Assalamualaikum wbt.
Ramai yg kurang cakna tentang pembangunan yg sedang berlaku di kota Moscow ini, dan ramai juga yg terlalu underestimate tentang sistem perbandaran di sini. Aku di sini bukanlah terlampau pro-Moscow sehinggakan 2 entri aku khas ditujukan buat Moscow, namun aku sekadar ingin menunjukkan kepada anda semua bahawa Moscow ini isn't bad after all. Semua tempat2 di mana2 pun ada pros and cons yg tersendiri. Bagi aku secara peribadi, Moscow ini merupakan kota yg sui generis; kota yg mempunyai keunikan dan kelasnya yg tersendiri.Namun, untuk entri kali ini, aku ingin mendedahkan anda semua pada gelombang modenisasi yg sedang melanda Moscow sekarang.
Pada tahun 1992, kerajaan Rusia telah bersetuju untuk memperuntukkan $12 billion untuk melaksanakan sebuah projek yg dikenali sebagai Moscow-City, yang mana sekarang dinamakan Moscow International Business Center (MIBC). Anda harus tahu bahawa kebanyakan tanah di pusat Moscow ditunjangi oleh bangunan2 kediaman, kilang2 dan pusat2 industri yg sudah hampir usang ditelan zaman (usang dari segi seni reka, kerana kebanyakan bangunan skrg di dunia dibina menggunakan seni reka dan bahan2 binaan yg moden, di mana kebanyakannya dibina persis Petronas Twin Towers). Sistem perbandaran di Moscow bolehlah diumpamakan seperti Paris, di mana hampir keseluruhan kotanya dihampari oleh bangunan2 yg klasik. Namun, kerajaan Perancis mula sedar bahawa mereka memerlukan sebuah kawasan khas sebagai nadi perdagangan dan komersial agar kota tersebut boleh berdiri setanding dengan bandaraya2 moden lain di dunia. Lantas, lahirlah La Defense, sebuah kawasan di pinggiran Paris yg sarat dengan bangunan2 pencakar langit khas untuk tujuan pemusatan urusan ekonomi mereka. Namun bagi Moscow lain pula. Mereka tidak mahu membinanya di pinggiran Moscow, kerana Moscow ini amat luas saiz cakupannya, berkali2 ganda berbanding Kuala Lumpur. Maka, amatlah tidak efisien sekiranya business district dibina di pinggir kota kerana amatlah jauh untuk dicapai oleh orang2 yg tinggal di pusat bandar. Solusinya, mereka bersetuju untuk membina wilayah ekonomi tersebut di atas kawasan tambakan sungai Moscow, yg dikenali sebagai Presnenskaya Embankment. Dekatlah juga kawasan ini dengan kawasan kediaman aku. Dari hostel aku pun sudah jelas kelihatan beberapa bangunan pencakar langit yg hampir siap dibina.
Hasrat utama MIBC ini adalah untuk mewujudkan sebuah zon sulung khusus untuk menggabungkan aktiviti perniagaan dan komersial, kawasan kediaman dan hiburan. MIBC bakal menjadi bandaraya di dalam bandaraya (a city within a city). Keseluruhan projek mega ini mengambil ruang hanya 1 kilometer persegi memandangkan kawasan sekitarnya sudah padat diisi dengan bangunan2 yg sejak dulu lagi sedia ada. Hanya di embankment ini sahaja yg masih lapang untuk diisi dengan projek dengan magnitud sebesar itu.
Antara yg termasuk dalam perancangan MIBC adalah Russia Tower (lihat gambar di kanan), sebuah bangunan yg bakal mempunyai ketinggian 612.2 meter; bakal menjadi bangunan tertinggi di Eropah dan kedua tertinggi di dunia kelak. Projek ini telah pun bermula sejak September 2007 lagi dan bakal siap pada 2011. (yeaa!! sempat tengok lagi insyaAllah.) Namun bangunan yg sudah menampakkan hasil adalah Naberezhnaya (Embankment) Tower (lihat gambar kanan). Bangunan setinggi 268 meter ini telah pun menjadi struktur tertinggi di Eropah buat masa sekarang, dan bakal dipintasi oleh Federation Tower, Russia Tower, Mercury Tower dan City Hall and City Duma di mana kesemuanya terletak di MIBC. Banyak lagi bangunan2 pancakar langit yg bakal dibina menerusi MIBC ini. Projek2 sebegini berjaya meletakkan Moscow setaraf dengan wilayah2 ekonomi lain yg sedang pesat membangun seperti Dubai, Hong Kong, Iskandar Malaysia dan beberapa tempat lagi yg mana visi utama mereka adalah untuk menyediakan ruang pembangunan ekonomi yg secukupnya agar dapat mengukuhkan economic stand sesebuah negara.
Oh, tidak lupa juga tentang projek Crystal Island (lihat gambar kiri) yg baru sahaja dicadangkan pembinaannya di wilayah Moscow ini. Projek ini bakal mewujudkan sebuah struktur yg tertinggi dan terbesar (mengikut keluasan lantai) pernah dibina di atas muka bumi. Gila bunyinya bukan? Namun, Russia ini negara yg kaya raya. Mereka tidak perlu bimbang akan masalah perbendaharaan negara. Hasil buminya yang amat banyak melingkar dari utara ke selatan, timur ke barat cukup untuk menampung projek sebesar itu.
Wahh! Asyiknya aku bercerita tentang kemajuan yg berlaku di Moscow ini. Kemajuan di Malaysia pun aku tidak beberapa tahu, melainkan kemajuan politik Malaysia yg nampak gayanya makin matang dari hari ke hari. Maklumlah, kerajaan dan pembangkang sudah sama kuat. Masing2 terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati rakyat biasa seperti kita ini. =) Berikut di bawah aku kepilkan lagi beberapa gambar berkaitan MIBC ini. Bukan apa aku tulis entri ini, sekadar ingin mengisi waktu cuti sempena ulang tahun kelahiran Hitler. Bagi kami di Moscow, beberapa hari sebelum dan selepas hari ulangtahun kelahiran Hitler, kami dikenakan perintah berkurung (curfew) oleh pihak universiti, dengan kata lain, diberikan cuti. Jangan keluar rumah kalau tidak mahu diapa2kan (ataupun ke peringkat dibunuh) oleh kumpulan2 skinheads. Bukanlah banyak sangat kumpulan skinheads di sini, namun sekiranya ditakdirkan terjumpa dengan mereka, habislah...Maka, adalah lebih baik sekiranya kita tinggal sahaja di rumah untuk mengelakkan kejadian2 yg tidak diingini. Namun untuk rekod, tiada lagi pelajar Malaysia yg mati dibunuh oleh mereka. Dan harap2lah agar rekod ini kekal untuk selama yg mungkin insyaAllah. Baiklah, jumpa lagi di entri yg lain. =)
MIBC mengikut gambaran digital.
MIBC yang sedang giat dibangunkan.
7 comments:
salam..
hehe..jgn pandang org sebelah mata judin kan..wpun mgkin ade yg tgk rusia ni 'kuno',tp ketahuilah dh byk improvement nyer..kt nizhny ni membgnlah jugak..tp of courselah xsegempak di mscow..hehe..bsn gak xleh kuar mana2 ni..mujur stok2 mknn dh beli kelmarin..adus..skinhead..skinhead..=p
salam kamil, betul tu. rusia sdg brusaha untuk menginjak dari nilai2 communism kepada capitalism. namun, kalo jadi capitalist sgt, tak elok juga. cam london,too much of a city, xsyok juga, brg mahal dll. dgn keadaan skrg di rusia, dah kira cukup selesa. brg tak begitu mahal, kos sara hidup bg kita sbg pelajar pun tak tlampau tinggi. haa, aku pun sama gak; dah beli 4 kilo ayam utk cuti kali ni. makan la puas2.huhu. =)
chto takoe a je ne sais quoi? haha. malas tul nak cari
weh bagus btol ko uat entry ni..ak mmg dh muak dgn org yg pandang rendah dgn kemajuan russia ni..depa dok igt kami2 kat sni ni mcm dok blajaq kat tempat kuno..huhu
shahrin, cari sendiri dlm kamus.
farina, harap2nya bjaya la ubah pandangan org luar thdp rusia ni.hoho.
salam.
whoa, menarik. Aku harap orang2 yang bekerja dalam bangunan besar2 tu tak slow dan lembap ketika menyalin rekod dan okhrana di situ tak pau duit org yang keluar masuk bangunan. Hoho.
salam encik pres.
haha harap2 camtu la prangai baru mereka nanti. kawasan high kan tu. mesti org2 nya high gak kot nanti.
Post a Comment