headline photo

Saturday, May 10, 2008

.:Untung batu tenggelam:.

Assalamualaikum wbt.
Agak lama sudah aku tak menulis entri. Serius sibuk kebelakangan ini. Maklumlah, peperiksaan akhir cuma dalam jarak 2 minggu lagi. Dekatnya! Kertas yang pertama adalah pathosphysiology pada 26 Mei ini, dan diikuti General Surgery pada 30 Mei. Manakala Pathoanatomy, Propaedeutics dan Pharmacology masing-masing pada 2, 13 dan 19 Jun. Semuanya berada dalam selang yang agak singkat. Tak terkejar rasanya untuk menghabiskan kesemua silibus dalam jangka masa 2 minggu ini. Maka, segalanya aku lakukan secara marathon. Segalanya harus dilakukan dengan sangat ekspres. Laju seperti bas ekspres.

Misi sekarang adalah untuk menghabiskan revision kesemua 28 MCQ pathophysiology sehingga akhir minggu ini. Harap2lah tercapai misi tu. Muehehe. Aku tak yakin sangat dengan sistem marathon ni. Bukan apa, aku ni seorang yang agak 'lembap' membaca. Kalau satu laman mukasurat buku, mahunya 30 minit baru aku habis baca satu page tu. Serius lambat! Ada attention-deficit agaknya. Tiap2 kali aku membaca, ada sahaja gangguan yang menerpa. Contohnya, sekarang aku mula membaca. Seminit kemudian, secara tak sedar aku sedang melayari internet. Bila dah sedar akan kealpaan tersebut, aku sambung balik baca. Kemudian, terlalai lagi, seperti mengelamun panjang, berangan2 dan macam2 lagi. Uuhh sedihnya mendengar rintihan sendiri. Aku tanya mak aku, macam mana la nak atasi masalah ini. Nasihat beliau, tetiap kali terlalai, cepat2 beristighfar supaya dapat halau segala mak nenek syaitan2 yg sedang girang memperkotak-katikkan aku. Alhamdulillah, adalah kemajuan sikiiittt.

Minggu lepas aku terima satu emel yang menggembirakan. Emel tersebut datangnya dari seorang pelajar International Medical School of Bangalore, India. (eh, seperti membaca surat dari peminat pula. bajet sungguh!) Antara kandungannya, aku diundang selaku wakil dari Rusia bersama KS dan abang KI M2 untuk menyertai projek Group Karyawan Luar Negara GLKN (aku antara ahli pasifnya..hehe..insyaallah aktiflah bila exam tamat) dalam pembukuan Antologi Puisi 50 Penulis Luar Negara. Waaa berprestij sungguh bunyinya. Namun, itu hanyalah peringkat saringan. Semua puisi yang dihantar akan ditapis supaya hanya yg berkualiti tinggi sahaja akan dibukukan. Hatta, aku hantarkan 2 puisi aku yang agak simple untuk dihakimi. Hmm, aku tak menaruh harapan sangatlah. Bukan apa, ahli-ahli GLKN yang lain termasuk KS jauh lebih berdaya saing dan mahir bermain dengan langgam bahasa. Nukilan mereka lebih layak untuk dibukukan berbanding hasil nukilan aku. Ilmu nahu dan mantik aku masih belum mantap. Perlu diasah dengan lebih mapan lagi. Tapi, kalau terpilih apa salahnya. Glemer la sket....hehehe.

Owh, petang tadi kami serumah (110) dirundung malang. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Kami sebenarnya merancang untuk mengelola majlis barbeku di kawasan laman belakang hostel kami. Sejak tengahari lagi kami sudah siap memerap ayam dan daging dengan rempah yang sepatutnya. Dan segala kelengkapan untuk barbeku sudah siap dibeli. Maka, menjengahlah waktu petang. Kami pun keluar ke laman belakang untuk menyediakan alas tempat membakar. Ditabur2kanlah arang2 hitam diatas jalan tar, dan disimbahkan minyak tanah pada arang2 tersebut. Api pun dinyalakan untuk membentuk bara. TIBA-TIBA, muncul keluar seorang pegawai polis berpakaian lengkap (serius lengkap, seperti sut formal seorang pegawai polis peringkat atasan untuk majlis keraian) dari bangunan kecil di belakang hostel kami (yang pada anggapan kami sejak 2 tahun lepas lagi, bangunan tersebut tidak didiami). Dia datang menghampiri kami dan menyoalsiasat kami. Huuu seramnya tak terkata. Katanya, pembakaran terbuka di Moscow adalah diharamkan. Setelah berunding tanpa melibatkan sebarang unsur rasuah (jauhilah rasuah), maka kami cuma perlu memadamkan api dan membersihkan kembali kawasan tersebut dari kesan2 arang. Huu..nasib baik tak kena saman. Kalau tak, melayang beberapa ratus dollar ni. Syukur beribu2 syukur. Kesudahan barbeku kami? Kami melata serata tingkat hostel dan meminjam 3 ketuhar pembakar untuk membakar kesemua ayam dan daging yang telah diperap. Maka kesudahannya, barbeku berjalan seperti biasa. Bezanya, modus memasak kami lebih moden dan kurang meletihkan. hahaha. Terima kasih buat tuan2 oven tersebut.

Baiklah, mengantuk sudah bertandang. Jumpa lagi di lain entri. =)

3 comments:

shahrin salleh said...

salam wbt
kat belakang tu muzium la. muzium pe pun xtau. muzium berhantu agaknya. hehe. pepun, mmg kena bersyukur sbb tidak dikenakan apa2 tindakan. alhamdulillah. okey pe bbq gaya moden. ekeke.

Hafizuddin Awang said...

dgr citer itu adalah muzium kvartira (apartment), entah btol ke tak. cam tak logik je.mueheheh.

Farhan said...

2 tahun duk moscow takkan takleh tahu lagi peraturan mereka judin?
ke tu first time korang bbq?kesian2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails