headline photo

Friday, May 29, 2009

Warnawarta IX

Prolog

Hoh! Berhabuk sungguh blog aku dek kerana sudah lama tidak dikemaskini. Sungguh bulan ini dan bulan depan maha sibuk. Sehingga hari ini, sudah 2 final papers sudah aku selesaikan. Pertamanya subjek Surgery (22/5), dan kelmarin (28/5) subjek Topographic Anatomy and Operative Surgery. Perasaan gembira sememangnya tak terukir oleh bahasa setelah berjaya menduduki kertas subjek kedua tersebut. Sungguh, subjek tersebut sangat membebankan. Terlalu banyak material yang perlu dikhatamkan dan sejumlah 800 lebih mcq yang harus dihafal. Sangatlah membebankan jiwa raga aku. Subjek seterusnya adalah therapy pada 4/6, obstetrics (10/6), neurology (17/6) dan akhir sekali, russian language (19/6). Dan sejurus tamat kertas terakhir pada 19/6, pada malamnya terus aku bertolak balik ke Malaysia.

Dubai Stopover

Pulang ke Malaysia kali ini adalah menerusi transit di Dubai kerana menggunakan khidmat Emirates. Jadi, alang-alang transit di Dubai, aku buat 24 hours stopover di sana. Selain daripada misi untuk memborong kain2 di mana2 souq di sana, aku kepingin untuk melihat struktur / bangunan yang tertinggi di dunia yakni Burj Dubai. Snap snap beberapa keping gambar di situ pun sudah cukup. hehe. Kemudian mahu juga untuk tengok hotel yang eksklusif (6 ke 7 bintang?) di pesisir pantai Jumeirah yakni Burj Al-Arab. Tengok sajalah, nak menginap di sana tak mampu. hehe. Juga snap snap gambar di situ.


Tinggikan Burj Dubai?

Emirates baru2 ini mengumumkan polisi baru untuk berat beg yang didaftar masuk. Katanya, economy class dapat kenaikan dari 20kg kepada 30 kg. Waahh, boleh bawa banyak biskut raya lah kalau macam ni. Sampai ke Moscow semula pada 2 September, selang beberapa minggu, Aidilfitri menjengah lagi. Cettt, terlepas lagi nikmat beraya di Malaysia.

Ahli Baru Rumah 110

Hmmm....(mengeluh). Rumah yang sekangkang kera ini dapat ahli baru. Nasib baiklah bukan orang, tapi kucing. Panjang ceritanya tentang bagaimana kucing ini diwasiatkan kepada rumah kami ini. Tak perlulah diceritakan. Yang penting, kucing yang dinamakan Sasha Gael ini sudah mendapat naungan yang baru dari ahli-ahli rumah 110. Selagi dia tak menyusahkan aku, selagi itu lah aku beri peluang dia tinggal di sini. Tapi, kalau berlaku sesuatu yang amat menyusahkan aku, berambuslah kamu dari sini. hehehhe.

Comel ke? Tak sangat kan.


5 comments:

Marniyati said...

Salam.

Walaupun 19/6 masih agak jauh, tetapi saya percaya hati dan perasaan saudara sudah mula 'menjelajah balik' ke Tanah Melayu! Hahahaa..

Apapun, semoga berjaya dalam peperiksaan, selamat membeli-belah di Dubai (pesanan ini disampaikan dalam nada yang sangat cemburu) dan selamat kembali ke tanah air tercinta!

Hafizuddin Awang said...

salam cik marniyati. tatkala sudah masuk bulan jun, tatkala itulah juga fikiran sudah diracuni dgn semangat nak balik malaysia. hehe tak sabarnya! konotasi "membeli-belah" itu seakan mewah sahaja bunyinya. bukannya banyak pun barang yg hendak dibeli. sekadar utk keluarga dan sanak saudara sahaja. hehe.

asy said...

salam.

sje nk igtkn..
klo dh b0r0ng kaen + biskut raye b'lbhn, t kac r kat asyi ckit.
hik3

::cik kikiLaLa:: said...

wish u luck in ur paper :)
nanti bila da sampai kat dubai bola cik kikilala kirim kain nak buat baju raya..hihi
owh kucen itu sgt comel..:)

nice blog

maisarah said...

nk kaen jugak!!!heheh..
xder lah comel sngt pun kucing tuh!!!
hahahaah..;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails