headline photo

Saturday, April 25, 2009

Musim Bunga Moscow


MOSKVA di musim bunga,
jadi kota yang sempurna,
tempat idaman semua.

Kuntuman tulip di laman Kremlin
jadi gamitan pencinta seni.
Harum nian bunga-bunganya
jadi ikatan pasangan bercinta.

Siang musim ini yang panjang,
diserikan jeritan dan hilai riang,
kicau burung dan unggas taman,
tari joget pemuda dan perawan.

Silau mata memandang
akan sinar dan bahang suria,
berlatar langit biru damai,
menyerlahkan kehijauan pohonan
dan citrawarna kubah-kubah katedral.

Tenang mengalir reka Moskvi,
jadi susuran kapal menghilir.
Penuh orang di pinggir air,
bila taman Gorki bernyawa kembali,
setelah lama digenangi salji.

Gegak gempita satu kota
dengan karenah manusia,
meriah Lapangan Merah
dengan pelawat dan peniaga,
dari Fabergé hingga matroshka
segalanya ada sedia diniaga,
benderang malam-malamnya
bermandikan kilauan lentera.

Sungguh musim bunga,
lambang kehidupan,
harapan dan cinta.

Judin,
Musim Bunga 2009,
Moscow.

5 comments:

miSyuE's said...

eja judin lagu ni la - juedyn.. bukan judin.huk2

blogerm said...

pandai ko tulis sajak judin. hoho.

Marniyati said...

Letaklah gambar yang besar sedikit supaya terang dan jelas mata kami di Tanah Melayu ini melihatnya. Hehehe...

Hafizuddin Awang said...

cik rehe: ejaan tu sudah lama aku "terlupa" heheheh. makin dewasa kan gamaknya. haha.

encik hazreen: tenkiu boss. tp tidaklah pandai mana, amatur cuma. masuk btanding konfem tak menang. haha.

cik marniyati: nanti kalau berkesempatan, sy letakkan lagi gambar2 sekitar moscow. kna tunggu free dulu baru boleh buat photo-outing mcm encik hazreen selalu buat. hehe.

Marniyati said...

Ahah, terima kasih banyak-banyak ya. Teringin juga hendak menyaksikan musim bunga di Moscow. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails