headline photo

Saturday, November 1, 2008

110 Mega Sale

Assalamualaikum wbt. Sunyi sekejap blog ini sepanjang Syawal lepas. Bukan kerana beraya sakan. Namun, kerana rutin cycle 2 yang sibuk, namun tidaklah sibuk keterlaluan. Alhamdulillah, cycle 2 pun sudah tamat. Berakhirlah era subjek Therapy, Dermatology dan Hygiene. Bonus cycle kali ini adalah mendapat skor пять untuk subjek Hygiene, sekaligus melayakkan diri untuk skip final examination Januari kelak. Syukur. Dapatlah 'berkelana' pada winter break nanti. Ke mana? Destinasinya sudah ada. Tiket2 dan tempahan hotel juga sudah dibuat. Munich, Vienna, Athens, Vatican City, Rome, Florence, Pisa, Venice dan Milan menjadi pilihan kali ini. Switzerland pada awalnya turut disenaraikan, namun kerana taraf hidup di sana uber expensive (mahal nak mamp*s) dan kami bakal overbudget kalau ke sana, maka terpaksalah dibuang dari list kami.

Namun, usahlah bermimpi untuk berjalan2 buat masa sekarang, kerana cycle 3 sudah pun masuk gelanggang. Cycle kali ini cukup garang pada hemat kebanyakan pelajar kerana adanya subjek Topographic anatomy. Namun, nasib baik aku dapat profesor yang cukup baik hati, lagaknya seperti datuk yang penyayang, sayang kepada cucu2nya (kami-lah). hehe. 2 subjek yang lain adalah Urology dan Medical Genetic.

Oh, rakyat di Spartiv Hostel perlu tahu bahawa sekarang ini ada 110 Mega Sale. Maklumlah, sekarang ini rumah 110 di mana aku menginap, menjadi pusat komersial mini di hostel ini. Dari urusan perkhidmatan hinggalah ke urusan jual beli. Apa tidaknya, ada Maggi Goreng Asyiq, Chicken Cheese Burger Josef, dan yang terkini kedai runcit Asia Jimat naungan Ikhu dan Andy yang menjual roti, beras, coklat, minyak masak, bawang dan macam-macam lagi. Harganya sudah pastilah lebih rendah dari pasar kerana mereka borong segala macam barang dari Ashan (Auchan - french international retail group). Namun, apa yang penting sekarang adalah supaya bisnes2 ini tidak sampai ke pengetahuan administrator hostel. Kalau tidak, kena gulung tikarlah. hehe.

Melihat mereka semua ini berniaga dan mendapat keuntungan yang memuaskan, terlintaslah juga hasrat di hati untuk berniaga sama. Namun, masih belum dapat lagi idea tentang barang atau menu apa untuk dijual. Bukan apa, selera orang di Spartiv tinggi2 belaka. Kalau kurang sedikit rasa masakan, mahunya berjela2 komen yang dilontarkan. Jadi, kenalah meniaga barang2 yang marketable. Even wani group aku pun meniaga sekarang, buat puding karamel setahu aku. Entah2, setahun dari sekarang, satu hostel ini bakal meniaga, saling menjual makanan kepada satu sama lain, hingga lenyap budaya saling menghulur dalam kehidupan berjiran sepertimana Fatini tidak menghulurkan biskut mazollanya kepadaku ketika raya. (ok, itu gurau2 sahaja. Fatt, sila jangan marah heheheh. Aku sempat juga merasa mazolla kebanggaanmu ketika open house raya anjuran kumosc tempoh hari). Oklah, ringkas sahaja kali ini. Jumpa lagi. :)


4 comments:

.:dura:. said...

banyaknyer destinasi yg bakal anda ber'kelana'.. pasti seronok..
ada jual milo x?? jual la, pasti demandnya tinggi..hehe..:)

Hafizuddin Awang said...

seronok? tak semestinya. tgk cuaca pula nanti. milo kalau ada pun, pasti tidak akan dijual. permintaan di sini sgtlah tinggi kerana tiada milo di rusia. jd, baik guna milo tu utk diri sendiri. hehehe.

fattnieniey said...

ambboi2!
terasa ke abg judin i kasik kat cik amar je?
amar cilok biskot aku tau!
hehe
nnt bday ko, ko request 1 meal, aku cube buat la ok?
hehe.
ko jgn suruh aku msk mender pelek2 pulak.

Hafizuddin Awang said...

waahh aku nak mintak ayam cabonara ntah camna nama tu yg ks buat tu la. hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails