"Bak membelah kepayang muda; dimakan mabuk, dicampak sayang". Begitulah perumpamaan yg sesuai utk mengisahkan rasa serba salah kami sekumpulan (Group 8) hari ini samada utk pergi ke hospital di Taganskaya atau tidak. Seperti biasa, kami terpaksa bangkit dari tidur lebih awal sedikit berbanding hari-hari minggu yg lain kerana pd jam 9pg, kami mempunyai sesi General Surgery di hospital yg letaknya di Taganskaya. Jadi apa yg membuatkan kami rasa serba salah utk pergi ke sana? Pertamanya, jarak perjalanan kami ke hospital tersebut mengambil masa hampir 40minit dengan menaiki Metro (underground train); maknanya jauhlah jaraknya dari hostel kami. Kalau perjalanan terus tanpa henti tak mengapalah, tapi kami terpaksa berhenti di stesen Park Kulturi, sebuah interchange station utk menaiki train di line yg berlainan. Pada awal pagi, jumlah penumpang yg melakukan pertukaran stesen sangatlah ramai (ramai yg teramatlah sangat!), sehinggakan kami kadang-kadang terpaksa menggunakan sepenuh tenaga utk mengharungi selautan manusia di sana. Awal-awal lagi sudah letih, belum lagi sesi berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit dari stesen Taganskaya ke hospital. Tuntasnya, perjalanan ke sana sangatlah membebankan. :(
Keduanya, kelmarin kami dimaklumkan oleh Group 7 bahawa sesi General Surgery mereka dibatalkan atas alasan ruang kelas mereka sedang dinaiktaraf. Akibat ketiadaan tempat utk belajar, maka mereka dibenarkan pulang. Awal-awal lagi kami sudah membuat andaian bahawa kelas kami juga mungkin turut dibatalkan. Walaubagaimanapun, doktor kami (Dr. Ivakov) bukannya boleh diduga. Mungkin beliau ada cara lain utk mengatasi masalah tersebut. Kami pada malamnya sibuk berdiskusi samada mahu pergi atau tidak. Kalau tidak pergi atas andaian kelas dibatalkan, buruk padahnya kalau ditakdirkan kelas masih diteruskan. Dan kalau pergi, terbazirlah tenaga andainya kelas dibatalkan.
Namun, kami terpaksa akur dengan tugas kami sebagai pelajar. Terpaksalah jua pergi ke sana. Tiba di sana, kami pantas dimaklumkan oleh doktor bahawa bilik peribadinya yakni tempat kami belajar tidak dapat digunakan kerana bakal dibaikpulih sekejap lagi. Kecewa bercampur gembiralah kami. Kecewa kerana terpaksa pulang semula tanpa belajar apa-apa, dan gembira kerana ujian berkenaan Trauma dapat ditunda. Begitulah hikmah yg tersisip dalam dilema pagi kami tersebut. Namun, utk minggu yang berikutnya, jika hospital masih belum lagi siap dibaikpulih, insyaAllah kami TAK pergi. Hahahah...
Setibanya di rumah, aku membuat panggilan kepada abah di Malaysia. Katanya, sekarang musim tengkujuh di Kelantan, dan air sudah melebihi paras jalan raya di sesetengah tempat di Kuala Krai (daerah aku). Katanya lagi, hari ini beliau tidak pergi ke hospital utk bekerja. Tanyaku kenapa. Jawabnya kerana terputus hubungan antara rumah aku dengan hospital kerana jalan raya di satu tempat dinaiki air. Maka, bersantai rehatlah abah keseorangan di rumah kerana emak aku pula sedang terkandas di hospital kerana terlewat sedikit utk pulang dari kerja sebelum air mula melimpahi jalan raya. Terpaksa tidur di hospital pada malam itu. Lucu pula mendengar kisah mereka, namun, isu banjir bukanlah isu yg boleh dipandang remeh. Akan tetapi, apakan daya, semuanya telah diatur tuhan. InsyaAllah, esok lusa redalah banjir agaknya. Doaku agar kedua-dua orang tuaku sihat senantiasa lebih-lebih dalam musim tengkujuh yg sedang melanda. :)
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuaca Terkini Moscow
Teman Sedunia
-
-
-
Foxy pena1 year ago
-
Hello world!3 years ago
-
-
Exotic fruits - #1410 years ago
-
HO (versi jedi)11 years ago
-
Dengan Nama Allah11 years ago
-
-
Adored Wardrobe - Online Shopping Store12 years ago
-
01312 years ago
-
Apa bukti kita sayang ibu bapa kita?13 years ago
-
Hello!!!13 years ago
-
-
Movie Review | X-Men : First Class14 years ago
-
lyssande14 years ago
-
-
-
Melangkah Satu Tangga Lagi14 years ago
-
-
come back!!!15 years ago
-
MASAKAN KAMPUNG15 years ago
-
Eid Mubarak!!15 years ago
-
KSKB SG BULOH kini syurgaku.. =D15 years ago
-
Putus Cinta16 years ago
-
Testing .. i’m back16 years ago
-
Latest Interview16 years ago
-
Menukar Blog16 years ago
-
Pindah17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Profil Peribadi
- Hafizuddin Awang
- Moscow, Moscow, Russia
- Я мыслю, следовательно существую [aku meragui, lantas ku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri]
Followers
Arkib
Popular Posts
-
Salam. Berdosa sungguh rasanya sebab lama sudah tak mengemaskinikan blog aku ini. Apa khabar anda semua? Selamat hari raya walaupun sudah se...
-
This 4th cycle is so free and unstressful (compared to the previous 3 cycles) that I managed to make a chef-d’œuvre of my own. Don'...
-
Macam biasalah, aku memang bersungguh kalau masuk bab alma mater. :p Senarai pencapaian SPM untuk MRSM dan SBP sudah ada di blog-blog umum....
-
Sempena cuti musim panas ini, aku akan bercuti ke Singapura bersama keluarga. Sampai ke Malaysia pada 1 Ogos, dan berkunjung ke Singapura p...
-
Last night, we (Ili, Shahrin and I) went to Pizza Hut in Юго-Западная (South East of Moscow) to have our dinner. Well, it's weekend,we...
-
Hujung minggu yang berikutnya pula pergi Cameron Highland, juga bersama keluarga. Hmm, tak sejuk sangat pun. hehe. Apa yang ada di sana? Keb...
-
Semalam aku dan 5 orang yang lain (Shahrin, Zaim, Fadzil, Ammar dan Ili) ke The Great Moscow State Circus yang terletak di Vernadski Avenue ...
-
Aku berasa tergerak untuk menyuarakan pendapat peribadi mengenai isu penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran sains dan matematik (PPSMI)...
-
Kawan-kawan sekalian, dengan gembiranya aku umumkan yang pada tahun ini, aku bakal beraya di Malaysia!! Aku dengan "sendirinya" m...
-
Berikut merupakan senarai 12 teratas sekolah-sekolah terbaik seMalaysia dalam pencapaian SPM 2008: MRSM Langkawi (1.4041) MRSM Taiping (1.53...
2 comments:
Salam..
Mujur aku belom tidur lagi Judin! Kes mu nih same macam kes aku hari isnin harituh. Penat meredah lautan manusia kat metro tuh, datang2 kelas je, cikgu cakap, 'GO HOME!' aku xsempat amik nafas pon, baru je duduk time tuh, dah suruh balik, tapi ok la.. balik rumah boleh stadi, kan?
Semoga ayah n mak mu selamat mengharungi banjir tuh..
okeyla tu xde kelas, bley balik sambung tido. ahaks
Post a Comment