Selamat Hari Raya cik Fatt.
Majlis sambutan Aidilfitri di kedutaan pagi tadi dimulakan dengan solat sunat seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Selesai solat, ada jamuan 'ringkas'. Dengan konotasi 'ringkas' membawa maksud benar-benar ringkas kerana sedikit sahaja jumlah peruntukan makanan yang disediakan untuk para pelajar. Ramai antara kami yang tidak sempat untuk menjamah makanan. (aku sempatlah!) Mungkin kerana lebih makanan diperuntukan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran SMSA juga di kedutaan pada jam 4 petang pada hari yang sama. Sememangnya rumah terbuka SMSA petang tadi sungguh meriah. Meriah dengan makanan, kerana jumlah makanan pula melebihi jumlah hadirin. Dan aku pula sangat kecewa kerana tidak ke rumah terbuka tersebut kerana aku jangkakan pasti ramai orang tanpa mengira kaum akan ke sana. Ternyata meleset sangkaan aku. Dah la tu, makanan favourite aku turut dihidangkan. Apa lagi kalau bukan kambing sula bernasi (maaf aku tak tahu apa sebenarnya nama hidangan tersebut). Sememangnya nasi kambing sula tu sangat sedap! Ruginya aku tak ke sana tadi.
Apa2pun, suasana di pagi raya tadi sama seperti raya tahun2 yang lepas. Bezanya, tahun ini kedutaan dibanjiri dengan juniors yang hampir kesemuanya aku tak kenal. Selesai jamuan ringkas, terus semua orang ke foyer dan ke laman kedutaan untuk bergambar dengan baju baru masing2. Oh, sebut pasal baju2 ni, teringin pula aku nak jadi pemerhati fesyen sepertimana aku buat dalam entri raya tahun lepas. Hmm, siapakah sasaran kita ya pada kali ini? Apa kata kita mulakan dengan Fareena. Dia kata bajunya kali ini ditaja oleh Radzwan Radzwil. Tapi aku kata, erm kau teruskanlah angan2 kau tu Fareena. Fareena tahun ini tampil dengan satu set chiffon warna-warni, tapi macam terlalu vibrant dan meriah sangatlah. Tapi tak mengapa, sebab function kali ini adalah raya, maka sesuailah elemen meriah yang Fareena tampilkan. Emy pula memilih set kebaya jingga. Wah, garang sungguh pilihan kali ini. Namun, dengan pemilihan tudung yang sedondon dengan kain, Emy tampak bagai gadis Melayu sejati. Dengan warna yang sebegitu, pastinya Emy senang untuk outshine rakan2nya yang lain.hehe. Ha, Rafidah pula. Kalau tahun lepas, dia menjadi juara untuk kategori baju paling penuh dengan sulaman dan kerawang. Tapi tahun ini langsung tiada kerawang. Plain, tapi tumpuan utama pakaian adalah pada tali2 kelarai pengikat baju bagi menggantikan unsur bunga-bungaan yang sememangnya cukup tipikal untuk stail kebaya. Ili pula memilih untuk kelihatan plain. Bukan plain dalam cara yang tidak cantik, namun plain yang menenangkan. Dengan corak bunga larik kelabu yang tidak terlampau padat, dikenakan pula dengan tudung yang sedondon dengan bunga2 baju, Ili tampak syahdu dan tenang di pagi raya. Memang bolehlah naik ranking untuk kalahkan Wani dan Murni (rahsia Group 8 je..hehe). Hmm, okaylah, aku dah mengantuk. Esok cycle baru akan bermula. Cycle kali ini memperuntukkan subjek Therapy, Dermatology, Hygiene, X-Ray dan tidak lupa Russian Language. Andai ada terkasar bahasa, aku mohon maaf ya. Jumpa lagi.
12 comments:
wow. glamour I ! haha!
fattini, u mmg glemer sejak azali lagi. undeniable!
selamat hari raya judin.
uiks. jamuan raya petang semalam anjuran pihak kedutaan la sayang. bukan SMSA. hehe. nama nasi tu nasi kambing arab.
tak sempat pun jumpa kamu semalam. ks shining2 golden2 gitu. hehe. sekali lg, selamat hari raya =)
eh eh, sy tgk iklan kat board hostel kata smsa yg organize. tak sgka plak embassy yg organize. oo smsa tumpang glemer yerr?? hehe. ks ni, pakai shining2 pun sy xdpt cam. maybe shining sgt kot sampai mata sy silau dan trus x nampak. kekeke.
-hmm.suasana pagi raya di kedutaan m'sia memang tipikal- sesak dan kudapan raya yang tidak pernah mencukupi. walaupun dapat merasa semua juadah [ironi sungguh], sungguh lucu apabila difikirkan mereka [pihak kedutaan] bilang tetamu tidak sebegitu lapar selepas solat raya berbanding pada pukul 4 pm?!! sekaligus memberi gambaran palsu makanan pasti tidak mencukupi ketika jamuan pada sebelah petang.gimik licik ini seharusnya aku gunakan jika menganjurkan rumah terbuka dalam budjet ketat nanti!hehe.
-sempat lagi kamu memerhati baju/kasut/tas tangan rakan-rakan untuk raya kali ini.aku tunggu sahaja mereka memuat naik gambar-gambar di rangkaian perkawanan lain seperti di 'muka-buku'.lebih mudah memberi komen jujurku di khalayak ramai.haha!
ks sgr suka baca komen2 reza yg terkini. bahasanya hebat! hehee ;)
barangkali reza boleh direkrutkan ke GKLN. kemudian kita tubuhkan sayap GKLN cawangan Rusia. jadikan GKLNR satu pertubuhan seni yg pertama di rusia, lantas membedakan dari ppim, kumosc dan smsa. hehe.
mungkin ada benarnya klu kerajaan m'sia bt Malaysia Hall kat Moscow... =) salam lebaran...
slamat hari raya dudu. akhirnya, ada gak org nak ambil tahu pasal malaysian hall kat moscow. trima kasih buat dudu.
judin, rancangan yg bagus!
slmt hari raya!!
p/s: eja nama aku salah.lama da nak tegur =p
slamat hari raya juga buat mung rehe. sila pos beskut raya kat aku. ks, jom kita tubuhkan GKLN-R. pastu lepas ni kita pi rekrut seramai yg mungkin utk join. hehe.
Post a Comment