headline photo

Monday, August 11, 2008

.:Cuti-Cuti 1:.

Assalamualaikum wbt.
Hujung minggu lepas, aku sekeluarga ke Kuala Terengganu. Hajat asalnya untuk bertandang ke rumah Fahida (kawan ex-PC yang kini turut sama belajar di Rusia). Alang-alang pergi ke sana, elok jugalah kalau turut juga menjenguk mercu tanda terbaru bandaraya warisan pesisir air (nama jolokan untuk bandaraya KT) ini yakni Taman Tamadun Islam.
Lebih kurang jam 2 petang tiba di rumah Fahida. Baik sungguh Fahida dan keluarga kerana menyajikan kami dengan jamuan makan tengahari. Maklumlah, ini kali pertama kami ke rumahnya. Lagipun, mak aku merupakan sahabat baik kepada ibu Fahida. Maka, dapatlah mak aku bertemu dengan kawan lamanya yang sekian lama telah berpisah. Taklah aku rasa yang ziarah kali ini semata-mata untuk aku berjumpa dengan Fahida saja. hehe. Terima kasih banyak cik Fahida oii. Nanti jumpa lagi di KLIA 27hb nanti; kerana kami menaiki pesawat yang sama untuk ke Moscow....hmmm dah nak habis cuti :(
Dari rumah Fahida, kami terus ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Agak luas juga kawasan TTI ini. Antara struktur yang agak menonjol dalam TTI adalah Masjid Kristal dan Pusat Konvensyennya. Masjid Kristal ini sangatlah cantik rekaannya tak kiralah dalaman mahupun luaran. Kubah masjid yang berkilau di bawah sinaran matahari turut menaikkan seri. Pusat konvensyen pula terletak berdekatan sahaja dengan masjid ini. Pusat konvensyen ini bakal menjadi venue untuk pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Berlatarbelakangkan Masjid Kristal
Tidak jauh dari kelompok masjid dan pusat konvensyen ini terletak kawasan utama Taman Tamadun Islam. Dalam taman inilah terdapatnya 21 monumen-monumen masjid dari pelbagai negara. Contohnya, Masjid Negara Malaysia, Kudus Minar (Indonesia), Masjid Pattani (Thailand), Istana Al-Hambra (Sepanyol) dan banyak lagi. Salah sebuah dari masjid yang dipamerkan iaitu Masjid Mohamed Ali (Mesir) telah pun aku lawati ketika aku ke Kaherah pada Januari 2007. Kalau anda malas untuk berjalan kaki untuk ke kawasan-kawasan monumen, anda boleh menggunakan khidmat tram (keretapi mini ala zoo negara), buggy car dan basikal mengikut kadar bayaran yang ditetapkan. Di sesetengah monumen pula, terdapat bilik khas untuk para pelawat menonton video yang disediakan bagi mengenali monumen tersebut dengan lebih mendalam.

Masjid Qul-Sharif yang terletak di Kazan, Rusia pun turut dibina di TTI

Baiklah, setakat ini dahulu. Jumpa lagi di lain waktu.

2 comments:

[shahrin] said...

salam
wah, menarik jugak ye TTI ni. hehe. mesti naik tram kan? xkan la berjalan. keke

Hafizuddin Awang said...

YES of course! i am so predictable kan. hahah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails