Darmawisata yang ini pula unik. Sebab pertama kali aku melancong ke negara ASEAN. Oh lupa, aku pernah juga ke Singapura 2 tahun lepas. Tapi itu pun sekadar persinggahan sehari sahaja sebab pulang ke Malaysia dari Moscow melalui Singapura menggunakan Singapore Airlines. Apa sangatlah yang dapat dikecapi dalam masa sehari. Sekadar duduk terperap dalam bas persiaran dan dibawa bersiar-siar ke sekitar kota Singapura. Tak seperti melancong langsung.
Baiklah kembali ke topik asal. Alang-alang aku balik Malaysia, elok juga rasanya kalau pergi melawat ke negara jiran. Lagipun, di Indonesia, aku ada beberapa rakan baik di sana yang sedang melanjutkan pelajaran juga dalam bidang perubatan. Dan pelancongan kali ini lebih seronok, sebab aku pergi bersama kedua ibu bapaku. Selalunya pergi bersama rakan-rakan, apa kata kali ini ubah selera pula kan.
Sungguh melancong di sana sangat seronok. Kenapa? Kerana Jakarta dan Bandung bagaikan syurga membeli belah. Harga barang di sana teramatlah murah berbanding di Malaysia. Dan kos hidup di sana sudah tentulah jauh lebih rendah berbanding melancong di negara-negara Eropah. Aku memang menyarankan pada semua agar memasukkan Indonesia sebagai salah satu negara yang WAJIB dilawati. Sudahlah dekat dengan Malaysia (2 jam sahaja penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Jakarta - lebih dekat berbanding Kuala Lumpur- Kota Kinabalu), peruntukan perbelanjaan pula tidaklah terlalu banyak. Lainlah kalau anda ke sana dengan niat untuk membeli barang secara pukal, dan diniagakan di Malaysia - maka bawalah duit sebanyak mungkin.
Di Bandung, aku sempat juga untuk ke Tangkuban Perahu - kawasan gunung berapi aktif yang letaknya 30km dari kota Bandung. Namun, kabus di sana sangatlah tebal ketika itu. Samar-samar sahaja dapat lihat kawahnya. Bandung yang mendapat jolokan Kota Wisata Belanja (Kota Pelancongan Membeli-Belah) menawarkan anda ratusan tempat membeli belah dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau anda dikurniakan bakat semulajadi dalam tawar-menawar harga, bersedialah untuk mendapat harga yang sangat-sangat murah.
Di Jakarta pula, aku sarankan anda yang suka membeli-belah berkunjung ke pasar Tanah Abang. Bukan apa, kalau di Malaysia, Adibah Noor dalam iklan Visit Indonesia sibuk mempromosikan ITC Mangga Dua sebagai hotspot untuk membeli belah. Ternyata semuanya meleset. Tanah Abang jauh lebih mempesonakan. Pilihan kedai di sana jauh lebih banyak dan lebih sistematik dari segi aturan kedai. Di ITC Mangga Dua, suasananya lebih kurang mall tipikal di Malaysia.
Haaa! Apa lagi? Anda di Malaysia yang ada kelapangan waktu dan ke"lebih"an wang, bolehlah berkunjungan ke sana. Aku berkira-kira seakan mahu ke Bangkok pula untuk cuti musim panas depan kalau ada rezeki. Ada sesiapa mahu temankan?
5 comments:
Salam.
Wah, seronoknya bercuti bersama keluarga kali ini. Tahun lalu, seorang daripada mak cik saya menangis apabila suaminya mengajak bercuti ke Indonesia. Katanya, takut tsunami dan gempa bumi! hehehee...
salam cikgu,
aduhai sampai menangis? mmg betul2 fobia tu. haha. sepanjang di sana, kami cuma tawakkal saja. alhamdulillah semuanya selamat.
lama sudah saya tidak membaca blog anda. rasa bangat keskemaan ayatnya. hoho.
haha zaim2.
memang seronok melihat gelagat kamu ye. jumpa di kelas esok. huhu
Bandung orang kata kota fesyen... mesti banyak borong ni.hehe..
pegi sana memang murah berbanding melancong ke europe. tambang pun jauh lebih murah.
Post a Comment