Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang
Jika tak ku temu kekuatan
Ku ratib semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera
Pernah terlihat serangkap ayat di atas? Pada aku, orang yg mahir nahu seperti Ahmad Fetri Yahya bijak melaramkan bahasa dalam menghasilkan secebis mahakarya seni seperti di atas. Langgam rangkapnya cukup indah dan tersusun dalam alunan Samudera ini. Aku di sini bukannya ingin mempopularkan Fetri Yahya, namun ingin menyelami apa yg ingin disampaikan olehnya. Karyanya pada aku seakan ingin mengiaskan tentang kesukaran setiap insan pada fitrah masing-masing dalam menempuh detik-detik seharian mereka.
Apa yang dapat aku simpulkan selepas mendengar lagu tersebut adalah:
* Siapkan diri seadanya sebelum memulakan sesuatu seperti belajar, bekerja dan sebagainya.
* Mantapkan jasmani jua rohani, kuatkan semangat dalam melakukan sesuatu.
* Andainya kegagalan menimpa di tengah jalan, jangan berputus asa.
* Teruskan berusaha hingga ke titik akhir, bukan hanya sekerat jalan.
Haha. Aku buat rumusan ini bukan kerana obses dengan lagu tersebut (walaupun lagu agak sedap didengar). Namun, ingin memastikan bahawa masa yg diluangkan utk mendengar halwa telinga ini tidak terbazir begitu sahaja. Aku mula terpikat dengan lagu ini setelah beberapa kali melayari laman blog senior aku di MRSM Pengkalan Chepa dulu, Adibah yang kini sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom. Alang-alang tersebut pasal Kak Dibah, aku ingin memberikan sedikit saranan buat anda semua agar melawati blognya andai ada kelapangan kerana pada aku, hasil karya yang diselitkan di blognya berbaloi utk dibaca. Sarat dengan nasihat dan teladan. Tahniah buat kak Dibah kerana berjaya mengarang bahan2 yg cukup hebat. Baiklah, aku undur diri dulu. Entri ini sekadar bersifat "mengisi masa lapang" sahaja. Haha.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
1 week ago
1 comment:
salam.
haha.
baru edit pautan2 laman dekat blog saya tadi, asingkan siapa yang aktif dan siapa yang ala-ala pasif.
saya masukkan URL blog awak dekat grup yang aktif.
kekalkan reputasi.
=)
meow~
Post a Comment