headline photo

Tuesday, March 31, 2009

Warnawarta VI

Sekilas Pandang Mac

Bulan Mac memang banyak dengan sambutan hari lahir. Tapi kebanyakannya pada 2 minggu terakhir. Banyaklah makan2 percuma. Tak perlu bercerita panjang, anda tengok sajalah gambar-gambar di bawah ini.


"birthday fadzil"


"birthday ikhu"


"birthday ammar"

Zoom Malaysia

Waaah! Cuti-cuti Malaysia lagi ye tahun ini. Summer nanti, aku dan beberapa orang yang lain akan ke Sabah. Tiket semuanya sudah siap dibeli. Harga tiket MAS dan AirAsia sekarang hampir sama sahaja. Jadi, ambil sahaja MAS kerana waktu pernerbangan MAS lebih ideal. Ada yang merancang nak daki gunung Kinabalu, ada yang mahu meronda pulau2 sekitar Kota Kinabalu. Tapi yang pasti, aku tak mahu daki gunung. Habis-habis pun, aku nak pergi ke Kinabalu Park dan merasa juga pengalaman menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu (walaupun hanya di kaki gunung hehe).


"hello Sabah!"


Oh, aku sudah pun beli tiket balik ke Malaysia sehari selepas SMSA umumkan yang sesi praktikal kita di sini dibatalkan walaupun masih belum keluar lagi surat rasmi berkenaan sesi praktikal tersebut. Kali ini Emirates menjadi pilihan sebab aku nak singgah Dubai sekejap untuk membeli kain2 yang telah ditempah oleh orang2 di tanahair. hahaha. Singgah untuk sehari saja sebab tak mahu hangus terbakar di sana sampaikan family aku di Malaysia pun tak kenal nanti kan. hehe. Satu rumah aku ambil tarikh 20hb Jun dan pulang ke Moscow semula pada 2hb September. Nasib baiklah sempat merasa suasana berpuasa di Malaysia sekurang2nya seminggu. Siaplah bazaar Ramadhan. Aku serang secukup2nya setelah 4 tahun aku tidak merasa nikmat menjamu mata melihat makanan2 jualan (menjamu perut tidak boleh hehe) di bazaar ramadhan.


"bye Moscow!"

TAPI!!!....kalau ditakdirkan pembatalan praktikal tersebut ditarik balik, habis rosak rancangan aku. Tiket Emirates kena tunda, tiket ke Sabah pun kena ubah juga (atau pun burnt sahaja barangkali). :(


Tamat Cycle Therapy

Sedih juga sebab terpaksa menamatkan cycle therapy. Cycle ini sangatlah best dan menarik berbanding cycles lain. Sebabnya sepanjang mengikuti cycle ini, kami merasa seolah-olah sudahpun menjadi doktor. Kalau kena marah dengan doktor kami pun, beliau akan memarahi kami secara professional. Cycle seterusnya bulan April ini adalah cycle Topographic Anatomy (yang sangat dibenci ramai) dan ENT (ear, nose and throat). Sedihnya berpisah dengan doktor therapy kami, Dr Anna Bragina. Di hari akhir, kami hadiahkan monumen Petronas Twin Towers dan gambar kami untuk tatapan beliau. hahahah.


"we love you Dr Bragina!"

Untuk pengetahuan anda, Dr Bragina sudah kahwin dan sekarang sedang mengandung. Jangan ada sesiapa pun yang terlintas fikiran atau berangan untuk tackle beliau.

3 comments:

saya said...

kalau mahu melihat gunumg kinabalu dari sudut pandangan yg sgt cantik.. sy cdgkan pergi ke kg mesilou.. kat situ pemandangannya lebih cantik nk dibandingkan ngan kinabalu park.. n boleh mkn aiskrim yg sedap kat sana.. Anyway, sabah mmg cantik kalau tau tmpt yg cantik..

Hafizuddin Awang said...

ya saya sangat yakin bahawa sabah sememangnya cantik. tak kira di bhgn gunung mahupun pulau2. tgklah nanti ke mana kawan sabah sy tu akan bawa sy dan lain2 nanti. kami ikut saja hehe.

Raihan Mahmood said...

ho ho saya juga mahu kain dari dubai..=) (senyum lebar)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails