Secara ikhlasnya, aku bukanlah antara orang yg fanatik dengan dunia bola sepak ini. Sekiranya aku mampu mengenali nama2 pemain bola dunia yg terkenal pun, sudah cukup membanggakan bagi aku secara peribadi. Hehe. Namun, aku turut terkena tempias 'perasaan teruja' dengan kehadiran 2 kelab bola sepak gergasi dunia yakni Chelsea dan Manchester United ke kota Moscow ini untuk menyertai perlawanan peringkat akhir UEFA Champions League 2008.
Apa yang lebih menambahkan kehangatan suasana, Stadium Luzhniki yang menjadi tempat perlawanan akhir tersebut cuma 1.6 kilometer dari hostel aku. Maka, ramai pelajar2 Malaysia yang bukan sahaja menuntut di Moscow, bahkan juga yang datang dari negara2 sekitar Rusia seperti kalangan negara Eropah, timur tengah dan USA yang datang untuk singgah menumpang di hostel ini sementara menantikan perlawanan bermula. Ramai sungguh pelajar2 Malaysia di sini bermatian2 berusaha untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut yg buat julung2 kalinya diadakan di Moscow ini. Rakan2 sebatch aku juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian. Waktu aku menulis ini adalah lebih kurang setengah jam sebelum perlawanan bermula. Namun, setengah jam yang lalu, beberapa rakan aku keluar ke stadium kerana ada antara rakan2 kami memberitahu bahawa banyak2 'ulat-ulat" (peniaga tidak berlesen) sedang menjual tiket2 perlawanan. Rakan-rakan aku, setelah mendapat perkhabaran tersebut, apa lagi, terus mereka pergi ke kawasan stadium tersebut. Harga yang ditawarkan oleh ulat-ulat tersebut maha mahal! Ada yg mencecah sehingga 35 ribu Rubles (lebih kurang 5 ribu ringgit). Namun, kebanyakan rakan2 aku telah berjaya mendapatkan tiket dengan harga 300usd setiap satu (sebenarnya itu pun masih mahal). Dan bagi 2 orang rakan serumah aku, mereka baru sahaja berjaya mendapatkan tiket dengan harga 6000 rubles setiap satu dan telah pun siap sedia duduk di dalam stadium, di ruangan belakang gol (erm, okay la tu~dgn nada Saida, hehe).
Setakat ini, census di RussiaToday menunjukkan bahawa 51% pelawat menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Chelsea manakala selebihnya meramalkan MU. Namun, perlawanan yang bakal bermula jam 10.45 malam ini bakal menentukan segalanya. Aura perlawanan ini cukup hebat. Hebatnya aura ini sehingga boleh menarik kedatangan beberapa peminat fanatik langsung dari Malaysia. Siang tadi, ada antara kami yang terserempak dengan beberapa kerabat menteri kabinet Malaysia di Red Square (lokasi yg cukup sinonim dengan Moscow). Waahh, rela terbang dari Malaysia semata-mata untuk melihat perlawanan ini. Bukan murah tau tiket KL-Moscow ini. Mahunya 4000RM diperlukan sekurang-kurangnya untuk tiket pergi balik. Kalau pasukan kegemaran mereka tewas, tak tahulah aku bagaimana perasaan mereka nanti.
Apapun, kita nantikan keputusannya beberapa jam dari sekarang. Sekarang, aku harus tumpukan pada belajar kerana esok ada ujian farmakologi. "Pesta" peperiksaan akhir pula bakal bermula pada minggu hadapan. Maka, bermulalah riwayat hidup yg mahasibuk dan tertekan. Semoga dipermudahkan Allah hendaknya. InsyaAllah. Baiklah, jumpa lagi di lain waktu.
UPDATE: MU menang. Full time seri 1-1 dengan Chelsea. Namun, MU menang dengan jaringan penalti 6-5 ke atas Chelsea.
No comments:
Post a Comment