headline photo

Thursday, December 20, 2007

.:Getir Menanti:.

Tenang jiwa ini buat seketika setelah berjaya mendapatkan зачёт untuk Russian Language, General Surgery, Pharmacology dan Microbiology untuk minggu ini sahaja. Sekurang-kurangnya, aku tidak perlu hadir untuk sesi kelas bagi 4 subjek tersebut sehingga bermula spring semester awal Februari 2008. Hanya tinggal 3 subjek lagi yang belum diberikan зачёт yakni Pathophysiology, Pathoanatomy dan Propaedeutics dan bakal diberikan pada minggu hadapan. Namun, aku tidak perlu risau sangat kerana laluan bagi subjek-subjek ini tidaklah sesukar subjek-subjek pada minggu lepas kerana tiada sebarang colloquium tambahan.

Untuk subjek minggu hadapan,aku hanya perlu hadir ke kelas dan bersedia utk mendapatkan зачёт. Semudah itu sahaja. Maka, masa senggang yg tersedia bermula hari ini wajar digunakan utk membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan akhir bagi kertas Microbiology bahagian pertama (soalan objektif) pada 26 Disember ini. Namun, debaran dan tekanan ke arah menghadapi hari tersebut amatlah menjerihkan kerana aku perlu melakukan yg terbaik (wajib mendapatkan skor 95%) supaya peperiksaan akhir bahagian lisan (yang bakal diadakan pada 12 Januari 2008) boleh diabaikan dan boleh mula bercuti mulai keesokan harinya (27 Disember). Bagi para pelajar yg ingin pulang ke Malaysia sempena winter break, "pelepasan khas" inilah yg amat dikejar mereka.

Simpati pada diri sendiri utk tahun ini kerana tidak berkesempatan pergi ke kedutaan Malaysia bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. Jatuhnya hari raya aidiladha di bumi Moscow ini sama seperti di Malaysia, yakni 20 Disember. Hairan mengapa kita tidak mengikut tarikh hari kebesaran ini berpandukan Arab Saudi, mungkin ada penjelasan yg barangkali aku kurang arif berkenaannya. Mengapa tidak berkesempatan ke kedutaan? Kerana pagi-pagi lagi aku perlu pergi ke Pharmacology Department bagi mendapatkan зачёт dari guru farmakologi aku, Prof. Bondarcuk. Tatkala matahari tergelincir di kaki langit, barulah beliau 'rela' utk menandatangani buku зачёт ku setelah aku selesai menjawab soalan-soalan lisannya. Akhirnya! Baiklah, sempena aidiladha kali ini, aku ingin menyampaikan SALAM AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat yg meraikan hari kebesaran ini. Dan di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan takziah kepada Shahida (pelajar tahun 2 MMA); atas pemergian ayahandanya ke rahmatullah. Aku harapkan agar dia sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ilahi ini, serta semoga dapat melakukan yg terbaik dalam peperiksaan akhir nanti.

Juga di kesempatan entri kali ini, aku ingin berkongsi petikan iklan berkaitan pencemaran alam yg aku sempat tonton ketika berada di Malaysia baru-baru ini. Sudah lama sebenarnya aku cuba mencari klip video iklan ini di YouTube, namun tiada hasil. Tiba-tiba hari ini diketemui pula. Iklan ini cukup menarik perhatian, lebih-lebih lagi naratif-naratif santai yg diselitkan dalam setiap babak serta susun atur muzik latar yg cukup simple. Selamat menonton. :)

7 comments:

pencinta alam sekitar said...

salam
ikan kekek mak iloi2, ikan gelama tidak bermaya

hapuskan budaya 'tak pa'

selamatkan bumi kita

*peace*

eyin said...

salam
wah, berjaya dpt avto utk microb ke? tahniah! semoga berjaya mendapat markah 95%.

p/s:apsal nak markah 95%? sepatutnya >95% la kan? xkan la xnak 100 ke...hehe

senior said...

ishk, hebat sungguh kamu iye. berjaya dpt avto. bukan calang2 orang. org2 yg terpilih je ni =)

ahmad said...

hi. saya berminat la dengan penggunaan bahasa yg sungguh gramatis dlm blog awak. bley berkenalan?
salam perkenalan. ukhuwah fillah

Hafizuddin Awang said...

:|
konpius2.

My Life said...

ces, mu kena tunggu matahari tergelincir, ak kena tunggu sampai matahari terbenam br dpt zachyot pharmaco. tp mmg rasa lega bila dah dpt. alhamdulillah

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Judin.

Confirm avto eh? Tahniah. cuti sakan la ye kali ni.
Judin, TERIMA KASIH atas SYAIR SARAH tu. ks terharu sungguh. indah betul bahasa. rasa nak nangis ks baca. Patut la hati ks terasa nak belek2 korpus kita tu mlm ni. tup2 ada sajak baru rupanya. serius ks terharu. terima kasih boss!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails