headline photo

Sunday, August 3, 2008

.:Bahasa Bumi:.


Akhirnya, buku yang aku tunggu2 sudah pun keluar. Buku antologi puisi 50 penulis luar negara yang diberi judul Bahasa Bumi ini dikelolakan penghasilannya oleh Gerakan Karyawan Luar Negara (GKLN); yang aku baru sahaja beberapa bulan menjadi ahli.hehe. Apa yang syoknya pada aku, sebab karya aku turut dimuatkan dalam buku ini. heheh. Dan tidak lupa juga, hasil nukilan rakan kongsi aku untuk blog himpunan puisi Antologi Dunia yakni KS turut sama dimuatkan ke dalam buku ini. 3 orang penulis dari Rusia diundang untuk menyertai pembikinan buku ini. Selain aku dan KS, abang KI (bekas pelajar RSMU) turut sama terlibat. Turut sama menghantar karya adalah Adibah Abdullah, penulis muda yang cukup berbakat yang juga merangkap senior aku di sekolah rendah dan MRSM Pengkalan Chepa dulu.

Bagi anda yang gemar membaca, elok benarlah jika aku cadangkan agar anda membeli buku ini kerana karya2 yang dimuatkan amat berbaloi untuk dibaca. Sekiranya anda berminat untuk membeli buku ini, sila layari http://gklnpublishinghouse.blogspot.com// untuk mendapatkan maklumat tentang buku Bahasa Bumi dan buku-buku yang lain serta maklumat tempahan. Terima kasih. (Maka habislah tugas aku untuk mempromosikan buku ini..hehehe).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails