headline photo

Saturday, September 5, 2009

Merapu I : Moscow Tahun Ke-5

Rabu lepas, aku kembali semula ke Moscow untuk meneruskan pengajian buat tahun yang kelima. Sebenarnya kelas sudahpun bermula seawal 1 September lagi. Tapi, disebabkan "menghormati" bulan puasa, aku pun mengizinkan diri sendiri untuk melebih2kan hari cuti demi menikmati suasana berpuasa di Malaysia. Apa kelas berpuasa di tanah asing kan? Ponteng sajalah! hehe.

Agak sedih setiap kali berpisah dengan keluarga di lapangan terbang. Lebih-lebih lagi flight aku ke KL baru2 ini jam 7.++ petang. Hampir tiba waktu berbuka puasa, tapi terpaksa berpisah dengan keluarga pula. Isk2, sebak sungguh rasanya. Tapi yang lebih mengecewakan, setelah masuk sahaja ke balai berlepas, pihak MAS beritahu yang penerbangan ditunda ke jam 8.15 malam. Isk, memang tertekan sungguhlah. Kalau awal2 lagi beritahu, sudah tentulah aku dapat merasa nikmat berbuka dengan keluarga pada hari tersebut.

Maka terbanglah aku keseorangan tak berteman. Bosan sungguh kalau travel secara bersendirian ni. Nasib baiklah aku dapat seorang kawan baru setibanya di KLIA. Aku kan peramah orangnya, senang buat kawan.hehe. Ashraf namanya. Pelajar Limkokwing University dalam jurusan Mobile Computing. Banyaklah juga yang aku dapat tahu pasal LKWU setelah di-briefing-kan olehnya. Lagha sangat berborak sehingga ke hujung terminal kami jalan. Sampaikan terlepas pandang simpang untuk ke tuntutan bagasi. Aduss, nasib baiklah terminal domestik tu tak besar mana.

Dari KLIA, bertolak ke Dubai. 6 jam lebih rasanya. Transit di sana lebih kurang 5 jam. Erm, disebabkan aku ketika itu berstatus musafir, maka seronoklah aku menjamu selera di siang hari di bulan ramadhan hehehe. Ruksah, janganlah ditolak kan? :) Dari Dubai, bertolak ke Moscow. Setelah hampir 6 jam terbang, maka tibalah aku semula di Moscow.

Dan bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar perubatan tahun kelima. Dan secara automatiknya aku tak berpeluang lagi untuk beraya di Malaysia buat kali yang kelima. Sedih dan sadisnya. Oh, lupa pula. Selamat berpuasa untuk anda yang membaca! Jangan ponteng. Berdosa.



ps: Seronok mendengar Drama Sebabak ERA bersama Din Beramboi dan Aznil Nawawi. Sungguh, Din Beramboi memang patut dinobatkan sebagai pelawak spontan no 1 Malaysia! Memang senak perut aku yang kosong berpuasa tu merasa penangan ketawa aku. Mahu dengar? Dengarkan dari siaran ERA, atau cari sahaja di Youtube ye.

5 comments:

фарина захари said...

haih, mknn die sedap kot! tp ak tlh bertekat utk pose hr tu..lol

Hafizuddin Awang said...

hehe aku tak buleh tahan tgk makann emirates ni. best. hehe. lagipun, aku perlu tenaga yg lebih utk angkut beg2 yg berat tu.

HBM Consultant said...

Salam.
Menuntut ilmu juga sebahagian daripada perjuangan jihad. Besar pahalanya tau! hehehe...

Apa pun, tahniah dan selamat menyambung semula pengajian. Semoga Allah permudahkan untuk berjaya dengan cemerlang.

Besar betul pengorbanan bila berjauhan dengan keluarga tercinta. Banyak-banyaklah bersabar ya. Insyaallah ada hikmah dan ganjaran yang lebih besar menanti. :)

Hafizuddin Awang said...

cikgu marni,
saya betul2 tsentuh dgn ayat "Besar betul pengorbanan bila berjauhan dengan keluarga tercinta". baru skrg saya sedar bahawa apa yg sy lakukan sekarang adalah satu bentuk pengorbanan juga secara tidak langsung. sebelum ini saya cuma anggap bahawa ini semua merupakan tanggungjawab yg membebankan. terima kasih cikgu atas kesedaran tersebut. :)

HBM Consultant said...

Saudara Hafizuddin, harus diingat juga bahawa bukan kita sahaja yang berkorban perasaan jauh dari keluarga. Keluarga kita juga (terutamanya ibu bapa) turut berkorban perasaan berjauhan dengan kita.

Bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu yang terpaksa melupakan seketika keinginan agar anaknya sentiasa di sisi di setiap saat susah dan senangnya (lebih-lebih lagi anak lelaki yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ibu bapa).

Hargai pengorbanan mereka. Pulang dengan kejayaan cemerlang, ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails