headline photo

Thursday, March 5, 2009

Warnawarta IV

Tamat Cycle 1

Alhamdulillah, cycle 1 tamat dengan agak mudah. Kesemua 3 subjek berjaya dilepasi. Dermatology pula satu group dapat 5. Memang seronok sungguh cycle kali ini. Untuk neurology, kami dapat doktor ganti yang cukup baik hati dan cukup pakej bak kata Murni. :p Maka tak hairanlah Murni, Wani dan Ili khusyuk betul belajar dalam sesi kelas praktikal Dr. Kiril (doktor neurology dept). Pijak semut pun mati terus. Kalau Dr. Barinov dulu, kami pijak sepuluh kali pun belum mati lagi semut sebab takut sangat kalau-kalau kena soal. hahaha. Doktor dermatology pun tidak kurang menarik juga. Jangan mimpilah nak dapat zacot (kredit) free ye wahai kawan2 ku yang akan mengikuti cycle tersebut selepas ini, sebab beliau sememangnya teliti dalam memeriksa case report dan siap buat oral test lagi. Tapi, kalau anda sentiasa ikuti apa yang beliau ajar dalam kelas, dan tidak ponteng lectures, insyaAllah senang saja di akhir nanti. Obstetrik? hmm tiada ujian langsung. Sememangnya zacot percuma. Bersenang2lah kami sekarang, berseksa2 lah kami di bulan Jun nanti. hehehe.

Doktor obstetrik kami.

Doktor dermatologi kami.

Dan yang paling best, doktor neurologi kami. Tengoklah Murni, Ili dan Wani tengah overexcited tu. hehehe. Jangan marah.


Februari?

Banyak benda yang berlaku dalam bulan Februari lepas. the so-called adik aku dari Volgograd datang ke Moscow baru-baru ini. Ada urusan berkaitan kelewatan tuntutan bagasi sewaktu dia pulang dari London baru-baru ini. Itulah, lain kali gunalah syarikat penerbangan yang diyakini efisien dan berkualiti. Kan susah bila beg kita tertinggal di airport negara lain. hehehe.


Kami di Red Square.

25 Februari lalu, umur aku sudah pun menginjak ke usia 22 tahun. Erkk?? 22 tahun? Macam tak percaya saja. Aku rasa perangai aku ni masih lagi seakan di era "keremajaan". hehehe. Masih tidak mencerminkan usia dewasa aku. Geli sungguh telinga bila aku dengar usia 22 ni di bawah kategori dewasa. hahaha. Dewasa kah aku? Pasti budak2 group menidakkannya! Juga selamat hari jadi juga Zaim, groupmate aku yang jatuh 3 hari selepas tarikh birthday aku.


Sedari 1st year hinggalah sekarang, merekalah tetamu setia di hari jadi aku. Terima kasih untuk sokongan anda! cheewaah!


3 comments:

фарина захари said...

wah, yg plg menarik minat aku adalah gambar bersama cikgu neuro! hehe.

Raihan Mahmood said...

haha tua doh.. tgk aku msh lg muda remaja..still 21 thn..wah2 rasa diriku begitu muda..

Hafizuddin Awang said...

yer fareena, aku tau ko mmg sedari sem lepas lagi syok kat cekgu aku kan. hehe.

rehe, bsedialah mung. xlama lagi kamu akan turut sama tjatuh ke lembah usia 22 ni. bersedialah! hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails