headline photo

Sunday, January 13, 2008

.:Selamat Pulang!:.

Hampir tiba! Tak sabar rasanya untuk bertolak ke London; sebuah kotaraya yang dikategorikan sebagai alpha world city oleh Globalization and World Cities Study Group and Network berdasarkan kiraan poin dan sekaligus meletakkan kota tersebut sama gah dengan New York, Paris dan Tokyo (kesemua 4 bandaraya ini memperoleh 12 poin). Sekadar untuk pengetahuan anda juga, Moscow di mana saya belajar sekarang ini berada dalam kelas beta world cities (dengan poin kumulatif 7), manakala Kuala Lumpur hanyalah sebuah gamma world city dengan hanya 4 poin. Namun tidak mengapa, ibukota kita itu sedang berkembang pesat dan tempoh transisi kepada taraf negara maju masih tinggal 12 tahun lagi yakni menuju tahun 2020. Relax.

Sebenarnya, tiada apa yang signifikan ingin aku coretkan pada entri kali ini. Sekadar ingin menambahkan koleksi entri bagi bulan Januari. Maklumlah, blog ini bakal sunyi untuk tempoh 2 minggu akan datang. Namun, sekiranya aku ada masa senggang di sana, insyaAllah akan aku perbaharui entri blog ini, barangkali juga dengan gambar-gambar ketika berada di sana kelak. Hehe.

Juga pada entri kali ini, aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakanku yang telah berjaya melepasi dugaan Microb test kelmarin. Pastinya tidak sia-sia kamu semua bersengkang mata setiap malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana apa yang aku dengar, ramai yang mendapat markah yang cemerlang untuk peperiksaan kali ini. Tahniah diucapkan sekali lagi. Kepada rakan-rakanku di Volgograd, khususnya Fahida, Matwe dan Labu, teruskan usaha mengulangkaji kamu semua. 3 subjek perlu dijawab untuk semester ini. Semoga berjaya hendaknya kamu bertiga. Dan kepada Fahida, tiket Emirates kamu sudah pun aku dan Shahrin poskan melalui DHL. Kata makcik di kaunter DHL tempoh hari, Isnin ini tibalah tiket tersebut di pintu rumah kamu. Kalau tiada sebarang surat Isnin ini, kita saman DHL. Hahaha.

Kepada Ili, Emy dan Zaim, SELAMAT PULANG ke Malaysia esok! Waktu berlepas khabarnya jam 5 petang dari Domodedovo International Airport. Semoga perjalanan kamu bertiga selamat sentiasa hendaknya. Kepada Ili, jangan membuli Zaim ketika dalam penerbangan. Haha. Wah, seronoknya dapat pulang ke Malaysia. Walaupun agak singkat percutian mereka di Malaysia, namun perasaan dapat bersama dengan ibu bapa dan kaum keluarga sememangnya tidak ada tolok bandingnya. :(

Sekian sahaja entri kali ini. Jumpa lagi di lain waktu.

4 comments:

shahrin salleh said...

salam
semoga mereka semua selamat sampai ke tanah air. juga buat kita yang bakal bertolak ^^

Anonymous said...

salam
hmm, cuba terangkan dengan lebih lanjut berkaitan pengelasan/pembahagian jenis2 bandar...apakah ciri2 bandar alpha, beta, mahupun gamma? macam menarik~

Hafizuddin Awang said...

sila baca sendiri di wikipedia. panjang lebar utk ditulis di sini. haha.

Anonymous said...

salam..
bestnya mg dh ada kat london 2..jg dr baik2 ha..teringin gak nak jejakkan kaki kat london 2..tp so far ekonomi xstabil lg..hehe..tgk2la ada rezeki tahun2 dpn..jg dr leklok kt sna..ja!~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails