headline photo

Friday, July 24, 2009

Warnawarta X


Majlis Konvokesyen MMA Kelas 2009

Tahniah! Tahniah! Cepat sungguh ya masa berlalu. Akhirnya, penantian mereka berakhir jua. Tamatlah sudah episod kehidupan mereka sebagai pelajar perubatan. Namun, kehidupan kita merupakan suatu sesi pembelajaran yang tiada kesudahan. Setiap hari, akan ada ilmu baru meliputi pelbagai aspek kehidupan yang akan kita belajar. Bila sudah bergelar doktor sekalipun, tetap akan ada ilmu yang perlu dipelajari.

Gambar dari Facebook Aizat Ilias. :p

Di kesempatan ini, aku ingin ucapkan tahniah buat senior2 kelas 2009 yang telahpun berjaya menamatkan 6 tahun sesi belajar dan kehidupan di bentala Tsar ini. Sedih sungguh kerana terpaksa berpisah dengan anda semua (walaupun aku hanya kenal dan rapat dengan beberapa orang sahaja daripada batch mereka heheh) terutamanya dengan KS. Sesungguhnya KS banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan lebih2 lagi dalam bab berkarya. Kalau KS tak paksa saya dulu untuk berkarya, alamatnya berputih matalah saya melihat Bahasa Bumi sekarang. Terima kasih banyak2 ye KS. Diharapkan agar KS dan rakan2 yang lain terus maju jaya dalam bidang kerjaya perubatan yang bakal diceburi tidak lama lagi.


Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai

Buat pertama kalinya, daerah aku yakni Kuala Krai menjadi tumpuan Malaysia untuk sebulan lebih. Sepanjang waktu menuju ke tarikh pilihanraya, sememangnya berita dan khabar dari Kuala Krai wajib ada di dada media massa. Dan daerah ini tidak kering dari lawatan orang2 ternama negara yang datang bagi melobi dan memancing undian penduduk tempatan sepanjang tempoh berkempen. Syok sungguh!


Keputusan pilihanraya tersebut pun sudah diketahui umum. Tahniah diucapkan kepada yang menang. Dan tahniah juga kepada pihak yang satu lagi kerana walaupun mereka tewas, namun keputusan tersebut telah menjadi kayu ukur yang cukup jelas menandakan sokongan rakyat kepada mereka semakin bertambah. Win-win situation kan?


Elective Posting 2009


Seperti tahun yang sebelumnya, aku wajib menjalani sesi praktikal demi memenuhi tuntutan pihak universiti. Dan sudah tentu Hospital Kuala Krai menjadi pilihan aku. Minggu pertama praktikal sudah pun selesai dengan gembiranya. Alhamdulillah, aku mendapat pakar dan MOs unit O&G yang cukup baik hati dan sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan dari kami (aku dan Wee; pelajar dari CSMU, Ukraine).

Sepanjang minggu lepas, memang banyak ilmu baru yang aku pelajari. Jauh lebih banyak dari ilmu yang aku belajar sepanjang kitaran obstetrik semester satu di Moscow (belajar dalam bahasa Rusia ye kat sana!). Dan lebih mengharukan, doktor pakar bersedia untuk membenarkan aku melakukan prosedur yang disenaraikan dalam log book MMA. Minggu kedua ini, aku mahu membantu midwives menguruskan normal vaginal delivery dan episiotomy, dan kalau MO semuanya sibuk, aku mahu membantu doktor pakar melakukan beberapa operations seperti Caesarean section di dalam dewan bedah. Sungguh, doktor pakar tersebut memang sangat baik hati! Pesan doktor pakar, segala prosedur boleh dilakukan asalkan di bawah pengawasan jururawat ataupun doktor. Tak sabarnya untuk mengikuti sesi minggu kedua!


5 comments:

saya said...

kat pekan kuala krai.. ad satu gerai mak cik tu jual nasi dagang... sedap.. try la.. dekat ngan hotel n ad seten minyak, shell tak silap.. dekat belakang tu.. teringat kenangan time kitorg field trip ke sana dulu..

blogresipi said...

Salam singgah dari blogresipi. :)

KS said...

Salam Judin.

Terima kasih banyak2!
Kamu pasti akan KS rindui :'(

Hafizuddin Awang said...

saya: oh, ada eyh gerai nasik dagang tu? hehe tak tau la plak. boleh la pi cari kalo masih ada lagi. field trip? haha ada apa la kat kkrai ni utk dibuat field trip.

blog resepi: wah2, mengancam sunggoh melihatkan juadah2 dalam blogresepi ni. boleh lah cuba nanti.

ks: sedih2. dah xde la khidmat rundingan kalo sakit2 nanti kat sana. ks, selamat menjalani tugas Ho selepas ni ye. naikkan strata graduan ruski ke tahap lebih tinggi.

saya said...

ehm jgn tak tau kuala krai ad byk batu yg cantik2 sepanjang sg galas n sg mei..
yup gerai tu ad.. carila..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails