Assalamualaikum wbt.
Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Di kesempatan ini, aku ingin memohon sejuta kemaafan dengan sesiapa yang aku ada terbuat dan membuat kesalahan samada secara zahir mahupun batin. Semoga kemaafan yang diberi bakal memberikan harapan baru dalam persahabatan antara kita.(erk?!)
Sempena Aidilfitri di Moscow pada esok hari, muslimin dan muslimat batch aku (bukan semua) telah berkumpul di rumah 205 (rumah KS) untuk melaungkan takbir raya beramai2. Syahdu dan sayu sungguh suasana di sana tadi. Maklumlah, masing-masing teringatkan kaum keluarga dan sanak saudara yang jauh berada di Malaysia. Sedih pula bila teringatkan yang aku ni sudah 4 tahun tidak beraya di Malaysia. Sudah lama tidak bersalaman dengan mak abah memohon maaf di pagi raya. Dan bagi anak2 muda seperti aku (muda ke??), duit raya mestilah dapat. Kalau dulu2 sewaktu kecil, pagi2 lagi sebelum ke masjid untuk sembahyang raya aku sudah serang rumah2 jiran. Pergi makan kuih2 sikit2 untuk menjaga hati tuan rumah, dan kemudiannya menunggu untuk diberikan duit raya. Wah, seronoknya! Tak sabarnya nak habiskan course pada 2011 nanti untuk merasai kembali pengalaman sebegitu rupa.
Oh, sempat juga aku kepilkan beberapa gambar sewaktu majlis laungan takbir tadi:
2 comments:
salam
selamat hari raya aidilfitri diucapkan. moga amalan-amalan kita pada bulan ramadhan yang lepas diterima Allah swt, insya Allah.
slamat hari raya kembali (walaupun kita dah wish bribu kali sesama kita).
Post a Comment