Sedang asyik makan di Планета Суши bersama Shahrin, Ili dan Murni, terlintas tiba-tiba di benak fikiran utk menghantar SMS kepada abah bagi menanyakan khabarnya yg tinggal di rumah keseorangan. Katanya, air bah masih lagi melimpahi jalanraya dan masih belum menunjukkan tanda-tanda utk reda. Maka, abah terpaksa bersendirian di rumah lagi utk hari yang keduanya kerana emak masih belum lagi dpt pulang ke rumah akibat terputus hubungan jalan raya. Dan abah terpaksa cuti bekerja lagi utk hari kedua. Begitu juga dengan emak, buat hari keduanya terpaksa bermalam lagi di hospital. Seakan bekerja 24 jam sehari nampaknya. Bagi aku, yg penting kedua-dua mereka berada di tempat yg selamat dan tidak terdedah kepada bahaya banjir. Syukur kepada tuhan kerana rumah aku tidak pernah dinaiki air sepanjang musim bah yg melanda bumi Kelantan selama ini. Apa yg termampu aku lakukan dari sini adalah berdoa ke hadrat ilahi mengharapkan agar musim bah segera berlalu pergi dan kedua ibu bapa selamat dan sihat sepanjang masa. InsyaAllah.
Bosan kerana terlalu lama makan, kami mengambil keputusan utk mengadakan sesi bergambar di Red Square memandangkan sekarang Moscow sedang membuat persiapan utk hari natal. Maka, di sekitar Red Square penuh meriah dengan hiasan pokok krismas (Ёлки), platform khas yg luas utk para pengunjung bermain luncur ais (ice skating) serta kecemerlangan cahaya lampu-lampu yg menyaluti GUM; pusat membeli-belah termasyhur di Moscow. Memang menyeronokkan kalau dapat meluangkan masa di dataran ini, lebih-lebih lagi kalau bersama rakan-rakan yg sememangnya seronok utk dibawa berjalan. :)

.:Berdekatan Lenin Mausoleum:.
.:Di tengah-tengah Red Square:.
.:Membelakangi St. Basil Cathedral:.
5 comments:
best tu memang best amik gamba, tp lama2 rasa sejuk lak. huhu. kesian murni, kena frostbite :p
waaa. lawa gamba. smart2. xde flickr? nak tgk koleksi gamba kalu ada....;)
pergh. sejak de murni n ili tak nk dh judin n bono ajak aku gi makan. huhu.
zaim, dah banyak kali ko refuse pmintaan aku time aku ajak ko pi mcd lepas patphys. aku cam dah pasrah utk mengajak...kekekeke..takpe2, next time pegi aku ajak ko...jgn risau...
zaim merajuk.tak baik la ko judin.hehe
Post a Comment