headline photo

Thursday, January 1, 2009

Retrospektif Sedasawarsa Lalu

Assalamualaikum wbt. Sekali lagi, kita harus akur pada fitrah masa. Kerana masa tidak menunggu kita, sebaliknya kita yang perlu mengejar masa. 2008 pergi dengan penuh suka dan duka. Dan 2009 datang dengan menggalas 1001 misteri yang bakal kita tempuhi bermula hari ini. Menyorot sedasawarsa yang lalu, aku cumalah berusia 12 tahun. Masih lagi mentah, dan masih lagi di kaki bangku. Ketika ini, tiada langsung perspektif untuk aku pergi dengan sebegitu jauh dari tanahair untuk mendukung tugas sebagai pelajar.

Aku masih ingat ketika UPSR makin menghampiri, ayahku melakar di atas 2 keping kertas tentang misi jangka pendek dan jangka panjang aku. Ketika itu, sudah tentu misi jangka pendek adalah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Manakala misi jangka panjang pula berkaitan dengan hala tuju selepas tamat sekolah rendah. Dulu-dulu, aku berkeinginan untuk menjadi ahli kaji bumi (waktu kecil2 dulu istilah geologi belum lagi aku ketahui). Maka, ayah aku menyeru aku agar belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk ke sekolah sains supaya mampu menjadi platform untuk aku merealisasikan cita-cita aku. Dan setelah tamat sekolah sains, masuk menara gading pula. Akhir sekali, berkerja. Begitulah perancangan jangka masa panjang. Memang betul kata orang, kita hanya merancang, namun Allah sahaja yang berhak menentukan. Namun, terima kasih abah kerana menggariskan panduan tersebut kerana garis panduan tersebut masih lagi diikuti hingga sekarang.

Tengoklah sekarang. Walaupun haluan masih lagi sama, namun cita-cita sudah jauh berubah. Memang tiada perkaitan langsung antara doktor dan ahli geologi. Sesungguhnya aku telah tertukar cita-cita dengan rakan aku, Asmaan yang kini belajar di Australia dalam bidang geologi. Kalau tak silap aku, dulu-dulu sewaktu kami di MRSM, dia berkeinginan untuk menjadi doktor. Tiada rasa menyesal langsung kerana memilih profesion ini kerana aku sedar walaupun profesion ini bukanlah a money-making profession, namun sekiranya dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah dan ingin membantu orang2 yang memerlukan, kerja ini boleh menjadi a pahala-making profession. Bukankah kerja pun suatu bentuk ibadat.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perkara yang telah mematangkan aku dari segi pemikiran dan tingkahlaku. Namun, aku akui, aku masih belum matang sepenuhnya dalam tingkahlaku. Dan ramai juga rakan2 aku yang berpendapat sebegitu. Namun, terserahlah pada edaran masa untuk mematangkan aku. Aku harap tahun baru ini bakal menunjukkan aku apa yang kurang pada aku supaya dapat diperbaiki lagi. Seronok sebenarnya kalau dapat bermuhasabah diri. Curi sedikit masa kita, dan fikirkan sejenak apa yang telah kita lakukan sepanjang ini. Dan sekiranya kita sedar akan apa yang tidak elok pada diri kita, cepat2lah kita buangkan supaya mampu menjadikan esok hari yang lebih baik dari hari ini.

Hmm, 10 dekad tersebut telahpun berlalu. Dimensi masa baru akan sentiasa datang setiap waktu, dengan membawa pelbagai cerita yang bisa mendewasakan diri. Aku tiada azam baru, kerana azam2 yang sebelum ini pun seakan masih belum tertunai lagi. Samir tak habis, kajang pula.

Selamat tahun baru 2009 aku ucapkan.


Berdentum-dentum firework di luar sana ketika ini. Mungkin meriah agaknya sambutan tahun baru di Moscow. Namun kerana sayangkan nyawa, baiklah aku sekadar menyambut di rumah kerana waktu istimewa sebegini pastinya disambut dengan minuman arak bagi kebanyakan Russians. Lebih-lebih lagi, kalau hooligans pula yang mabuk, habislah kami ditibai2 mereka. heheh.


7 comments:

.:dura:. said...

selamat thn baru 2009..:)

kamilsifu said...

salam..
selamat thn bru 2009 judin! may all ur dreams come true..hehe..korang dh abis xm kan?ktrg kt cni smbut thn bru dgn xm hygiene! huhu..

aimi nas said...

eh,sedey lak ble aku baca entri ni.huhu..
Salam Maal Hijrah judin.. =)

Hafizuddin Awang said...

dura, selamat tahun baru. dah stahun dah knal tp tak tau gak nama penuh cik dura ni apa. hehe.

kamil, kami xde exam sem ni. avto je hygiene tu.hehe. good luck ye exams.

aimi,salam maal hijrah. aah mmg agak sedih la gak sbb kita dah tamat dah zaman kanak2 dulu. kna pi skolah tetiap hari. kna buat keje skolah. kna marah ngan cikgu.hehe. dan yg paling sedihhh, dah lama dah xraya kat msia bsama family n dpt duit raya cam dulu2. sedih.

miSyuE's said...

haha judin, aku yg komen mu yer entri..tp sbb buka kat laptop kwn,jd name dia - aimi nas. huhu..tak pasan lak.huhu

saya said...

sy pulak terbalik ngan kamu..
sy skrg adalah geologist tp dulu mempunyai cita2 utk jd doktor..
semoga kita sama2 memperoleh kejayaan dlm bidang masing. be a good doctor ye.. skang susah nk cari org yg btol2 minat jd doktor.. kesannya patient yg jd mangsa.. huhu..
Nway, wish u all the best..

Hafizuddin Awang said...

hehe, kamu pon studi elok2. be a good geologist k.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails