headline photo

Tuesday, December 2, 2008

Eksklusif : Seni Nusantara

Pertamanya, gambar ini bukanlah gambar album terbaru Siti, dan nama album pun masih belum rasmi lagi.maka jangan buat spekulasi. Maklumat ini pun sekadar leakage yang aku dapat menerusi sebuah website bebas. Hebahnya, album tradisional kelima dan album kedua belas secara keseluruhan beliau ini bakal masuk gelanggang pasaran bulan ini. Dengar kata, mantap juga karya2 kali ini. Apa taknya, tengok sajalah pada barisan komposernya. Ada M. Nasir, Pak Ngah, Johan Nawawi dan beberapa nama besar lagi. Ada juga komposer2 lain yang mengakui bahawa lagu mereka tidak berjaya ke final cut. Sebab kali ini banyak sangat lagu2 yang ingin dimuatkan ke dalam album ini. Berikut merupakan senarai lagu2 yang bakal dimuatkan:


  • Menanti Kasih
  • Seloka Budi
  • Langit Masih Cerah
  • Senyum Minang Manis
  • Di Taman Teman
  • Bulan Yang Mesra
  • Di Kayangan Kita
  • Bintang Malam
  • Ada Masa Mata
  • Rasa Antara Kita
  • Cinta Ini
  • Jelmakanlah Ayumu

Ini pula merupakan lirik Ada Masa Mata nukilan oleh AD Samad, lagu digubah oleh M. Nasir.

Ada masa masa
Bukan dgn mata
Nak menilai rupa
Tetapi kerja hati
Melihat dari pekerti

Ada masa masa
Dari sisi sama
Masih tetap jua
Pandangan boleh berbaza
Asalkan saja hati
Sudi cuba memahami

Ada masa mata
Ada sahaja
Ada yang tidak kena
Cerewet mencari sempurna
Terlupa apa berharga

Ada masa mata
Ada ketika
Tak terlihat cela
Kerana hati sudah suka
Seperti jua aku
Bila mengenali dirimu

Jangan kunci
Pintu hati
Lepas pandang
Sebalik diri
Bila indah telah pudar
Atas apa kita berdiri



Dan satu lagi, tak kisahlah apa orang nak kata.hehe. Yang penting, aku suka benar tengok klip video persembahan Siti ketika di Kuala Lumpur International Films Festival 2008 baru-baru ini. Siti begitu bertenaga melagukan Kurik Kundi diiringi dengan koreografi tarian yang maha meriah.





2 comments:

.:dura:. said...

suka sgt tgk video klip ni ada x menari nyer?? menari la sekali judin~..hik3.. ;)

Hafizuddin Awang said...

haha tak bdaya la hamba nak mengikut rentak tarinya. rumit sungguh. baik tidor.senang hati. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails