Assalamualaikum wbt.
Sudah lama rasanya aku tidak mengarang entri untuk PG ini. Sibuk sikit sejak kebelakangan ini (alasan tipikal =p). Minggu lepas ada 2 exam yang mengganggu gugat jiwa raga aku ini. hoho. Pharmacology pada hari Khamis dan Pathoanatomy pada hari Jumaat. Jangan risau, kami di sini sempat mengerjakan solat Jumaat sebaik sahaja tamat kelas.
Bercerita pasal Pharmacology, pada hari peperiksaan tersebut, Prof Yenikeva yang jadi proctor-nya. Alahai, kami mati-mati ingat Bandacuk yang bakal supervise kami. Bandacuk ni baik orangnya. Tapi bila tiba saat ujian, tuhan saja tahu "azab" duniawi ketika buat viva dengannya. huhu. Aku pernah terkena penangannya ketika exam berkaitan Drugs affecting cardiovascular system. Belum sempat aku siapkan lagi ujian bertulis aku (5 daripada 8 soalan baru dijawab, dan satu kes pesakit yang belum terjawab juga), sudah dipanggilnya aku mengadap dia untuk sesi viva. Mahunya tak lancar aku jawab sebab aku kena recall balik segala classification of drugs untuk jawab kes pesakit tu. Tapi, disebabkan pressure yg tak bertempat yg dia kenakan ke atas aku, habis melata entah ke mana segala akronim2 aku. huhu. Tapi nasib baik 5 soalan yg aku jawab tu semuanya betul. Maka, tak adalah teruk sangat dia membebel pada aku.
Berbalik pada Yenikeva ini pula, lain pula ceritanya. Orang yg sudah agak lanjut usianya, mestilah sikap pun terlanjur baik juga. Ada satu soalan yg aku dapat Khamis lepas tidak pernah diajarnya di dalam kelas. Maka, aku memberanikan diri untuk men-defy-kan perkaitan soalan tersebut dengan topik yg dipelajari. Selesai saja aku bertanya, terus dia berikan 'serba sedikit' jawapan pada aku. huhu. Gembira betul. Dapat rezeki dengan tak semena2nya.
Keesokan harinya pula ada exam Pathoanatomy. Kalut habis semua orang belajar slides dan grosses. Bagi kumpulan aku pula, guru yang mengajar kami adalah guru baru (maksudnya guru yang baru dipindahkan ke department tersebut, namun pengalamannya cukup luas. Luas sehinggakan tiap2 minggu, ada sahaja ilmu yg melebih2 diajarkan olehnya pada kami). Jangkaan kami adalah beliau hanya akan adakan sesi diskusi seperti exam bulan yg lepas. Namun lain pula jadinya. Beliau pun turut mengelolakan sesi viva dengan pelajarnya, seorang demi seorang. Mr Alexander (nama beliau) ini sangat prihatin orangnya. Beliaulah satu2nya lecturer yg menjelaskan kepada kami kenapa kami diberikan cuti sekitar hari jadi Hitler. Dan beliau jugalah yg secara tiba2 ingin membuat spot check terhadap nota kuliah kami; kerana beliau ingin mengetahui muka2 mana yg hadir pada sesi kuliah. Pada mereka yg hadir ke kuliah, sekejap saja sesi viva berlalu tanpa sebarang soalan tambahan. Namun, pada mereka yg tidak hadir ke kuliah, bertalu2 soalan yg diajukan.
Dan pada hari itu juga, rezeki aku datang lagi (~~tora datang lagi...). Arakiannya (paham ke?) aku dapat 5 (full mark la tu kat sini) secara percuma tanpa perlu jawab satu soalan pun. Kenapa? Kerana nota lecture. Ada la beberapa orang bertanya kenapa la bersungguh sangat salin balik nota lecture..time-consuming sungguh!. Bukan apa, aku ni slow writer. Dalam dewan kuliah, aku sentiasa tak sempat salin apa material yg mama kogen tu cakap. So aku hanya tangkap gambar dan salin balik di rumah. Memang memakan masa, namun aku berpuas hati dengan hasil akhirnya. Kemas dan senang untuk dibaca. Maka, kekemasan tersebut telah memikat hati Mr Alexander (wohoho..bajet sungguh!). Maklumlah, sejak terinspirasi dengan nota cik Atiqah ni (nota je, bukan dengan tikah skali tau..haha), beria2 aku salin nota cantik2. Akhirnya dapatlah juga aku 'smash' balik pada mereka yg mengkritik usahaku yg agak membuang masa ini.
Moralnya, silalah hadir ke dewan kuliah untuk mengikuti sesi kuliah. Adalah tu berkat2nya. InsyaAllah. Melainkan tempat lecture begitu jauh dari rumah anda (eg lecture General Surgery), maka dibolehkanlah untuk tidak hadir. (huu ingat universiti sendiri ke ni ha? pandai2 je buat rule =p) Huaargghh, mengantuk sungguh. Baiklah, aku dah nak pergi tidur. Esok kena bangun awal untuk ke kuliah Pathoanatomy. Mama kogen yang kasi rasanya esok. Kalau ada unsur2 riak tadi, harap dimaafkanlah ya. Sekali sekala berceloteh, naklah juga ada watak best dalam cerita (???). haha. Jumpa lagi di entri yang lain.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
1 week ago
5 comments:
salam wbt
erm, cakap la terinspirasi dgn nota ak ke...hehe
salam..
em..judin..mksd mg,'exam' 2 kontrol kan..rse kompius sbb korang punyer exam awl giler..hehe..btw,congratz on getting 5 for pathoanat! =]
salam kamil..ye maksud exam tu kontrol la...tp aku taruk exam. kan nanti org mesia baca, apa mende la kontrol tu.hihi. ala kontrol kecik2 je. btw thanks! :)
Haha..prof.bandachuk memang baik orangnya but she has control/exam-induced sudden bipolar disorder.Luckily for last week's exam, she got a bit fatigue from pressuring her students during viva.=P
Regardless,let's study for the coming finals!
yesss, final is just around the corner - sadly. need to strive uberhard to score 5 papers.
Post a Comment