headline photo

Sunday, March 28, 2010

Beraya Di Malaysia


Kawan-kawan sekalian, dengan gembiranya aku umumkan yang pada tahun ini, aku bakal beraya di Malaysia!! Aku dengan "sendirinya" melanjutkan cuti musim panasku selama 12 hari extra dari yang sepatutnya. Walaupun berat hati sebab inilah raya Aidilfitri yang terakhir di kota Moscow, namun apakan daya, sayangku pada keluarga mengatasi segalanya. cheewah! 



Oh, ada sesiapa mahu ikut sertakah? Kalau mahu, jom sama-sama kita naik Etihad Airways pulang ke Moscow pada 11 September 2010 dari Malaysia. Kita sama-sama transit di Abu Dhabi ye. Harga pun murah, cuma lebih kurang 21700 rouble dengan berat bagasi 40 kg. (Etihad sila beri komisen ye untuk promosi ini hehe)  Cuti musim panas tahun ini lebih pendek dari tahun-tahun yang sebelumnya sebab kami di sini perlu menjalani sesi praktikal selama sebulan (Julai). Maka, pada tahun ini, aku pulang ke Malaysia pada 31 Julai, tiba di KL pada 1 Ogos dan bercuti sehingga 11 September (raya kedua) sahaja. Pendek kan?




4 comments:

Farhana Jamal said...

bestnyee raya kat Malaysia :)

Anonymous said...

selamat braye di malaysia. aku lak nk rase raye kat luar. tah cmne rase ketupat rendang oberc. ermm...

HBM Consultant said...

Perancangan jangka masa panjang. Pastikan puasa penuh, ya! :D

Hafizuddin Awang said...

salam semua.

hana, haa apa lagi, jom la beraya kat msia, sempat lagi ni ubah tarikh tiket (hehe tak elok sunggoh kasi nasihat camni kat junior :p)

taiko, tak best langsung ketupat rendang kat sini. semuanya stok2 instant. apa la sgt rasanya... :p

cikgu marni,
confirm penuh! haa dah datang semangat nak raya dah. hehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails