headline photo

Monday, August 18, 2008

.:Cuti-Cuti 2:.

Hujung minggu yang berikutnya pula pergi Cameron Highland, juga bersama keluarga. Hmm, tak sejuk sangat pun. hehe. Apa yang ada di sana? Kebanyakannya pusat penanaman sayur, buah-buahan dan bunga2. Jadi, kalau anda mahu membeli sayur2, buah2 dan bunga2 yang segar terus didatangkan dari kebun, maka bolehlah bertandang ke CH ini. Pada aku, tiada sebarang x-factor pun di sana. Manakan tidaknya, suhu pun sudah tidak sesejuk dulu. Dulu sewaktu aku pergi 6 tahun lalu, agak sejuk juga suhu di sana. Seronoklah juga rasanya dapat merasa suhu sejuk sekali sekala. hehe. Akan tetapi, di sana begitu ramai pelancong2 tempatan. Kebanyakannya yang datang dengan rombongan sekolah dan universiti. Kebanyakan kawasan parking pun dipenuhi dengan bas-bas rombongan, lantas menyempitkan laluan untuk kenderaan lain. Tapi tidaklah sampai ke tahap kesesakan lalu lintas. Masih boleh bergerak lancar rasanya.


Di cactus farm.

Banyak juga tempat yang aku pergi. Selain dari pusat2 jualan di sana, aku juga turut pergi ke cactus farm, strawberry farm, taman agroteknologi mardi (haha macam lawatan sekolah pula) dan yang paling wajib untuk dilawati adalah ladang teh. Kalau bergambar dengan gaya tangan peace (typical asian haha) di ladang teh, pasti orang yang tengok gambar tu tahu yang kita ni pernah pergi ke Cameron Highland. Aku pun bergambar juga di sana but for sure no peace sign la. haha. Kebanyakan tempat percuma untuk dilawati kecuali taman agroteknologi Mardi yang mengenakan sedikit bayaran. Cuma RM3 sahaja untuk dewasa. Pelajar pula RM1.50. Janganlah kedekut sangat kerana taman tersebut penuh dengan pelbagai jenis sayuran, buah2 dan bunga2. Menariklah juga untuk dilawati.



Dan sudah pasti di ladang teh.



Niece ku di taman agrotek mardi.



Minggu depan aku akan kembali semula ke Moscow. Dalam hati mahu saja aku suruh negara Georgia tu membedil Moscow. (isk tak baik sungguh aku ni!) Dapatlah cuti darurat. Boleh tinggal lama sedikit di Malaysia. Tapi kalaulah Moscow diserang sewaktu aku dan yang lain2 di sana, habislah! Mintak2 dijauhkanlah.

p/s: Selamat Pengantin Baru buat ketua usrah aku; saudara Rafeeq Azlan dan isterinya Nurul Asikin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan semalam (17 Ogos 2008). Juga tidak lupa kepada kakak kepada si cilik Atiqah Asbi yang melangsungkan perkahwinan pada 16 Ogos 2008. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu hendaknya.

20 comments:

Farhan said...

nauzubillah la perang2 ni Judin..
moga tiba di Moscow dgn selamat dan terlindung dari bencana perang

Hafizuddin Awang said...

hehe tu skadar mainan bisikan hati yg malas untuk pergi ke sana. kalau boleh mintak2 jauh la. insyaallah takde apa2.

Anonymous said...

Wah,Judin juga berkesempatan untuk mengayakan baju t-shirt kelabu uefa moscow! trend terbaru pelajar2 rusia balik bercuti summer ini, hehe.

See u in singapore!!!

Anonymous said...

salam
doakan supaya kekal sehingga ke akhir hayat la, xkan la sampai anak cucu je....
hoho. comel tul iman skan ek. dah besar. xletey ke angkat tu? ke utk posing semata2? hehe
pepun, siapakah yg bernasib malang yg terpaksa menjadi photographer itu? ekeke (^^,)

Hafizuddin Awang said...

mr reza,
haha aku xbawak balik bnyk sgt baju ke msia. tu tpaksa pakai baju tu. kalo ikut hati cam tak mau je pakai. cam poyo smcm je. haha.

Hafizuddin Awang said...

shahrin, adik aku yg jadi jurufoto. dia jauh lebih bbakat dr mung. haha. xperlu ajar bkali2. kekeke.

Raihan Mahmood said...

Ohoo..juedyn!

Hafizuddin Awang said...

misyue's, misteri sungguh identiti anda. siapakah diri anda yg sebenar? plissss bgtau..hehe.

Raihan Mahmood said...
This comment has been removed by the author.
.:dura:. said...

go back to moscow soon??
dont go back..come back..
hehe.. naik flight kat s'pore ke??

Hafizuddin Awang said...

ye dudu, naik singapore airlines. dudu, sy xbeberapa cam ni dura yg mana satu. ni dura ex-pt ke?

.:dura:. said...

oo..bkn2.. ex-pt pun sy x tao apa...
ni dura lain..

Anonymous said...

ehem2..kakak2 sy mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda atas ucapan dan doa yang dititipkan.selamat pulang ke Moscow =)

Hafizuddin Awang said...

jutaan sama2 buat kakak atyqah. :)

Anonymous said...

salam judin.

ks pun ada ke CH cuti dulu. waktu tu on the way nak ke ipoh utk program homestay di perkampungan orang asli tu. CH dah tak semengancam dulu. ks ke sana melalui gua musang. kebetualn ayah ks ada kerja di jerantut-kuala lipis-g.musang-CH, dapat la kami merasa lalu di Lojing. 1st time tgk lereng bukit di Lojing, mak aih. majunya dah kawasan tu.

ups. sorry panjang plak. pointnya, ks nak cakap yg kelantan ni sebenarnya sgt berpotensi nak menjadikan pertanian secara moden sebagai sumber ekonomi. bila tgk Lojing dan sistem penanamannya, rasa mcm tgk rumah hijau di moscow yg ks tgk dlm dokumentari. syabas la ye utk org2 kelantan ;)

Sabriza Hassan Assa'ari said...

owh owh,judin sudah berubah!!
lama amat x dgr khabar tibe2 tercome across ur blog. no wonder d name hafizuddin awang sounds so familiar first2 nk bace blog ni.gheee.

owh n hye judin!! :)

shalin said...

akum..

tuh isya kan?

Hafizuddin Awang said...

wslm. ye btol. eh mcm mana tau ni?

shalin said...

hihi..sbb pnah jumpe die..pnah maen same die..she's adorable..comei jek..kikiki..i am her mummy's friend..kat sekolah..huhu..

Hafizuddin Awang said...

yes, she's adorable but gradually becomes naughty. huhu~.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails