Pagi-pagi lagi sudah ada peristiwa yg memang sukar aku nak lupakan. Bukan kisah sedih, tapi kisah yang agak melucukan tapi agak menakutkan.
Selepas bersiap dalam jam 10pg, aku dan Shahrin berjalan menuju ke arah Dekanat MMA utk menghadiri sesi kelas bahasa Rusia. Sedang asyik berjalan di bahu jalan sebelah belakang рынок (pasar), kami menghampiri sebuah kereta yang sedang berada di bahu jalan tersebut.
Selangkah menghampiri kereta tersebut, tiba-tiba keluar seekor binatang yang dinamakan anjing. Hahaha. Cuba teka apa reaksi anjing tersebut bila terserempak dengan kami? Lucu betul bila melihat anjing tersebut sedikit terlompat bila bertembung kami, dan kami pun apa lagi turut terlompat sama. Hahaha.Berdiri kami sepi di hadapan anjing tersebut. Saling memandang antara satu sama lain.
Selang beberapa saat, anjing tersebut mula menyalak tanpa henti seakan-akan sedang berleter kerana membuatkan dia terkejut. Lama betul salakannya (leterannya). Kebiasaan kalau kami bertembung dengan anjing, kami awal-awal lagi akan melarikan diri menjauhi haiwan haram tu. Namun kali ini kami tak dapat nak berbuat apa-apa kerana anjing tersebut berdiri tepat di hadapan laluan kami. Mahu tidak mahu, kami terpaksa tunggu sehingga anjing tersebut membawa diri agar kami dapat meneruskan perjalanan. Lama juga rasanya kami berdiri di situ dan terpaksa mendengar salakan garang seekor anjing. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya kami kalau-kalau anjing tu menerkam dan menggigit kami. Bukannya kami tak mampu nak lawan, cuma faham-faham lah haiwan tu kan haram. Malaslah nak samak-samak kasut dan seluar ketika musim sejuk ni. Leceh sedikit. Dengan takdir Allah, si anjing tu menjadi letih barangkali kerana asyik sangat menyalakkan kami dan seterusnya membawa diri. Hahaha.Padan muka kau anjing!
Maka selamatlah diri kami untuk hari ini. :p
Saturday, December 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuaca Terkini Moscow
Teman Sedunia
-
-
Hello world!1 year ago
-
-
Hello Again, World!5 years ago
-
Exotic fruits - #148 years ago
-
HO (versi jedi)9 years ago
-
Dengan Nama Allah10 years ago
-
-
Adored Wardrobe - Online Shopping Store10 years ago
-
01311 years ago
-
Apa bukti kita sayang ibu bapa kita?11 years ago
-
Hello!!!11 years ago
-
-
Movie Review | X-Men : First Class12 years ago
-
lyssande12 years ago
-
-
-
Melangkah Satu Tangga Lagi13 years ago
-
-
come back!!!13 years ago
-
MASAKAN KAMPUNG13 years ago
-
Eid Mubarak!!13 years ago
-
KSKB SG BULOH kini syurgaku.. =D13 years ago
-
Putus Cinta14 years ago
-
Testing .. i’m back14 years ago
-
Latest Interview14 years ago
-
Menukar Blog14 years ago
-
Pindah15 years ago
-
-
GRA- spidey3,playing arcade games16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Profil Peribadi
- Hafizuddin Awang
- Moscow, Moscow, Russia
- Я мыслю, следовательно существую [aku meragui, lantas ku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri]
Followers
Arkib
Popular Posts
-
Salam. Berdosa sungguh rasanya sebab lama sudah tak mengemaskinikan blog aku ini. Apa khabar anda semua? Selamat hari raya walaupun sudah se...
-
Assalamualaikum. Masuk minggu ini sudah hampir 4 minggu aku buat praktikal Hospital Kuala Krai (HKK). Di Kelantan, selain HUSM, hanya HKK da...
-
Aku berasa tergerak untuk menyuarakan pendapat peribadi mengenai isu penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran sains dan matematik (PPSMI)...
-
Semalam aku dan 5 orang yang lain (Shahrin, Zaim, Fadzil, Ammar dan Ili) ke The Great Moscow State Circus yang terletak di Vernadski Avenue ...
-
Macam biasalah, aku memang bersungguh kalau masuk bab alma mater. :p Senarai pencapaian SPM untuk MRSM dan SBP sudah ada di blog-blog umum....
-
Bye Cycle 1, Hi Cycle 2 Seminggu sudah cycle pertama telah tamat. Berlalulah subjek kesihatan awam, epidemiologi, ginekologi dan ophtamology...
-
Rabu lepas, aku kembali semula ke Moscow untuk meneruskan pengajian buat tahun yang kelima. Sebenarnya kelas sudahpun bermula seawal 1 Septe...
-
Majlis Konvokesyen MMA Kelas 2009 Tahniah! Tahniah! Cepat sungguh ya masa berlalu. Akhirnya, penantian mereka berakhir jua. Tamatlah sudah e...
-
Kawan-kawan sekalian, dengan gembiranya aku umumkan yang pada tahun ini, aku bakal beraya di Malaysia!! Aku dengan "sendirinya" m...
-
Sempena cuti musim panas ini, aku akan bercuti ke Singapura bersama keluarga. Sampai ke Malaysia pada 1 Ogos, dan berkunjung ke Singapura p...
9 comments:
anjing tu comel wei...dia xbersalah pn...ahaks
hoho. rajin lak update blog. 2 hari berturut-turut. update la sementara masa masih ada ni..hehe
tow2 lak anjing tu marah kat hang...faham bahasa anjing ek? ekeke
aku penah gak kena sakat ngan anjing mcm tu.siap nak lari ke arah aku lg.nak cabut x leh sbb atas pulau kecik.nasib baik la tuan dia marah.
farhan: haha, mmg gabra kan bila jumpa anjing kan? mcm hilang akal jap utk beberapa saat...hahaha..nasib baik ada tuan kan, kalo xde tuan tu xtau la jadi mcm mana... :)
anon: paham2 la kalo dah mimik muka anjing tu cam ngeri gile. sape la tak takut..haha..
bono: comel2 pun, haram juga hukumnya tsentuh binatang tu...malas la aku nak samak2 ni...so baik jauhkan diri je.
ahaha.. kalau jumpak anjeng.. member aku kata jgn lari.. nanti ada hormon lam badan kita byk dirembeskan yg akan buat anjeng tu lagi berani nk buat power depan kita.. ahaha.. apa punya theory la..
sejak bile bono ske anjing ni?
hormon pe? adrenalin eh? fight or flight respons daos?
samak kulit binatang.
huhu
comel weih ajing. sian anjing.
bak kate andy klo nak pijak taik anjing ke nak pijak mlayu. bek pijak mlayu tuh. hoho.
hehe..best citer ni..teringat lak kes sorang kwn aku kt cni..pg2 nk pegi kelas..ntah apa tarikan kwn aku 2 aku pn xtau sampai anjing yang diam tiba2 kejar dier..sampailah orang rusia yang lalu kat c2 tolong halaukan..xpasal2 member aku 2 xpg kelas ari 2..sibuk samak seluar dgn salji..huhu..kesian~!
Post a Comment