Sukar menghafal clinical features of ankylosing spondylitis?
Keliru dengan nama-nama ‘metacarpal bones’?
Usah resah lagi.
Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mengkompilasikan senarai mnemonic dan tips-tips ringkas menghafal fakta-fakta berkaitan dengan jurusan perubatan. Kompilasi ini akan dibukukan dengan harapan membantu semua pelajar (dan pengamal) perubatan memudahkan pembelajaran dan rujukan.
Sehubungan itu kami amat mengharapkan kerjasama dan bantuan penuh rakan-rakan pelajar perubatan dan para doktor tak kira di mana untuk turut menyumbang kepada projek ini.
Apa yang boleh anda lakukan?
1) Emelkan kami sebarang mnemonics atau tips menghafal mudah yang anda tahu yang berkaitan dengan subjek dalam jurusan perubatan, termasuk subjek tahun praklinikal (seperti history taking, anatomy, physiology, microbiology, pathology, etc) hinggalah tahun klinikal (cardiology, respiratory, GI, endocrinology, Obs n Gynae, Paeds etc).
2) Mnemonic tersebut boleh saja yang terdapat dalam lecture notes, buku rujukan, nota peribadi, atau yang diperoleh secara lisan daripada tutor/konsultan atau rakan-rakan anda.
3) Sila nyatakan jika mnemonic tersebut direka sendiri oleh anda (untuk kami beri kredit)
4) Setiap mnemonic yang diambil dari buku perlu disertakan sumbernya (judul, pengarang, dan penerbit buku). Buku Clinical Examination (Talley-O Connor) dan Pocket Oxford Handbook of Clinical Medicines (buku merah kuning) dikecualikan kerana kami telah mempunyai rujukan tersebut.
5) Mnemonics tersebut boleh saja dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
6) Juga nyatakan bersama, nama penuh, dan nama Universiti anda (atau hospital jika sudah graduate). Setiap yang menyumbangkan mnemonics akan diberi kredit dengan disenaraikan nama sebagai contributors dalam halaman yang khusus dalam buku tersebut.
7) Sila emelkan mnemonics tersebut kepada penyelenggara- penyelenggara yang dilantik seperti yang tersenarai. Bagi negara yang tidak mempunyai wakil, boleh mengemel kepada mana-mana penyelenggara, terutama dari kawasan geografi berhampiran (contoh: pelajar Mesir boleh emel kepada wakil Jordan, dan sebagainya).
8) Sila hantarkan sumbangan anda sebelum 15 Jun 2009
Contoh mnemonics:
Clinical features of
Ankylosing spondylitis= 6As
-Asymetrical sacroilitis
-Asymetrical arthritis
-Achiles tendonitis (enthesitis)
-Aortic regurg
-Ant Uveitis
-Apical fibrosis
Causes of pancreatitis: I GET SMASHED
Idiopatic, Gall stones, Ethanol, Trauma, Steroids, Mumps, Scorpion bites, Hyper (calcaemia, lipidaemia, thermia), Ercp, Drugs
Contoh tips menghafal (yang bukan mnemonic):
Feature of RBBB and LBBB in ECG: WilliaM MarroW
Left BBB= WiLLiaM, W at lead V1, M at lead V6
Right BBB= MaRRoW, M at lead V1, W at lead V6
Atau
Action of anti-thyroid medication (carbimazole vs propylthiouracil) :
C=C, Carbimazol: act Centrally (in thyroid)
P=P, Propylthiouracil: act Peripherally (peripheral conversion of T4 and T3)
Kerjasama anda semua amat kami alu-alukan dan hargai.
EMELKAN sekarang kepada wakil-wakil yang dilantik:
Ireland:
1) Muhammad Iqbal : silent_1412[AT]yahoo[DOT]com
2) Ahmad Fadhlil: fahd_razy[AT] yahoo[DOT] co[DOT]uk
Jordan:
Ainul Arina: ainulmardhiah_ 89[AT]yahoo[ DOT]com
Indonesia:
Azzahra Azhar: syauqahsyifa_ wardah[AT]yahoo[DOT] com
Malaysia:
Nur Hafizah: fieza_nur[AT] yahoo[DOT] com
atau emel terus kepada : gkln_sayembara[ AT]yahoo[DOT]com
Kalau anda di Rusia yang malu2 nak hantar pada wakil2 di atas, bolehlah juga hantarkan kepada aku di alamat : zulfakar_200x[AT] yahoo[DOT] com.
Waktu Musim Panas
Esok 29 Mac 2009, merupakan permulaan Waktu Musim Panas (Daylight Saving Time). Menurut wikipedia bahasa Melayu, Waktu musim panas , dikenali di Amerika Utara sebagai Daylight Saving Time (DST), adalah sistem yang bertujuan untuk "menyimpan cahaya siang hari" pada musim panas. Oleh sebab itu di Eropah sistem ini dikenali sebagai "Waktu Musim Panas". Waktu rasmi dimajukan (biasanya) satu jam lebih awal daripada zon waktu yang rasmi dan dilakukan selama musim bunga dan musim panas.
Hanya negara-negara yang diwarnakan biru di atas menggunakan sistem DST ini.
Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sederhana, kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.
Untuk lebih memahamkan anda yang tidak biasa dengan sistem ini, begini contoh yang lebih senang. Pagi tadi (28 Mac) subuh masuk pada jam 5 pagi. Namun pada 29 Mac yang merupakan permulaan DST, subuh masuk pada jam 6 pagi. Bukan bermakna subuh lebih lewat, namun kita perlu setkan jam kita lewat sejam. harapnya betullah penerangan aku ni hehehe.
No comments:
Post a Comment