headline photo

Saturday, March 22, 2008

.:Polemik Pilihanraya:.

Sebagai mukaddimah entri kali ini, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada warga muslim di segenap ceruk dunia. Baiklah, terus kepada poin utama. Kebelakangan ini, para pelajar Malaysia MMA dan RSMU bagaikan dilanggar todak pilihanraya. Hal ini kerana, musim pemilihan ahli Majlis Tertinggi bagi dua buah organisasi utama di Moscow bakal diadakan tidak lama lagi. Dua buah organisasi yg dimaksudkan adalah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan Kelab UMNO Moscow (KUMOSC).

Selaku seorang yg mendokong aspirasi PPIM, ingin aku ceritakan serba sedikit mengenai persatuan unik ini. PPIM diwujudkan di Moscow bertujuan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal semasa para pelajar muslim Malaysia yg sedang menuntut ilmu di Moscow ini. Maka, bagi menjaga kepentigan kepentingan para pelajar muslim Malaysia, wajarlah jika saya katakan keahlian Majlis Tertinggi wajar diberikan kepada mereka yg benar2 komited dalam mengekang rakan2 sekeliling daripada terjebak ke dalam kancah delinkuensi yg amat senang utk didapati di bumi asing ini. Ahli MT juga seharusnya mampu untuk menggerakkan aktiviti yg dirancang secara kolektif bersama ahli2 MT yg lain. Bagi kepimpinan tertinggi MT, seseorang itu haruslah mampu untuk menerima pendapat orang lain serta pada masa yg sama, berkongsi pendapat peribadi dalam suasana yg positif tanpa sebarang percanggahan yg boleh membawa kepada jalan buntu. Secara peribadi, aku merasakan calon2 utk pemilihan ahli MT harus melengkapkan diri dengan kemahiran bersosial (bukan bergaul bebas) yg mapan agar senang utk mereka mendekati kumpulan sasar bagi merealisasikan sesebuah perancangan. Secara peribadi, aku akan memberikan undi aku kepada mereka yg dapat meyakinkan aku bahawa mereka bakal melaksanakan sesuatu tugasan dengan bersungguh2, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Aku pastinya tidak menginginkan calon yg "more talk, less work" serta calon2 yg hangat2 tahi ayam sahaja. Untuk pengetahuan kalian semua, pemilihan bakal diadakan pada hari Ahad ini bersamaan 23 Mac 2008 bertempat di kedutaan besar Malaysia di Moscow. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada paparan khat di lajur kanan anda yg bertajuk "Suara PPIM MMA".

Bagi pemilihan MT KUMOSC pula, pencalonan sudah dibuka mulai hari ini dan pemilihan bakal diadakan pada 6 April 2008 juga bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Khabar angin mengatakan sekurang2nya ada 3 orang calon yg ingin merebut jawatan Presiden KUMOSC, lantas mewujudkan persaingan 3 penjuru pada hari pengundian kelak. Namun bagi aku secara peribadi, jawatan presiden wajar diberikan kepada mereka yg boleh memimpin dan bekerja, bukan kepada mereka yg mampu bekerja namun tidak mampu memimpin komunitinya. Maka, aku sarankan kepada para pengundi supaya bijak memilih calon presiden anda. Meskipun anda KURANG mengenali calon tersebut, anda tidak wajar untuk menyatakan bahawa beliau tiada kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut hanya kerana anda LEBIH mengenali calon presiden yg lain. Harus diingatkan juga bahawa sekiranya seseorang itu sentiasa berada "in the public eye" dalam apa2 majlis sekalipun, belum tentu beliau mempunyai kaliber dan kualiti utk memimpin kita semua. Ingat! Antara kesemua calon presiden, pilihlah mereka yg boleh memimpin dan bekerja, bukan mereka yg kuat bekerja namun tidak mampu memimpin.
**Saranan di atas ditaja khas oleh mereka2 yg mempunyai kesedaran yg tinggi dan mahukan kepimpinan berkesan serta bermanfaat kepada kita semua. Sekian, jumpa lagi.

Yang benar,
Saya yang tidak meminati dunia politik. Hehe. :)

4 comments:

Anonymous said...

salam.
tgh2 ngaji pun main politicking.huhu

btw, kelab UMNO Rusia agak popular kat sini.dgr kata kelab ni kuat gak buat aktiviti dakwah.btl ke judin?kalo btl alhamdulillah la..

Hafizuddin Awang said...

haaa??? dakwahh?? erm tak pastila. tp yg pastinya, aktiviti2 dakwah kebanyakannya dilakukan oleh PPIM. Kalaupun kumosc buat aktiviti dakwah sekalipun, tu semua diorg buat secara joint venture ngan PPIM cam autumn retreat last year.

Anonymous said...

Alhamdulillah.

Yes, Kumosc banyak bantu dalam aktiviti dakwah seiring dgn PPIM.

erh - autumn retreat itu dijayakan sepenuhnya oleh Kumosc la.

Hafizuddin Awang said...

owh ye ke? sori tersalah kasi maklumat. huhu. jgn marah ye wahai kumosc.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails