sket2 words greek tu..
DArmawisata tu ape weh?Haih, high gle vocab :P

Hafizuddin Awang said...

maksudnya lawatan sambil belajar. kekeke, tak sesuai langsung kan penggunaannya? mcm aku blaja je tmpt2 yg aku pi tu. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails