Assalamualaikum wbt.
Pernahkah anda terfikir apa maksud derma? Kalau mengikut Kamus Dewan keluaran DBP yang terbaru, ada 3 askripsi asas untuk takrifan perkataan tersebut:

- sumbangan, bantuan, pemberian, sedekah, khairat, hadiah, cenderamata
- pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; bantuan wang kepada kumpulan (yayasan dan lain-lain)
- bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas, sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain)
Aku yakin bahawa mana-mana pelajar Malaysia yang berada di Moscow sekarang sudahpun cukup lengkap ilmu nahu dan mantik yang diajari sejak bangku sekolah rendah lagi. Masing-masing pastinya boleh mengerti maksud derma tersebut.
Namun, ada seorang pelajar (namakan A) di sini (yang cukup matang 'lagak' dan fikirannya pada hemat aku) menganjurkan sesi kutipan derma untuk satu majlis C di Moscow anjuran sebuah gerakan bebas yang menaunginya. Ironi yang pertamanya, bukan dia pun yang bertugas untuk mengutip derma, namun disuruh pula orang lain (namakan B) mengutip derma untuk gerakan tersebut. Sememangnya B tidak membantah kerana sebahagian besar kami di sini berada di bawah sayap gerakan tersebut. Apa salahnya kan kalau membantu sekali sekala, tambahan pula, boleh dapat pahala. :) Namun, dengan struktur kewangan sesetengah pelajar yagn tidak beberapa stabil, dan difahamkan pula kutipan tersebut sekadar DERMA untuk majlis C, ramai yang memilih untuk tidak menghulurkan duit. (untuk pengetahuan A, aku DERMA duit dan bahan masakan juga ok! --hmm terpaksalah menghilangkan pahala derma demi membuktikan pada A bahawa kami turut menderma). Ironi yang kedua pula, setelah kutipan dibuat dan hasilnya kurang memberangsangkan, diwar-warkan pada kami bahawa derma tersebut seakan-akan wajib dibayar. B yang sudahpun tidur terpaksa sedarkan diri untuk mendengar "kuliah" berbentuk "pesanan yang mengancam" melalui panggilan telefon. Hmm sudahlah minta tolong dari orang yang bukan dari kalangan ahli majlis tertinggi yang sepatutnya bertugas mengutip derma, ini lagi dimarahnya pula si B itu.
Untuk memastikan majlis C anjuran gerakan tersebut berlangsung dengan jayanya, sesetengah dari kami di"tugas"kan untuk menggembleng tenaga melakukan beberapa bentuk persiapan. Bisinglah pula pihak yang ditugaskan untuk membuat persiapan yang memerlukan kemahiran yang cukup tinggi. Alasannya, mereka langsung tiada kepakaran untuk melakukan persiapan tersebut, dan ternyata hujah mereka benar kerana aku sangat mengenali mereka. Dan timbul pula warna warta yang menyatakan bahawa ada pihak yang menuduh kami tidak boleh diharapkan kerana beberapa pihak tidak membuat kerja. Si A siap cakap secara maya (di internet) lagi bahawa pe"muda"-pe"muda"nya mula menunjukkan "ketidakpandaian". Waah, cukup melampau. Kalau betullah taakulan aku yang pihak tidak membuat kerja merujuk kepada pihak "kami", mengapa tidak bersemuka dengan kami dan berikan saja tugasnya. Inikan cukup ironi, kerana belum pun tugas diberikan, sudah pun melabel kami sebagai orang yang tidak boleh diharapkan. Sedangkan kami pun sebelum ini turut terlibat SECARA LANGSUNG dalam menganjurkan majlis-majlis sebelum ini. Ingin aku bertanya tentang majlis iftar PPIM sebelum ini, apa tugasan yang telah pihak A lakukan? Pihak kami yakni B dan rakan-rakannya ada terlibat, siap ke Ashan City lagi. (tengok, hilang lagi pahala - namun tak mengapa, asalkan dapat menyedarkan pihak A).
Pesanan ikhlas sempena Syawal buat A dari kami dan beberapa pihak kami yang bersekutu, janganlah kerana perangai anda yang best itu, rosak habis nama baik gerakan tersebut. Gerakan itu kepunyaan semua, bukan milik peribadi anda. Kasihan nanti saudara presiden terpaksa menanggung kesan calar yang anda hasilkan. Apa-apa pun, aku harap majlis C berlangsung dengan jayanya. Kalau ada yang kami boleh tolong, sila beritahu. Kami sedia membantu. Jangan main serkap jarang saja. Harap perkara ini tidak dibesar-besarkan dan tidak berlanjutan sehingga timbul pula pergaduhan yang tidak diingini. AMPUN MAAF dipinta sekiranya ada pihak yang terganggu dan terguris perasaan dengan hasil pembacaan kali ini. Semua orang pernah, sedang dan bakal melakukan kesilapan termasuk aku pun. Kita tidak sempurna. Terima kasih. :)
Peace.

2 comments:
ada satu lg mksd DERMA...sekolahku DERMA! kekekeke jgn marah jude
ye...
sokong ngan anda.
org itu ptt cakap baik2...yelah nak mintak tolong cakaplah elok2...org pun senang hati nak tolong...apa pun tahniah! majlis dh pun bjaya
jude! nak gamba td~
ye tahniah buat mereka sbb majlis dah bjaya. :)
Post a Comment