headline photo

Tuesday, October 14, 2008

Rekrut

السلام عليكم
Minggu lepas, saudara Fahd Razy (bos Gerakan Karyawan Luar Negara aka GKLN) baru sahaja mem'promote'kan aku untuk jadi salah seorang moderator. Katanya, aku dan seorang lagi ahli GKLN dari Jepun dipilih untuk menjadi AJK Keahlian. Tugas bahagian ini adalah untuk menapis dan meluluskan permohonan individu2 yang ingin menjadi ahli baru GKLN.

Maka, di kesempatan ini, aku ingin menyeru kepada mana-mana individu yang ingin menyertai GKLN, silalah klik ikon GKLN di bawah ini. Dan khas kepada pelajar2 di Rusia, ahli GKLN dari Rusia yang berdaftar hanyalah 3 orang sahaja. Itu pun salah seorang sudah tamat belajar di Moscow. Maka, tinggallah 2 orang cuma. Lantaran itu, kepada mana2 pelajar Malaysia di Rusia yang suka berkarya dan aktif menulis, eloklah kiranya anda menyertai gerakan ini. Sekurang-kurangnya, adalah juga hasil anda nanti yang bakal menjadi bahan cetakan umum seperti buku antologi, paparan di akhbar utama Malaysia dan lain-lain. Dan untuk pengetahuan anda semua, projek terkini GKLN adalah penghasilan Antologi Cerpen. Kalau summer yang lepas, Antologi Puisi Bahasa Bumi nukilan 50 karyawan negara sudah berjaya dizahirkan. Menarik kan?! :)


Click to join karyawanluarnegara

Click to join karyawanluarnegara


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails