Assalamualaikum.
Lama betul rasanya aku tak mengemaskini blog PG ini. Bukan kerana sibuk belajar, namun sibuk bersiap untuk pergi melancong dan pulang ke Malaysia. Masa aku 2 minggu sebelum ini penuh terisi dengan aktiviti2 yg mengerahkan keseluruhan daya sistem lokomotor aku ini (bajet sungguh!).
Sehari selepas tamat peperiksaan akhir (20hb Jun), terus kami berlapan (aku+shahrin+2 org201+4 org202)pergi meniti hari2 pelancongan kami. Destinasi kali ini adalah Berlin (Germany),Amsterdam & The Hague (Holland) dan tidak dilupakan Brussels (Belgium). Kami bertolak dari Vnukovo International Airport, Moscow kerana kami memilih untuk menaiki Germanwings; sebuah LCC seperti AirAsia, cuma bezanya Germanwings tidak memerlukan kita semua untuk berebut2 tempat duduk seperti AirAsia. Kami mendarat di Berlin-Schonefeld International Airport dengan selamatnya. Dari airport, kami menaiki S-Bahn (seperti ERL KLIA) untuk ke city centre dan kemudian kami daftar masuk ke hostel kami. Bagus betul hostel yg kami diami ini. Segala perabot mereka seakan2 ditaja oleh IKEA. Selesa sungguh. Kami menghabiskan lebih kurang 3 hari di Berlin. Kesemua tempat2 menarik sudah kami terokai, termasuklah Berliner-Fernsehturm; sebuah menara telekomunikasi seperti Menara Kuala Lumpur. Kami diberikan diskaun untuk harga tiket kami kerana kami menggunakan Berlin Welcome Card sepanjang kami berada di Berlin.
Pada petang 22hb Jun, kami bertolak ke ZOB (Berlin Central Bus Station) untuk menaiki bas ke Amsterdams. Ya Allah, tuhan saja yg tahu betapa menderitanya kami berada dalam bas tersebut. Bukan kerana bas tersebut tidak selesa (bas tersebut sangat selesa!~Eurolines ok.) namun kerana 1/4 dari penumpang bas tersebut ada sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Holland yg turut pulang dari Berlin. Bising sungguh mereka membuat onar. Ada antara kami yg menegur dan memarahi mereka, dan sebagai tindakbalas atas tindakan kami, mereka menggangu kami ketika tidur. Sememangnya mereka sangat kurang ajar. Tidak hormat langsung pada pelancong seperti kami. Haha.
Setibanya kami di Amsterdam Amsteel Central Station, kami menaiki teksi ke hotel kami. Waahh, teksi di sini sangat berkelas tinggi. Kesemua teksi2 mereka terdiri dari kalangan kereta2 berkelas tinggi seperti Mercedes, Chrysler dan pelbagai lagi. Pilih sahaja mana2 kereta yg anda ingin rasa.haha. Di Amsterdam, pelbagai tempat telah kami lawati kerana Amsterdam ini bukanlah sebuah kota yg besar sangat pun. Kami juga turut ke Zaanse-Schans, salah sebuah kawasan countryside yg berhampiran dengan Amsterdams Di situ, kami dapat lihat keindahan kawasan yg mempunyai kincir angin dan tasik2 yg terbentuk hasil tebus guna tanah. Cantik sungguh kawasan tersebut. Juga terdapat di sana adalah kilang membuat keju dan hasil tenusu yg lain, serta kilang membuat kasut kayu (kasut tradisional untuk orang2 Dutch).
Selang beberapa hari, kami bertolak pula ke Brussels dengan menaiki Eurolines juga. 3 jam sahaja untuk ke sana. Di sini, kami menginap di hotel yg terletak di laluan yg cukup terkenal di Brussels, Rue Royale. Maka, tiada masalah untuk kami pergi ke mana2 kerana pengangkutan awam bersepah2 di sekitar kami. haha. Brussels juga cantik kerana di sini penuh dengan struktur istana2 dan bangunan2 klasik yg masih lagi dilestarikan oleh pihak berkuasa mereka. Dan Brussels sangat terkenal dengan kesedapan coklat buatan mereka. Kami tidak ketinggalan untuk merasa dan membeli coklat mereka. Sebanyak seguni kecil coklat telah kami borong. haha. Sehari kemudian, kami bertolak semula ke Amsterdam.
Dari Amsterdams, 6 org dari kami termasuklah aku bertolak ke The Hague untuk ke Madurodam. Madurodam ini adalah sebuah kota miniature yg terdiri daripada replika2 bangunan dari seluruh negara Belanda. Cantik dan halus sungguh buatan mereka. Seakan2 kota yg betul kerana kota ini kelihatan hidup. Susah untuk aku gambarkan. Anda perlulah datang dan lihat sendiri untuk mendapat gambaran yg lebih jelas. Untuk pengetahuan anda, di The Hague jugalah letaknya International Court of Justice di mana Malaysia kalah kepada Singapura dalam perebutan untuk mendapatkan hak ke atas Pulau Batu Putih. Selesai melawat The Hague, kami pergi semula ke Amsterdam, dan dari situ, kami bertolak semula ke Berlin. Perjalanan ke Berlin kali ini lebih selesa kerana tiada anak2 muda yg maha kurang ajar.haha. Dan dari Berlin, kami bertolak pulang ke Moscow.
Kenapa entri kali ini dinamakan hanya tinggal kenangan? Bukan kerana kenangan pelancongan kami yg telah berlalu, namun kerana kamera digital kesayangan aku telah mati. Kamera tersebut jatuh terhempas di atas bot ketika boat ride di Zaanse-Schans. Rosak habis lensanya. Namun, akan aku cuba untuk baikinya ketika di Malaysia. Wuuu~~~ sedih! Mahu tengok gambar pelancongan? Lawati Friendsters aku ye. Malas la aku nak mengupload gambar2 ke sini. Leceh.
Baiklah, jumpa lagi di lain waktu. (letih menaip)
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
1 week ago
2 comments:
waaaa... best nya dh sampai holland! tempat yg paling ks suka! tp takde rezeki lg nak pegi. kot2 nnti nak ke sana, boleh la ks tanya2 kt kamu psl trip yg kamu dh buat ye. huhu.
holland sangat cantik lebih2 lagi countryside nya. nanti kita tukar2 tips ttg trip masing2. judin nanti nak mrasa gak pi vienna ngan budapest tu.
Post a Comment