headline photo

Saturday, December 13, 2008

Darmawisata II


Выставка Достижений Народного Хозяйства

Dari pelabuhan kapal selam, kami menginjak ke gerbang ekonomi Moscow. Bukan pusat ekonomi, namun berperanan sebagai pusat pameran perdagangan pelbagai guna yang tetap. Pada waktu pusat ini diasaskan (17 Februari 1935), pusat ini dikenali sebagai Всесоюзная Сельско-Хозяйственная Выставка sebutan: Vsesoyuznaya Selsko-Khozyaystvennaya Vystavka (maksud: All-Union Agricultural Exhibition), dan kemudian dikenali sebagai Ostankino Park. Pada tahun 1959 pusat ini dinamakan sebagai Выставка Достижений Народного Хозяйства (popular sebagai ВДНХ) sebutan : Vystavka Dostizheniy Narodnovo Khozyaystva (maksud: Exhibition of Achievements of the National Economy). Dan sekali lagi pada tahun 1992, nama pusat ini diubah lagi kepada Всероссийский выставочный центр sebutan : Vserossiyskiy Vystavochny Sentr (maksud : All-Russia Exhibition Centre) bagi mengubah landskap ekonomi negara. Namun, bagi kami di sini pelajar2 Malaysia, ВДНХ lebih serasi kerana mengikut nama stesen metro di pusat tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kawasan jangkauan ВДНХ lebih besar daripada negara Monaco, dan pusat ini mempunyai lebih 400 bangunan. Berhampiran pusat ini juga terdapat Ostankino Tower. Dengan ketinggiannya menjangkau 540 meter, OT menjadi struktur ketiga tertinggi di dunia selepas Burj Dubai, UAE dan CN Tower, Canada. Ada pelbagai pavilion di sana, dan setiap satunya menganjurkan pelbagai jenis pameran. Sewaktu kami pergi ke sana, terdapat pameran kucing wani & asyiq bolehlah ke sana, rama-rama, ikan jerung, barangan elektronik dan banyak lagi. Juga berhadapan dengan Space Pavilion terdapat replika roket dan juga Tupolev Tu-154 yakni pesawat saiz sederhana kepunyaan Aeroflot,; syarikat penerbangan nasional Rusia. Dan di pintu masuk pusat ini juga terdapat Propylaea, gerbang seakan Bradenburg Gate di Berlin. Juga di dalam kawasan tersebut terdapat taman tema lengkap dengan pelbagai permainan yang menarik.

Kami ke sana menggunakan metro, dan stesen metro yang dituju ialah stesen ВДНХ. Keluar sahaja dari stesen tersebut, kami dapat lihat sebuah monumen yang sangaaaat tinggi, hingga lenguh leher mendongak ke atas. Monumen ini dinamakan Монумент «Покорителям космоса» ataupun Monument to the Conquerors of Space. Monumen ini dibina khas untuk menjadi penaung kepada Memorial Museum of Cosmonautics di dasar monumen ini.














Di kiri: Monument to the Conquerors of Space dan kanan pula adalah Ostankino Tower gambar curi dari Flickr hehe.











Kami bergambar di hadapan Central Pavilion dan Fountain "Friendship of Nations".


2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Ooo. Yang ks tanya di friendster tu maksudnya di BDNX la ye...

Apasal ks tak penah tau tempat tu ye? Kalau gi BDNX misti gi main2 kat theme park tu je. Huhu.

Hafizuddin Awang said...

submarine tu di skhodnenskaya. mmg jauh sungguh dari vdnx.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails