headline photo

Tuesday, January 1, 2008

.:Menjengah Sudah 2008:.

Dalam kesempatan 1 Januari 2008 ini, seikhlas hati aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua yang sedang membaca entri-entri di blog ini. Semoga setiap dari kita mempunyai azam yang baru dalam usaha untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing. Juga, aku harapkan agar anda semua sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang sedang dan bakal diceburi bermula dari 1 Januari ini. Namun, fokus utama entri kali ini adalah untuk berkongsi cerita bagaimana kami di sini menghabiskan sisa-sisa 2007 dan menyambut ketibaan 2008 dalam keadaan yang sederhana namun menggembirakan.

2 jam sebelum tibanya 2008, kami (aku+shahrin bersama-sama ikha+fadzil+reza+201 girls) bersepakat untuk mengadakan jamuan ringan sempena tibanya tahun baru. Maka, aku dipinta untuk menyediakan roti jala secukupnya untuk 15 orang, manakala kari ayam disediakan oleh warga 201. Lantas, aku sediakan segala bahan dan mula menyiapkan tempahan roti jala tersebut dibantu oleh Shahrin, dan berjaya disiapkan pada jam 12.30malam. Ekspress kan? Jamuan diadakan di rumah 202, kerana ada sedikit kelapangan di sana.hehe. Baru sahaja aku letakkan roti jala di atas meja, satu demi satu diangkut ke dalam pinggan masing-masing. Oleh kerana makanan ini disediakan dalam selang masa yang agak singkat, maka setiap seorang dihadkan untuk beberapa keping sahaja. Namun, tidak mengapa, bukankah ini jamuan ringan, maka, semua orang hanya makan-makan ringan sahaja. Melainkan Syikin dan Fadzil. Haha. Tak mengapa, rezeki jangan sesekali ditolak. Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba Sarah mencelah untuk mengundang kami bermain UNO card game. Gembiralah kami kerana ketika itu kami berasa begitu bosan kerana asyik makan dan berbual-bual kosong sahaja. Pusingan pertama, Syikin menguasai permainan manakala untuk pusingan kedua dan ketiga didominasi oleh aku sendiri. Bangganya! Lebih kurang jam 4 pagi, barulah kami tamat bermain. Juga turut serta dalam game ini adalah Mun yang datang beberapa ketika setelah jamuan tamat. Wah, habis 4 jam pertama kami untuk tahun baru diluangkan untuk game ini. Namun, tidak mengapa kerana bukannya selalu kami dapat meluangkan masa bersama-sama. Sebelum ini, masing-masing sibuk dengan urusan akademik sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama rakan-rakan. Buat mereka yang tewas dalam game tersebut, jangan berputus asa. Lain kali sekiranya ada waktu lapang, kita main lagi.

Bagaimana pula sambutan tahun baru di kalangan warga Moscow? Jika di Kuala Lumpur, orang ramai akan bertumpu di laman KLCC untuk mengira detik ke jam 12 dan menyaksikan pertunjukkan bunga api. Bagi orang kebanyakan di Moscow pula, mereka akan bertumpu di Red Square untuk melakukan perkara yang sama. Di hostel aku pula, tepat jam 12 sahaja terus kedengaran sorakan С Новым Годом (S novim godam) yang memberi maksud Happy New Year di kalangan penghuni hostel yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berasal dari pelbagai negara. Bersahut-sahut sorakan dan teriakan bermula dari tingkat paling bawah hinggalah ke tingkat paling atas. Meriah sungguh!

Sambutan di rumah aku sendiri (110) pun tidak kurang meriahnya. Sebahagian dari kami sempat membeli sedikit minuman dan makanan ringan untuk menyambut ketibaan 2008 dalam satu majlis yang kecil bersama tetamu dari rumah-rumah yang lain. Walaupun sekejap sahaja sambutannya, namun perasaan gembira meraikan kedatangan tahun baru amat dirasai. Girang kita menyambut tahun baru masihi ini, tahun baru kalendar Islam juga jangan dilupakan. Kalau tidak silap aku, 10 Januari ini datangnya awal Muharam 1429 Hijrah. (Andainya maklumat ini salah, harap dimaafkan ya). Sesuai dengan kedatangan tahun masihi dan tahun baru islam ini, sama-samalah kita bermuhasabah diri dan mengimbau kembali apa hasil yang telah kita dapat sepanjang berlalunya 2007 dan tahun-tahun sebelumnya. Juga, sama-samalah kita membuat persiapan rohani dan jasmani untuk menghadapi cabaran-cabaran tahun baru yang menanti kita di hari muka.

Seperti biasa, aku turut sertakan gambar-gambar kami ketika menyambut tahun baru di 202. Selamat menatap! :)

Inilah roti jala yang telah aku siapkan. Tidaklah secantik mana rupanya.

Sebahagian daripada mereka yang telah menjayakan jamuan ini.

Sesi makan sehingga tidak terlalu kenyang.


Akhir sekali, UNO card game!

4 comments:

Anonymous said...

salam
selamat tahun baru 2008 diucapkan =)

Shazwani Adnan said...

Salam.
Selamat Tahun Baru judin.
Wah.. Ber 'uno' and ber'jala' nampak? Happy nye korang menghuni 202 malam tadi! aku dr bilik asyik terkejut2 dengan dentuman bunga api dr kremlin!

Apa pun, semoga azam baru kita tercapai.

Sarah Mohd Shukor said...

salam judin.

ewah. meriahnya makan2 dia tu ye. lain kali nak main uno ajak la ks. suka main uno dulu2. teringat wkt cuti winter 2nd yr dulu. kitorg mlm2 tido lepas subuh sbb mula2 main pingpong kt 1st floor pushkin tu, pastu sambung main uno plak. heaven betul cuti.

Hafizuddin Awang said...

Selamat tahun baru buat kamu bertiga. Buat KS, kalau kita ada masa free, jom main uno sama-sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails