Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang penuh keberkatan.
4 hari lagi Aidilfitri akan menjelma. Sekali lagi tarikhnya jatuh awal sehari dari Malaysia, yakni pada 30 September. Dan pada tahun ini juga, pihak kedutaan 'gagal' mendapatkan cuti bagi pihak pelajar2 Malaysia di sini. Pada firasat aku, mungkin untuk mengurangkan jumlah hadirin pada open house raya di kedutaan nanti (sekadar gosip liar). Maklumlah, selepas mendaratnya 3 buah kapal terbang yang membawa pelajar2 tahun pertama di bawah tajaan MARA, JPA dan Angkatan Tentera Malaysia minggu lepas, dianggarkan jumlah rakyat Malaysia di sini hampir mencecah 2000 orang. Ramainya! Macam pisang goreng panaslah jawabnya sambutan terhadap tiket2 untuk pulang ke Malaysia nanti. Akan cepat habis dan bertambahlah keuntungan Alamin dan Aeroservice (aku anti yang ini!) nampaknya.
Oh, lupa pula untuk menghadiahkan pujian kepada Sechenov Medical Students Association (SMSA) kerana telahpun bergerak secara proaktif sejurus sahaja keputusan pilihanraya diumumkan. Jauh lebih proaktif dari SMSA dibawah kepimpinan sebelum ini yang aktivitinya ibarat hidup malu, mati tak mahu. uuhh agak kasar bunyinya. Maaf ya pemimpin terdahulu. Diharapkan agar kepimpinan saudara Shahrul Faiz dapat menjaga sepenuhnya kebajikan pelajar2 MMA di sini. Kalau boleh, SMSA sila buka kaunter pendaftaran dan pembayaran hostel di Spartivnaya Hostel ya? Tak perlulah kami berhempas pulas dan hampir lemas dilenyek pelajar2 asing yang jauh kurang santunnya di dekanat semata-mata untuk menyiapkan urusan hostel dan visa.
Cycle 1 untuk autumn semester sudah hampir tamat. 30 September ini tamatlah sesi Neurology, Obstetrics dan Endocrinology bagi kumpulan aku. Pening sungguh belajar Neurology, namun tidaklah begitu membebankan seperti Biochemistry dan Pharmacology. Obstetrics pula sangat menarik! Dapat pula cikgu yang sangatlah baik hati dan hospital belajar pula berdekatan dengan hostel. Setiap sesi Obs kami dapat melihat kaum ibu melahirkan anak2 mereka samada dengan cara normal mahupun secara Caesarean section. Pernah juga kami melihat proses pengguguran (abortion) bersebab dijalankan, serta fetus yang mati dalam kandungan kerana hydrocephalus. Pada mulanya, aku agak kekok untuk menyaksikan semua itu. Namun, lama kelamaan dapatlah sesuaikan diri dengan semua itu. Kenalah kuatkan semangat. Itu baru sahaja jadi penonton, nanti bila dah kerja kelak, aku yang kena buat sendiri kerja2 tersebut. Lagilah mencabar. Sesi Endocrinology pula lebih santai; jauh lebih santai dari subjek2 yang lain. Oh, anda perlu tahu bahawa bermula sesi tahun keempat, semua kuliah akan diadakan dalam bahasa Rusia. Maknanya kami akan berada di dewan kuliah bersama-sama pelajar dari Russian Medium juga. Agak seksa juga untuk mengikuti kuliah dalam bahasa Rusia. Memerlukan kesabaran sedikit untuk kita mentafsir kosa kata yang tidak difahami.
2 hari lepas, barang2 hari raya aku tiba dari Malaysia. Harap saja menggunakan Pos Laju, namun 3 minggu juga masa yang diambil untuk sampai ke sini. Bukan salah Pos Malaysia, namun salah pihak kastam dan pos di sini. Banyak sangat karenahnya. Sebelum tahun 2007, laju sahaja penghantaran dari Malaysia. Selepas lebih kurang 5 hari, tibalah barang yang dihantar dari Malaysia. Tapi tak mengapalah, asalkan tiba semua barang2 tu pun dah cukup baik. Dapat biskut2 raya, stok2 masakan dan yang paling penting labcoat baru (rekaan sendiri lagi). hehehe. Namun, aku lebih menyukai labcoat rekaan aku yang pertama kerana lebih cantik dipandang (masuk bakul angkat sendiri la ni...teruk betul). Cuma sekarang ini, 2 kotak barang2 yang aku pos melalui laut sejak Julai lagi masih belum tiba. Biasanya, pos secara kargo memakan masa lebih kurang 2-3 bulan. Maka, antara bulan ini dan bulan hadapan, barang2 aku tersebut perlu sampai!!!
Semalam sempat lagi kami mengadakan majlis berbuka puasa satu kumpulan. Aku dan Shahrin masak ayam percik, maklumlah sudah ada oven baru, senanglah sikit nak bakar ayam. Aslilah sedikit rasa ayam percik tersebut. Wani pula sediakan minced meat berbalut telur (peliknya?) namun rasanya sangat memuaskan perut yang lapar setelah seharian berpuasa. Yang lain-lain pula menyediakan kentang goreng dan venice salad (yeke?). Makan ala kadar saja. Takdelah grand sangat majlis kami tu. Bukannya open house pun. Kami bersepuluh saja yang makan.
Rasanya dah panjang sangat kot aku melalut ni. Ujian neurology bakal menjengah isnin ini. Buku neuro belum lagi dibelek dibaca. Maka, perlu dilakukan sekarang. Jumpa lagi di lain waktu.
سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين
5 comments:
salam judin.
wah. lawa. biru yg tenang dan redup. tentang SMSA, betul. ks setuju. makin proaktif n mantap. semoga SMSA makin mantap di masa akn dtg.
selamat hari raya judin. maafkan ks sepnjang 3 thn kita kenal ni ye =)
salam ks. rasanya ks adalah antara senior yg paling baik dan banyak menolong pernah sy knal. slamat hari raya juga buat ks. maaf zahir dan batin andai ada tkasar bahasa dan tingkah laku.
salam judin
hoho.blog anda mengalami makeover yang menarik.hampir tertekan butang kembali kerana kuathir salah masuk laman web enviromentalis air.
.ya tutor obstetriks di hospital kita amat baik dengan membenarkan pelajar-pelajarnya beraya tahun ini.aku, pada awal cycle, sudah terbayang kehibaan suasana raya di kelas sambil memakai 'skrubs' baru dan diisi dengan jertian bakal-bakal ibu dan tangisan bayi yang baru lahir.
environmentalis air? sebaiknya sayangilah bumi kita. haha.
waah reza pun dah jadi baku ye skrg? kekekeke. selamat hari raya mr rez. nanti pi la embassy. kalo x, sia2 je la pmohonan cuti kita.
salam
lawa sangat ke labcoat baru rekaan sendiri tu? upload la gambar di PG ni, buat tatapan yang lain. hehe
pepun, selamat bersedia untuk zachyot neuro. hmm, rasanya untuk subjek endocrinology pun ada zachyot juga, tetapi apasal tidak ditekankan pula??
Post a Comment