headline photo

Saturday, November 29, 2008

Московский Цирк (Moscow Circus)

Semalam aku dan 5 orang yang lain (Shahrin, Zaim, Fadzil, Ammar dan Ili) ke The Great Moscow State Circus yang terletak di Vernadski Avenue (Проспект Вернадского). Pada mulanya, aku macam malas nak pergi. Tapi sebab tiket sudah dibeli, dan tiket yang dibeli pula berharga RM100 sebab nak duduk di sektor hadapan, confirmlah rasa bersalah kalau tak pergi. Memang berbaloi pergi sebab aku dapat lihat dengan mata sendiri haiwan-haiwan yang disangka mitos namun sebenarnya wujud, seperti kuda unicorn, naga, yeti dan juga ikan duyung. Kesemua binatang ini merupakan hasil kejayaan kejuruteraan genetik yang sedang giat dijalankan di serata dunia. Memang tak sia-sialah ke sana. ok aku tipu je!! jgn marah. ye la bosan juga kalau asyik tulis benda-benda skema semata-mata.

Kami tanpa Ili dan Shahrin.

Persembahan mengambil masa 3 jam, bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam. Bersesuaian dengan taraf antarabangsa, sarkas ini menampilkan para artis yang didatangkan dari serata dunia seperti Columbia, Mongolia, Romania, Latvia, Sepanyol dan tidak ketinggalan Rusia juga. Memang banyak slot-slot yang dipersembahkan. Tidak kurang juga acara selingan sementara menanti pentas disiapkan ketika waktu transisi antara 2 slot. Kesemuanya memang menarik!

Dan apa yang lebih menarik adalah penglibatan Ammar dalam 2 acara selingan. Kebiasaannya memang ada penonton yang akan dipanggil ke pentas untuk membantu si badut-badut untuk menjayakan acara selingan. Untuk mencari penonton "bertuah" pada malam itu, si badut2 ini menjengah ke setiap sektor tempat duduk. Hampir kesemua sektor paling hadapan diduduki oleh orang-orang Rusia melainkan sektor kami. Maka, tertariklah mata si badut ini pada Ammar dan Zaim yang duduk paling hadapan ketika itu. Maklumlah, kami2 je orang Asia ketika itu. hehe. Maka, dipanggillah Ammar untuk naik ke pentas. Naiklah Ammar ke pentas dengan tidak malunya. ok, adjektif itu tidak perlu. Maka, disuruhnya Ammar untuk menangkap topi dalam bilangan yang banyak namun dalam masa yang singkat. Nasib baiklah Ammar berjaya tangkap kesemuanya. Banggalah juga bila nama Malaysia dilaungkan oleh pak badut tersebut tatkala Ammar berjaya tangkap kesemua topi2 tersebut. Itu ketika selingan pertama. Selepas beberapa slot, ada selingan kedua pula. Memang dasar pak badut suka menganiaya Asian itu teori aku pada malam itu masih lagi memaksa Ammar untuk naik ke pentas. Kali ini, Ammar perlu melakonkan gaya penembak dan mangsa tembakan maut. Oleh kerana ditembak oleh pak badut ini, terlantarlah si Ammar di tengah2 pentas. Diulangi, di tengah2 pentas ye. Kemudian, badut2 ini menutup muka Ammar dengan sehelai kain putih, dan ditinggalkan seorang diri di tengah2 pentas. Gamatlah satu dewan untuk seketika. Kemudian, si joker keluar untuk mengumumkan permulaan slot seterusnya. hahaha. Mahunya cemas si Ammar ketika itu. Kemudian, joker membangunkan Ammar dan berterima kasih atas kesediaannya untuk berlakon. Dan sekali lagi nama Malaysia dilaungkan. Terima kasih pak badut kerana mempopularkan negara kami. Mesti dapat title Datuk tidak lama lagi.ooppss!


Ok, kerja kamu dah selesai. Berambus! hehe.


Slot-slot yang dipertontonkan sememangnya cukup mengancam! Bukan setakat bakat2 manusia sahaja yang ditunjukkan, malahan juga bakat binatang seperti kuda, harimau belang, harimau bintang dan juga singa. Susahlah nak bercerita secara ayat2 ni. Apa kata kalau tengok sahaja gambar2 yang dilampirkan bersama. Namun, bukan semua slot ada dalam gambar2 ini. Hanya beberapa slot sahaja yang sempat diambil.












Sekitar slot pembukaan. Persembahan dari artis Rusia dan Azerbaijan.










Haiwan-haiwan juga ada. Kuda, singa dan harimau belang turut mencuit hati penonton.










Lagak ngeri Spanish stuntman serta persembahan dari Iguana Girls of Mongolia yang seakan-akan menghidap Ehlers-Danlos Syndrome. pandai-pandai je aku hentam










Aksi menarik dari artis Sepanyol serta aksi akrobatik di udara.










World of Fashion serta persembahan mantap dari gadis Rusia.


Persembahan pun berakhir.


Aku pun dengan tak malunya bergambar lagi.


7 comments:

Anonymous said...

.ish.rugi betul tiada rakaman acara selingan.kalau dimuat naik di laman'tube-awak' dibawah tajuk:"ammar's 15 minutes of fame/shame", mesti masuk senarai 'most viewed (today)'!

.нет слонов в ту ночь? как жал!!

Hazreen Rashid said...

kalau aku jadi badut tu aku nak mintak ammar masuk acara selingan bermain2 dengan singa...menyuakan kepala ke dalam mulut singa ke....

mesti nama Malaysia akan lebih harum lagi....hehehe.....

kelakar ko judin...

Hafizuddin Awang said...

reza, mmg ada la rakaman tu. full recording lagi. kna mintak kebenaran besfren ko tu dulu b4 aku dpt upload ke tube-awak.

hazreen, singa2 time tu bad mood sket. sampai tuan dia pun dicakar2 nya. kalo masuk kpala ammar, maunya kuar brita sedih kat msia nanti. haruman kapur barus ada la nanti kot. (huu takutnya aku mnaip mende2 kmatian di mlm2 buta ni).

Anonymous said...

komen hazreen adlh sgt kelakar =p
hujung disember ada peterpan on ice di luzhniki. jom kita! siap ada dima bilan buat show lagi tu. hehe.

p/s: zaim nampak besar dlm gambar 1st tu =)

.:dura:. said...

klu anda katakan kewujudan seperti kuda unicorn, naga, yeti dan juga ikan duyung sebenarnya wujud... mmg sy akan percayalah...;P tp nasib anda kata anda tipu...;) so x jd percaya lah.. ahaha..

Hafizuddin Awang said...

tu la, budak2 umah ni pun mmg ada ckp pasal peterpan on ice ni. tgh bkira2 la ni nak pi ke tak. kalo jadi, bleh la buat rombongan spartiv ke sana.

dudu, banyak lagi rahsia alam yg kita blom tau. mana la tau kan kot2 mmg wujud ke hewan2 tu semua. (kalo btol2 wujud naga tu, abes la kita kna panggang). huhu.

Hafizuddin Awang said...

owh, lupa. ks, zaim mmg sudah agak berisi skrg.senang hati la katakn. hehe. zaim, ko kna exercise la lepas ni nampaknya. semua org dah nampak "ptambahan" tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails