H&M Di Moscow
Setelah bertahun-tahun aku menunggu (dan mungkin ramai lagi juga menunggu sama), akhirnya H&M berbesar hati juga untuk membuka cawangannya sulungnya di Moscow. Kalau sebelum ini, H&M boleh dikunjungi secara kebetulan sahaja tatkala kita melawat kota-kota Eropah yang lain seperti London, Vienna, Istanbul, Rom dan lain-lain lagi. Agak segan juga sebelum ini untuk mengakui yang kota segergasi Moscow ini tiada langsung H&M. Namun, bermula 13 Mac lepas, secara rasminya telah dibuka rangkaian kedai tersebut. Lengkap untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan remaja. Di mana? Letaknya di Leningradskoye Shosse 16, berhampiran stesen metro Voykovskaya (laluan hijau menghala ke stesen Recnoi Vokzal). Pandai-pandailah kamu semua mencari ye kalau teringin ke sana.
Sudah Beli Tiket?
Rakan-rakan di Moscow, sudahkah anda semua membeli tiket pulang ke Malaysia? Encik Sazzad meminta aku mempromosikan tiket-tiket agensinya, Alamin Travel sewaktu aku ke sana untuk membeli tiket salah seorang kawan aku baru-baru ini. Maaflah, aku tak suka Aeroservice sebab aku dan beberapa orang yang lain pernah ada sejarah hitam dengan si Azzad Aeroservice tu. Habis tiket KLM aku bertukar rupa jadi Qatar Airways di saat-saat akhir sewaktu mahu pulang ke Malaysia pada tahun 2007. Geram sungguh rasanya.
Kata si Sazzad Alamin, agensinya cuba mempromosikan Japan Airlines yang harganya lebih kurang sama dengan Emirates. Dan yang lebih bagus dari Emirates adalah waktu transitnya di Narita Airport cuma 4 jam berbanding Emirates dan Qatar Airways yang agak lama durasinya. Jadi, kepada sesiapa yang sudah bosan untuk transit di tanah arab, apa kata beralih selera kepada negara matahari terbit ini. Walaupun tidak boleh keluar dari Narita Airport melainkan ada visa, dapat jejakkan kaki ke sana pun sudah dikira memadailah. hehehe. Naik boeing 777 ye rakan-rakan.
Tuntas: Tahniah buat DS Najib Tun Razak atas perlantikan beliau sebagai perdana menteri Malaysia ke-6.

"konsumer Moscow yang begitu jakun kerana belum pernah didedahkan kepada produk H&M sebelum ini...hahaha!"

2 comments:
bes giler puok mung judin.
leh rase mcm2 airlines.
aku balik sekali je tahun lps.
rasa naik Cathay..not bad la..
blk for good 2010 nanti mesti kena naik MAS..
naik cathay?? oo korang balik ikut route trans-pacific? hahah selama ni aku ingatkan korg guna jalan jauh ikut laluan benua afrika dan lautan hindi. haha troknya pengetahuan ku. hehe.
Post a Comment