headline photo

Thursday, October 18, 2007

Matahari Tunggu Dulu!

Matahari tunggu dulu!
Usah terbenam lagi di kala aku derita,
Bertalu niat belum ku zahirkan seadanya,
Aku belum puas menikmati putaran penuh harimu,
Aku belum sempurnakan ibadat pada tuhanku,
Aku belum sempat siapkan urusan duniawiku,
Aku belum isikan ilmu sepenuhnya di dadaku,
Aku belum langsaikan hutang budi pada orang tuaku,
Aku belum belanjakan seafdalnya milikanku,
Aku belum bermaafan sesama seteruku,
Aku belum mengenali hati sesama sekutuku,

Matahari pergilahlah kamu!
Andai itu perintah Penciptamu di kala senja,
Namun umpama pedoman untuk hari muka,
Aku nekad memanfaatkan setiap detik anugerahmu,
Aku nekad menerjah kelalaian dari ibadatku,
Aku nekad tiada lagi penundaan dalam kerja harianku,
Aku nekad menatang bak minyak penuh segala ilmu,
Aku nekad mencurah kasih pada ibu bapaku,
Aku nekad mencari keredhaan dengan milikanku,
Aku nekad menjernihkan wasilah sesama seteru,
Aku nekad kenali hati budi sendiri sebelum sekutuku.

Matahari mulianya fitrahmu...
Menjadi ingatan pada kelalaian,
Andai tekad berjaya ku kotakan,
Syumul hidup sepanjang zaman,
Diterima orang hidup berkalangan,
Bak persona grata di mata umat jua tuhan...

7 comments:

lola said...

matahari tunggu dulu,,aku pun bernekad ingin berubah!sinarilah langkahku dgn cahaya mu.. =)
update me wth ur new sajak!gd luck!

fattnieniey said...

hebat.
ni yg aku tggu.
truskan bersastera!

shazwani adnan said...

Memang matahari sentiasa muncul. tanda ingatan permulaan hari baru..

macam nih, aku pon kene cepat2 berubah!!

Hafizuddin Awang said...

sama2 lah kita brubah. kekekeke.

mss said...

sajak yg mempunyai pengajaran. tq ^^

ili a.s~ said...

hahaha...x penah sangke jude leh mengeluakn bnd2 yg memberi pengajaran...hg xmo ikut ke nasihat sendr? :P
nway...update2 la slalu~
jgn malas2~

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Ustaz Judin.

best sajak ni. puitis n mendidik jiwa. nnti kita buat antalogi sajak sama2 ye ustaz judin. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails