Bingkisan hati buat seluruh rakanku sempena Aidilfitri kali ini,
Sahabat-sahabatku,
Dalam meniti hari dan masa
Usahlah kalian terlalu leka
Sentiasa kalian ingat akannya
Dari mana asal jua usul kita.
Doaku sentiasa mengiringi kejayaanmu
Kemarahanku bukan tanda kebencianku
Namun ia sebagai tanda
kasih dan sayangku
Agar kalian menjadi orang yang berguna
Atas berkat dan usahamu...
Doaku agar pertalian wasilah yang terbina
Mengalir di tubuh kita senantiasa
Bersatu demi mengapai cita-cita yang sama.
Sempena lebaran yang menjengah,
Maafkanlah silap dan salah,
Kita sememangnya insan yang lemah.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin"
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
1 week ago
No comments:
Post a Comment