Sebab 110 best! Tidak seperti rumah2 lain di bangunan 16, Malaya Pirogovskaya Street, Moscow ini, rumah 110 sememangnya unik dengan cirinya yg tersendiri yg aku yakin tidak terdapat di rumah2 pelajar Malaysia yg lain di sini. Walaupun rumah ini agak kecil (bukan 'agak', namun 'jelas') berbanding rumah Ili, Anna, Zaim dan KS, namun kesempitan rumah aku ini tidak menjadi batu penghalang utk aku mengwara2kan keunikan yg terdapat di rumah aku ini.cheewah!
Pertamanya, kerana rumah aku ini letaknya di tingkat satu. Haaa...tak perlu susah2 nak panjat tangga atau menunggu giliran menaiki lif di waktu puncak. Jalan kaki sahaja. Hanya beberapa langkah sahaja dari pintu masuk utama bangunan. Kasihan aku tengok tatkala Fadzil (yg tinggal di tingkat 6) dan Ammar (tinggal di tingkat 4) terpaksa panjat tangga pada waktu lif penuh. Keh2..mahunya beberapa minit diperlukan utk sampai ke rumah mereka. Letihkan kalau terpaksa menaiki puluhan hingga ratusan tangga setiap hari. Lif pun berjasa sebenarnya. Namun, kapasiti lif pada satu masa hanya 4 orang sahaja (Rusia ni harapkan keluasan negara je besar, tapi bekalkan lif kecil yg teramatlah sangat!). Sementelahan pula, andainya ditakdirkan berlaku kebakaran, senang sahaja utk kami menyelamatkan diri tanpa perlu menggunakan tangga (memandangkan "in case of fire, don't use lift"). Kesimpulannya, 110 sangat best! Tidak perlu menggunakan lif atau tangga utk sampai ke rumah dan juga menyelamatkan diri dari kebakaran. hehehe..~
Keduanya, rumah 110 ini merupakan satu-satunya rumah Malaysia di tingkat satu. (aku tak pasti sebenarnya jiran depan rumah aku ni orang apa..huhu~) Maknanya, kami tiada jiran2 yg kebiasaannya suka 'bertandang' untuk membuat 'pinjaman' barang2 seperti pinggan mangkuk, vacuum cleaner, selipar, kasut, dan macam2 lagi; namun belum tentu dipulangkan. Natijahnya, hilanglah harta2 tersebut. (kisah sedih ini adalah berdasarkan pengalaman rakan2 aku yg tinggal di tingkat atasan...aku juga bukan bermaksud yg kami ini berkira, namun pada 'tetamu2' tetap kami yg boleh diharapkan, sememangnya kami hulurkan bantuan) SYUKUR aku tidak tinggal dalam kondisi sebegitu. Maklumlah, jiran rumah aku adalah warga Nigeria. Nelly namanya. Nelly juga ada seorang anak lelaki yg bernama Paul. Kurang komunikasi antara kami dengan mereka. Kalau pun bertegur sapa, keadaannya bagai ayam dan itik berbalas cakaplah. Dengan broken English yg dia gunakan, secara perlahan2 kami cuba tafsirkan dan membina ayat yg sempurna. keh3. Namun tak mengapa, yg penting maklumat yg ingin disampaikan berjaya difahami. Tapi, pernah sekali Nelly meminjam dapur kami utk digunakan kerana dapur rumahnya tidak berfungsi. Hammmvoii!! Comot buat sementara dapur rumah kami hasil kerja Nelly dalam menyiapkan masakan tradisional Nigerianya bagi dijamu kepada tetamu2 yg datang ke rumahnya. Nasib baik si Nelly ini orang yg bertimbang rasa dan baik hati. Dia kemaskan dan bersihkan segala kotoran. Bersih dapur kami hari itu sangatlah tak terkata. Hinggakan berkilau2 lantai. Hahaha... Kesimpulannya, 110 sangat best! Dapat jiran yg tidak bermasalah.
Ketiganya, lokasi rumah kami di hujung bangunan. Tiada rumah di kanan rumah kami, manakala di sebelah kiri letaknya tangga kecemasan. Hanya rumah depan sahaja yg berjiran dengan kami. Keadaan ini memberikan suasana yg senyap, tenang, damai dan bebas dari muzik2 serta suara borak2 jiran tetangga. Sesetengah dari kawan aku di rumah lain boleh dikatakan setiap hari terpaksa mendengar 'orkestra' percuma atau pun terpaksa mengharungi 'mild earthquake' sbb jiran sebelah memasang set home theatre yg berdentum2 bunyinya. Kasihan mereka~~. Kesimpulannnya, 110 sangat best! Ketenangan yg berpanjangan dijamin.
Sebab seterusnya adalah kerana rumah kami merupakan rumah yg paling dekat dengan bilik awam; sebuah bilik yg digunakan sebagai bilik belajar, bilik utk jamuan, parti dan sebagainya. Maka, setiap kali majlis berbuka puasa, rumah terbuka hari raya, tahun baru cina, deepavali dan sebagainya, pastinya kami berlapan akan berpeluang menjadi manusia2 terpantas utk bertenggek mengambil makanan. hehehe...Syok sungguh! Kesimpulannya, 110 sangat best!. Lokasinya yg strategik bak Singapura berjaya mendatangkan limpahan rahmat kepada kami semua (huh melampau2nya metafora). **Dan kerana lokasi yg strategik inilah juga menyebabkan pak guard2 hostel SELALU datang bertenggek di rumah kami utk menumpang guna laptop dan internet. (hmmm..aku 'kureng' sikit dalam hal ini) Tapi tak mengapa, asalkan mereka tidak melampaui batas dan menghormati adab2 yg sepatutnya, apa salahnya bergaul dengan mereka. Sekurang2nya upgrade la sedikit level bahasa pertuturan rusia kami.
Aduuiihhh..banyak lagi sebabnya. Namun tak terdayalah tangan aku untuk menaip semuanya. hehe. Apa pun, entri ini sekadar gurau2 sahaja. Andai ada pihak yg terkilan dan terasa, ampun dan maaf dipinta (macam raya pula). Dan kalau wani205, fattini, KS, kak Amnah atau sesiapa sahaja yg ada terbaca entri ini, sila2lah tulis entri berkaitan hal ini. Nak juga aku tahu apa yg istimewanya dengan rumah kamu semua. Nanti bila senang2, boleh aku buat lawatan muhibbah. Hahaha. Baiklah, setakat ini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi di lain waktu.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
6 days ago
10 comments:
juden suke kalau dpat masuk umah saya.. tu maksud nye umah saya lg best dan unik.. hahahaha =P
~saYa di 202~
salam wbt
satu lagi sebab rumah 110 best...kerana ragam ahli2nya yg pelbagai dan juga sebab kepelbagaian kaum/suku bangsa ahli2nya. haha
ya rabbi. sempat lg tu puji2 rumah sndiri tak hengat donia! hihi. tp ks akui rumah kamu kecik skit. rumah ks ni pun kecik skit nk banding dgn rumah org lain kn. tp x pe. asalkan kita bahagia dgn ahli bait kita :)
jiran kamu tu namanya nelyn la. ks kawan dgn dia dh 2 thn lebih dh. anak dia Paul tu ada nama melayu tau. Azizi. ks yg kasi nama tu lepas paul lahir dulu. hihuuu :p n english dia bukannya broken tp almaklum je la kan. niger slang. kenalah biasakan kan. dulu, nak fahamkan dia sebut : i'll be back in a minute pun payah. bunyinya jd: i'll be bak ina minut. huu.. kelakar jgk kn. tp, yo! rock man :p kan?
velzevul: amboi..guna nama plik2 la plak si z*** ni. tp erm tak boleh kasi la..dia kene ahli2 bersekutu saja yg bleh baca. hehe.
202 dweller: hoho..rumah ku lagi syokz..haha.
shahrin: ada bumiputra, cina, english mix, french mix..hehe
ks: hehe..sekali sekala nak jugak masuk bakul angkat sendiri..body ringan katakan..keh2.. owh nelyn namanya..tak tau la plak...maybe sbb accent dia tu mengancam sgt..sampai xsampai maklumat time dia ckp2..haha.
.'orchestra percuma..muahaha.
.terasa jiran aku tu kalo die terbaca entry ni, nnt terus x pasang dah
(I wish);P
.nak baca book hatred n sincerity gak!
yess reza..i wish ur wish comes true..huhu~....sori, buku masih dlm dasar penswastaan lagi..belom sedia nak diwartakan sbg harta awam lagi..haha.
salam.
terkena serangan earthquake? haha.. apakah puncanya itu? hurm. apa pun judin, rumah ko, ko kata sangat best. rumah aku, aku kata : SANGAT BEST.
iyer..rumah wani pun best jugak. kluasan tu yg penting..syok sungguh!
Post a Comment